Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, September 14, 2013

Trip To Jakarta| Hotel Borobudur Jakarta| Monumen Nasional MONAS|

Hari kedua di Jakarta kami sepanjang hari berada di Hotel Borobudur Jakarta. Almaklumlah, orang tu ada konferens kan. So saya dan Damia tunggu je la kat situ. Oh ya, siapa-siapa yang terlepas baca ceriter saya semalam mengenai hari pertama kami di Jakarta boleh baca DI SINI. Ada tentang sate madura.


Cik Lan present pukul 2 petang waktu di Jakarta. Sementara menunggu turn Cik Lan nak present kitaorang duduk kat lobi hotel. Biasalah Damia takde maknanya nak duduk diam kalau dia tak tidur. Berlari sana sini. Dia berlari masuk kedai baju jenama Polo sambil berborak bahasa yang tak difahami dengan sales girl Polo tu. Sorang cakap bahasa Indonesia, sorang cakap bahasa 'Jerman'. Suka hatilah Damia. Nasib baiklah sales girl tu rajin melayan sebab dia pun takde customer. Kedai baju dalam hotel, so tak ramai lah yang mengunjung.

Selesai beborak dengan sales girl tu, dia berlari pulak ke booth-booth yang buka sempena konferens tu. Huhu. Jenuhlah saya kejar dia. Bukan apa, takut dia usik barang-barang pameran. So untuk mengelakkan Damia buat huru-hara kat booth tu, saya pun bawa la dia jalan-jalan sekitar kawasan hotel. Nasib baik ada taman permainan. 


 Bukan main seronok lagi dia dapat main. Sangat aktif budak kecik ni. Takpe-takpe bagus untuk otak n kesihatan. Mama je la yang semput melayan.hehe




Di sekitar kawasan Hotel Borobudur. Ada replika Candi Borobudur

Setelah Cik Lan selesai membentangkan kertas kerjanya di konferens tersebut dan seharian Mama n Damia menunggu di hotel, sebelum pulang kami pekena minum petang di Pendopo Lounge yang terletak di lobi Borobudur Hotel...kitaorang hanya basahkan tekak dengan  Fresh Strawberry Juice and Fresh Orange. Suasana di sini agak tenang dengan dihiburkan persembahan muzik jazz secara life...

Suasana di Pendopo Lounge, Borobudur Hotel, Jakarta 

Lepas tu kami ke Monumen Nasional, MONAS. Itulah menara kebanggaan rakyat Indonesia. Ala-ala KL Tower la. Kami tiba agak lewat kat situ, kira-kira jam 5 petang. So, dah tak boleh naik ke puncak menara. Waktu lawatan sehingga jam 5 petang sahaja. So, pasrah. Beli sourvenir je kat dataran MONAS. Memang ramai orang jual cenderamata, air dan makanan ringan di dataran MONAS. Harga sourvenir nya pula agak berpatutan..yang penting kita kene pandai menawar...beli jangan tak beli..



Jualan cenderamata di dataran MONAS

 Damia pun sibuk memilih dan menggayakan gelang-gelang manik tu

Orang kat sana semua ingat Damia dah 3 tahun ke atas. Ada jugak yang kata Damia nampak macam dah 5 tahun. Sebab gaya dia lagak orang dewasa. Nak jalan sendiri, tak nak pimpin. Eksyen je.hehe

Disebabkan kebanyakan tempat yang kami nak lawati dah tutup, so terpaksalah balik ke hotel je. Tapi sebelum tu kita makan dulu! Nanti malam tak payah dah sibuk-sibuk cari tempat makan. Menurut satu 'mbak' yang kami jumpa semasa di conferens tadi, tempat makan yang best terletak di Setiabudi One. Sebenarnya pada awalnya saya ingatkan ejaannya 'Seti Budiwan'.hehe. Silap pulak. 

 So, kami pun mengarahkan Pak Supir ke Setiabudi One. Rupa-rupanya tempat yang namanya Setiabudi One ni ialah food court sebuah shopping mall. Kami sebenarnya nak cari tempat makan yang lain dari yang lain. Alahai, kalau food court satndard la. So alang-alang dah sampai ni makan je la. Kami memilih Dapur Sunda. Sekali tengok-tengok menunya

*************
********
*****
***
*

 Goreng Babat? Gepuk/Empal Goreng? Goreng Paru? Oh, No. Tak kena dengan selera la..

 Soto Bandung? Kocok? Sayur Asem? Soto Kaki Sapi? wahahahuhhu..Sangat-sangat tak kena dengan selera. Kami nak makan nasi..Takpelah, minum air je. Lepas ni cari tempat makan lain.

 So kami pun order Es Sekoteng dan...

Es Goyobod

Apa tu? haha. Sekoteng tu apa? Goyobod tu apa?Sekoteng tu sekoteng lah. Goyobod ya goyobod. Tu jawapan si waitress tu. Sudah..tak faham sebiji butir pun. Tapi kalau ikut menu: "Es Sekoteng consist of coconut meat, avocado, jackfruits, syrup and milk. Manakala Es Goyobod pulak "consist of goyobod, avocado and coconut milk". Haha. Dah baca explanation omputeh pun still tak faham Sekoteng tu apa? Goyobod? Abaikan..

Untuk pengetahuan semua inilah buku yang kitaorang jadikan panduan semasa berada di Indonesia. Beli kat MPH harga lebih kurang RM 100 lebih. Tapi dalam tu lengkap maklumat mengenai Indonesia..kemudahan teksi, bas, keretapi, hotel, peta dan lain-lain mengenai perlancongan..Nak pergi mana, Bali? Surabaya?Jogjakarta? Bandung?Semuanya ada. Dari sekecik-kecik kepulauan hinggalah yang tersohor dan sering dikenali ramai. Setiap malam ketika disana, Cik Lan akan baca buku nie dan list kan tempat menarik dan food court untuk di lawati..buku ini juga memang dibawa kehulu-kehilir ketika kami disana..Melalui buku nilah kami mencari destinasi tempat makan yang seterusnya. Selak punya selak terjumpa kedai makan yang dicadangkan oleh penulis-Daoen Restaurant. Mengikut kata penulis sedap makanan kat situ. Ok, jom cuba!

Rupa-rupanya Daoen Restaurant adalah ialah sebuah restoren yang dalamnya ada banyak gerai/kedai kecil ala-ala food court jugaklah yang menyediakan juadah masakan makanan asli Indonesia..Wahh, cik Lan memang suka part nie.. Emm bolehlah, sebab dah lapar sangat kan. Dan kami memang nak makan nasi.

  Saya makan nasi ayam penyet. Damia and Cik Lan makan Nasi Uduk

Ni lah rupa Nasi Uduk tu. Diletakkan pewarna hijau dan nasinya berasa lemak-lemak sikit. Ala-ala nasi lemak. Cuma yang ni warna hijau. Lauknya pulak ayam panggang, sambal cili dan salad. Saya punya nasi ayam penyet tak ambik gambar sebab biasa je,  macam ayam penyet yang ada kat Malaysia. Itulah menu makan malam kami hari tu.

 suasana dalam kenderaan motor 'Bajai'

Masa nak balik ke hotel Cik Lan terigin sangat nak naik benda ni. Orang kat sana panggil Bajai. So,naiklah kami bertiga kenderaan ni selamat sampai ke hotel. Memang mencabar untuk menaiki benda nie (Bajai)..nak naik susah..nak turun susah..dengan bau asapnyer, demgan bising nyer dan yang paling teruk sekali adalah tahap terhentak-hentak nyer ketika melalui jalan tak rata dan berlubang..tapi best sebab tak ade kat Malaysia..hehe..Damia memang dah super penat la. Dukung ngan mama je. Kasut semua dah tanggal. So, malam tu sampai je hotel lepas mandi n minum susu terus damia tidur sampai ke pagi.
Damia kepenatan...

Itulah cerita hari kedua kami di Jakarta-Hotel Borobudur, MONAS, minum es sekoteng dan goyobod, makan nasi uduk dan naik bajai. Sekian.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno