Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, September 11, 2013

Trip To Jakarta| Tempat makan best di Jakarta| Sate Madura

Pada 19/8/2013-22/8/2013 yang lalu saya ikut Cik Lan ke Jakarta atas urusan rasmi kerjanya untuk "The 6th Civil Engineering Conference In Asian Region" bertempat di Hotel Borobudur, Jakarta.  Sambil menyelam minum air. Sambil berkonferens sambil melihat-lihat negara orang.

Konferens The 6th Civil Engineering Conference In Asian Region

 Kami tiba agak lewat di Jakarta, kira-kira jam 9.00 malam waktu Malaysia. Setelah menunggu turn teksi kat Airport kami terus minta pak supir bawa kami ke kedai makan yang best. Saya request nak makan sate indonesia-sate madura. So pak supir bawalah kami ke kedai sate yang best kat tengah-tengah bandar Jakarta. Lokasinya di Sarinah berdekatan je dengan Sarinah Mall.

 
Kedai ni terletak betul-betul kat tepi trafik light. So memang crowded la kawasan tu



 Pekerja yang sedang sibuk mencucuk sate. Kat sini ada sate kambing dan ayam

Ni la menu kami malam ni. Memang lapar giler. Cik Lan makan sate kambing

 
 Saya n Damia pulak makan sate ayam. Tapi sate Madura ni rasa dia tak sama macam sate kita kat Malaysia. Kalau sate Malaysia penuh dengan rasa rempah yang superb + kuah kacang. Sate madura bukan macam tu. Daging ayam or kambing tu ala-ala rebus+panggang (takde rasa rempah sangat). Kuahnya pulak manis. Sori, tak kena ngan tekak la. Saya tak minat sangat. Cukuplah rasa sekali, takde rasa pun nak lagi. Tapi sebab dah lapar giler kan, habis gak 10 cucuk sate ayam tu.

 Bukan makan sate je. Ada jugak sup daging kambing + nasi putih

  
Macam biasa lah melayan si kecik Damia ni. Habis Damia makan satu pinggan nasi. Memang lapar budak ni.hehe


Waktu tengah makan tu tiba-tiba dengar suara orang menyanyi dan bermain muzik. .rupa-rupanya muzik jalanan...sambil bermain muzik, sambil minta sedekah..Selagi kita tak bagi duit, selagi tu dia menyanyi kat tepi meja makan tu. Kitaorang tengah lapar, makan je la. Akhirnya pak supir tu yang bagi duit. Barulah muzik jalanan tu pergi kat meja lain.

 
 Inilah Pak Supir yang bawa kami ke sini (yang sebelah kanan tu ye.Yang kiri tu laki I...hehe). Dah offer makan bersama...tapi katanya dia kenyang sangat, tak boleh masuk lagi. So dia tak nak makan hanya request minum air je. Orang Riau dia ni. Gaya bahasa dia bukan macam orang Indonesia yang selalu kita dengar tu. Ada ala-ala slang Melayu sikit

 Cap jempol dari Damia. Best sangat ke sate tu Damia? TAK-TAK..mama tau Damia jempol sebab dah kenyang kan. Tengok tu tepi pipi, tepi bibir ada nasi.

 Habis makan terus kami balik hotel. Penat dah. Esok pulak konferens Cik Lan dah start. Nampak gayanya tak dapat pergi mana-mana la. Tunggu je la Cik Lan habis berkonferens. Ok, sambung di lain entri ya. Jangan lupa cuba Sate Madura kalau ke Indonesia.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno