Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, October 13, 2013

Cara-cara membuat roti yang simple

Kalau petang-petang di hari minggu tu kalau tak tau nak buat makanan minum petang apa, korang bolehlah cuba buat roti ye. Alah, roti yang simple je. Sekejap je dah siap. Di entri ni akan saya tunjukkan cara-cara membuat roti. Ni resepi ibu saya tau. Bahan-bahannya ialah tepung gandum 1 kg, yis  1 paket kecil (Mauripan), marjerin, gula dan garam. Sukatan? Agak-agak je..sorry, resepi ibu memang macam ni. Campak-campak je, sukatan memang tak pernah ada. Hehe


 Langkah 1: Campurkan mauripan, garam dan sedikit gula. Kemudian, tuangkan air dan kacau

 Langkah 2: Tuangkan/sediakan tepung gandum dalam bekas yang berasingan

Langkah 3:Tuangkan bancuhan mauripan, garam dan gula tadi ke dalam tepung gandum

 

 Langkah 5: Sapukan loyang dengan marjerin

 Langkah 6: Bulatkan sebatian tadi menjadi dough kecil sehingga penuh loyang. 
Tips: Ketika 'membulat', ambil sedikit marjerin dan buat dough kecil dengan bantuan marjerin
 Untuk pengetahuan semua, 1 kg tepung tadi akhirnya akan dapat 2 loyang roti

 Langkah 7: Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180 darjah sehingga roti tersebut naik (kira-kira 30 minit). Oh ya, sebelum masuk dalam oven, taburkan gula ke atas dough tadi

Roti yang telah siap dimasak.Potong mengikut bentuk dan bolehlah disapukan dengan marjerin atau cicah dengan air teh. Kalau saya, sapu marjerin n tabur gula lagi atas marjerin tu. Sedap!!

Selamat mencuba dan apply resepi ni ketika membuat roti!

Kalau korang nak tahu cara buat roti gaya expert dan ala-ala hotel style bolehlah baca ebook ni ye--> Pakej Lengkap Rahsia Bun. Ianya datang dalam bentuk ebook dan sertakan video sekali..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno