Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, October 4, 2013

Baby Alive| Damia and her doll

Salam semua..kalau nak tau anak kesayangan kami si Damia comel tu dah 2 tahun dah. Macam-macam lagi keletah dia. Terbaru ni dia suka sangat main anak patung. Dia bagi susu, dia pakaikan lampin, dia tepuk-tepuk konon-konon baby tu nangis la..siap kalau nak tidurkan baby tu Damia akan sebut Allah, Allah, Allah Ya Allah. Sebab mama selalu buat kat Damia kalau dia nak tidur. Cepat betul anak kecil belajar, takde suruh-suruh atau ajar pun. Memang mereka pada peringkat ini belajar dari persekitaran-apa yang diaorang dengar, lihat itulah yang akan diaorang buat.

 Anak kecil manalah tahu benda tu elok atau tidak. Diaorang main buat je ikut kreativiti masing-masing. Bebaskan anak anda berkreativiti ye. Jangan disekat kreativiti mereka tapi kita sebagai ibu ayah kenalah pantau kan..Kalau anak nak cuba-cuba berkreativiti tepi minyak panas masa kita tengah masak, janganlah pulak di bagi kan..

Jom tengok gambar Damia main anak patung!

Gaya macam budak dah 4 or 5 tahun. Elele..macam pandai je nak pakaikan pampers. Awak tu pun pakai pampers lagi cik adik oi..hehe

 Jangan harap orang lain ada chance nak main. Padahal yang kat tepi tu pemilik sebenar baby doll tu



 Damia: Jangan usik anak saya!

 Tak siap lagi pakai pampers ke anaknya Damia?Ish..bila nak siap ni..(anak patung berkata  dalam hati..Eei? boleh ke anak patung cakap dalam hati?Mama pun dah berimaginasi macam Damia.haha)

Tengok, minum susu pun nak sebelah baby doll dia..Disusun satu-satu siap alas ngan bantal.. 

Sekian..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno