Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, September 16, 2013

Trip To Jakarta| Kota Tua| Pasar Pagi Mangga Dua

Hari ketiga berada di Jakarta barulah kami dapat berjalan-jalan di Jakarta-Kota Tua dan Pasar Pagi Mangga Dua. Itulah dua destinasi kami hari ini. Kota Tua merupakan satu kawasan kecil yang terdapat di Jakarta. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama di situ. Ia adalah bandar asal Jakarta era penjajah Belanda. Terdapat banyak bentuk Senibina Belanda or Dutch Architecture dan seni bina asal yang berbentuk Belanda itu masih dikekalkan hingga ke hari ini. Oh, ya..bagi sesiapa yang terlepas membaca kisah kami di Jakarta pada hari pertama dan kedua boleh baca di sini ye--> 1st day in Jakarta dan 2nd day in Jakarta

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan bangunan lama di situ dijadikan muzium. Terdapat beberapa tempat di Kota Tua yang kami lawati antaranya ialah Toko Merah, Jembatan Yang Tersisa, Pasar Ikan, Menara Syahbandar dan Muzium Maritim. Tapi kami takdelah masuk ke setiap bangunan tersebut. Masa sangat tidak mengizinkan. Apa yang kami buat hanyalah berbasikal ke setiap tempat-tempat tersebut dan bergambar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah Kota Tua, klik link ini ya--Maklumat mengenai Kota Tua

 Dataran Kota Tua, Jakarta


Waktu mula-mula sampai sini, kami tak tahu mana arah tuju kami. Jadi kami berjalan kaki dari satu bangunan ke satu bangunan. Kalau nak tau, Cik Lan ni suka sangat tengok bangunan-bangunan lama, kesan peninggalan sejarah. Ok, fine. Mama tak kisah, tapi masalahnya anak kesayangan ni mana boleh berjalan dengan "selamat"nya. Maksud saya, Damia tak nak dipimpin dan boleh berlari ke tengah jalan tiba-tiba. Dahlah bangunan-bangunan tu betul-betul kat tepi jalan yang memang bila-bila masa je boleh ada kenderaan. So, terpaksalah mama memerhatikan Damia berjalan every single minute! Huhu. Tengoklah gambar-gambar kat atas betapa teruknya gaya mama nak jaga anak punya pasal. Terkangkang sana sini. Mata asyik pandang Damia je. Ish, jatuh saham mama. Hehe


Bila dah penat berjalan, Damia minta dukung pulak. Dukung ngan ayah tak nak. Nak ngan mama jugak. Pasrah.

Tiba-tiba kami terpandang deretan basikal yang berwarna-warni. Laaa..rupa-rupanya ada perkhidmatan basikal siap dengan pemandu (supir) lagi. Kalau jumpa awal-awal tadi kan senang..takdelah mama penat macam ni. So kami pun sewa dua buah basikal. 

Damia n mama naik satu basikal siap dengan pemandu pelancong (supir) lagi. 

Ayah pulak kena kayuh basikal sendiri...kesian...


Tempat pertama yang kami lawati ialah Toko Merah.Toko merah ni pada asalnya merupakan kediaman Gabenor Jeneral Dutch East Indies. Selepas itu ianya diubahsuai menjadi Navy Academy. Toko Merah ni telah banyak kali bertukar milik. Pernah juga dijadikan sebagai hotel.
 
Selepas ke Toko Merah, kami melawat Jembatan Yang Tersisa. Dari apa yang disampaikan oleh pengayuh basikal tu, suatu ketika dulu ketika kapal hendak melalui kawasan tersebut, jambatan tu akan terpisah 2; satu naik ke kiri dan satu lagi naik ke kanan. Lepas tu kapal lalu la kat tengah-tengah. Sekarang kawasan jambatan tu sangat kotor, dipenuhi sampah sarap.


Ni la rupa jembatan yang tersisa tu
Gambar-gambar kat bawah tu pula merupakan antara senibina Belanda yang dapat dilihat sewaktu lawatan berbasikal kami...kebanyakannya berbentuk senibina Belanda.






Dari jembatan tadi kami meneruskan kayuhan merentas kesesakan Kota Tua, Jakarta. Saya n Damia rileks je sebab ada orang bawa. Cik Lan la kesian, tak pernah-pernah cycling tiba-tiba kena cycling siap pakej dengan kesesakan lalu lintas. Bayangkan jelah, kat tengah-tengah bandar orang naik kereta, motor dengan bas lagi tiba-tiba kitaorang naik basikal. Siap kalau nak lintas jalan tu kena angkat tangan nak melintas--consider bagi laluan la. Nasib baik pemandu kat sana berhemah still bagi chance kat basikal. Risau gak tengok Cik Lan, nasib baik takde pape. Ada la sikit tayar basikal belakang dia kena cium ngan kereta waktu kami tengah melintas.

Ni lah destinasi terakhir kami berbasikal. 

 Menara Syah bandar

dan Muzium Maritim

Pak Supir

Terima kasih ye Pak Supir di atas bantuan membawa kami round-round Kota Tua, Jakarta...Habis je cycling kami terus cari tempat minum. Wah...tersangatlah haus. Tak boleh tahan dah. Nasib baik jumpa "Batavia Cafe". Basahkan tekak kejap ngan Fresh Orange n Honey Dew. Fuhh, lega dapat menghilangkan kepenatan sekejap sambil menikmati air cond.. Kalau nak tau, cuaca waktu tu sangat panas terik..Suasana dalam Batavia Cafe seperti ala-ala Old Classic gituu...sambil minum sambil menikmati lagu-lagu irama classic era 60'an...

"Batavia Cafe"
Suasana dalam Batavia Cafe....

Mama dan Damia...
Fresh Orange and Fresh Honey Dew

Trip to Pasar Pagi Mangga Dua, Jakarta

Dari Batavia Cafe kami meneruskan perjalanan ke Pasar Pagi Mangga Dua, kompleks membeli belah secara borong. Kalau nak beli secara eceran pun takde masalah. Eceran tu maksudnya beli satu-satu. Ala-ala GM kat Kelang or Kencana Wholesale kat Pudu KL. Kitaorang takdelah shopping sangat pun. Saya beli blouse je.



 Selepas lebih kurang 2 jam ronda-ronda di Pasar Mangga Dua,  kitaorang gi makan tengahari kat Food Court Mangga Dua...di sini terdapat pelbagai jenis makanan masakan asli Indonesia seperti masakan Sunda, masakan Jawa Tengah, masakan Jawa Timur seperti Nasi Ayam Penyet, Pempek Palembang, Bakso dll. Wahhh..Cik Lan suka lar dia..sebab memang dia mencari makanan masakan asli Indonesia...

 
Pasar Pagi Mangga Dua Food Court...

Mama n Damia sempat berposing sebelum mencari makanan..hehe

  Pilih punya pilih akhirnya kedai ni menjadi pilihan kami. Ada Paket Ayam Kremes (Ayam Goreng), Paket Empal Kremes (Empal Goreng), Paket Ikan Kremes (Gurame Goreng) dan Paket Ikan Kremes (Bawal Bakar)

 
Saya pilih Paket Ikan Kremes (Bawal Bakar)

Cik Lan pula pilih Paket Ikan Kremes (Gurame Goreng)

 Yang dihidangkan bersama nasi putih dan kuah asem

 
Ni close up gambar kuah asem. Ada jagung dalamnya tapi rasa masam-masam macam asam rebus lar..

 Lepas tu Cik Lan order Nasi Panggang..Nasi Panggang?? Apa tu nasi panggang ye..? Kalau nak tahu, nasi panggang tu lebih kurang macam pulut panggang. Cuma ia manggunakan nasi bagi menggantikan pulut..manakala intinya adalah ayam rendang kering..

Yang ni pula close up untuk Nasi Panggang

 Kami juga order Pempek Cik Melly

  
 Pakej yang kami ambil ialah 2 pempek telur + 1 lenjer. Hoho. Sila jangan tanya saya Pempek tu apa? Lenjer tu apa? Saya pun tak tau...pelik..pelik bunyi nyer..hehe. Tapi rasa dia sebijik macam kita makan steam bot yang ada banyak-banyak bebola tu..Rasa macam fish ball pun ada..macam makan keropok lekor pun ada.

 Menu istimewa Pempek Cik Melly
 Air pulak, kitaorang order Jus Avokado

Juadah hidangan makan tegahari kami...selamat menjamu selera...

 Macam biasa, bergambar kejap dengan si kecik ni

 Total kitaorang makan macam tadi tu ialah RP 120 500, lebih kurang RM40 la. Mahal ke tak? Korang nilai sendiri ye sebab persoalan mahal atau murah tu sangat subjektif. Overall, makanan kat food court ni memang best sebab rasa masakan yang asli dari Indonesia...hehehe

 Tapi ada satu masalah besar. Food Court dia bercampur dengan makanan yang tak halal. Masya Allah, lepas makan baru kami perasan. huhu

 Terang-terangan jual Bak Kut Teh. Tapi kat sini tak menjadi masalah atau kesalahan pun. Kat Malaysia mana ada makanan tak halal dijual bercampur dengan makanan halal. habis tu, pinggan dia macam mana?Bercampur jugak ke? Wallahualam..Mudah-mudahan tak..

Sekian sahaja perjalanan kisah kami hari ketiga berada di Jakarta. Akan bersambung di entri yang lain. Kesimpulannya, di mana jua anda berada berhati-hatilah..hehe

2 comments:

  1. Salam..trip bajet ke bandung!
    Jom pegi bandung only RM235 per person for 4day 3 night (*included hotel and transport)

    Tentative Program
    Day1
    *Tiba kat Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch & Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *D'fashion factory outlet kain potong
    *Membeli-belah di Factory Outlet
    At Jalan Riau (Heritage,
    Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
    Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, gossip,level, etc)

    Day3
    *kawah putih crater/trans studio indor themes park
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *factory outlet area riau street macam the secret, heritage,oases, etc

    Day4
    *check out hotel
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *paris van java shopping mall
    *Airport transfer

    Hotel facilities:
    -Aircond
    -Free Hot spot / wifi
    -TV cable
    -Free Breakfast Buffet
    -Hot & cold water
    -Free parking

    * room deluxe ~king bed size hotel 2star also include free buffet breakfast

    transport facilities:
    * bole di gunakan dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam
    * include petrol / minyak
    * include parkir
    * include driver berpengalaman dan bisa bahasa melayu

    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    Group yang sudah kami layani
    -CIMB Group Company From Malaysia
    -Tv 3 malaysia
    -My bank group company
    -Petronas Company
    -Family trip
    -Pelajar Trip
    -Back pac trip
    -Dan lain-lain

    Service insya allah memuaskan
    Your comfort is our priority


    Term and condition :
    *included transportation for 4day3night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *rate is not included entrance fee
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *rate 6 pax~235rm per person
    kalau 4 pax~275rm per person
    kalau 2pax~395rm per person
    *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    sila contact jika ada sebarang pertanyaan di :
    email : touramanahbandung@yahoo.com
    call : +62 88 12057848
    whatsapp +62 838 2178 9103
    bandung-indah.blogspot.com
    facebook page : Bandung Amanah Tours & Transport

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info ya...should try 1 day..

    ReplyDelete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno