Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, October 10, 2013

Ghost Writer in Malaysia

Anda pernah dengar tentang ghost writer? Anda tahu apa itu ghost writer?
Ghost writer merujuk kepada seorang penulis yang menulis buku/artikel tetapi hasil tulisannya itu dijual oleh orang lain dan digunakan/dianggap sebagai karya asal orang tersebut.

Begini, katalah saya seorang ghost writer. Individu A datang kepada saya dan menyatakan hasrat untuk menulis sebuah ebook bertajuk Rahsia Buah Jatropha. Tetapi Individu A tiada bakat dalam bidang penulisan. Jadi, dia datang kepada saya membawa semua bahan rujukan mengenai Jatropha.

Maka saya akan menulis  ebook tersebut dan individu A akan membayar khidmat saya yang telah menulis sebuah ebook untuknya. Katakan saya letak harga RM 500 untuk sebuah ebook yang  bermuka surat  50 helai. Setelah pembayaran  dibuat, maka ebook tadi menjadi milik individu A. Dia kemudiannya menjual ebook itu dengan harga RM 50 sebuah dan mendakwa buku itu adalah hasil tangannya 100%.

Itulah ghost writer. Nama saya langsung tiada tertulis di atas buku dan tiada sesiapa tahu bahawa buku tersebut ditulis oleh saya.

Pengalaman Menulis

Saya sangat berminat dalam bidang penulisan, maka disebabkan itu tugasan ghost writer menjadi tugasan sambilan saya kini. Saya bermula pada tahun 2013 dan sehingga kini (2016) saya berjaya menghasilkan 11 buah buku. Alhamdulillah..

Saya boleh menulis dalam dwibahasa-Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Tetapi untuk tugasan sebagai ghost writer ni saya lebih fokus untuk penghasilan buku atau artikel dalam Bahasa Melayu.

Untuk pengetahuan semua, saya mempunyai ijazah tertinggi iaitu Master dalam bidang Mekanisasi dan Pengautomatan Pertanian. Sepanjang pengajian, saya telah menghasilkan beberapa artikel ilmiah berbentuk teknikal dan analisis. Antaranya ialah:

1]  Khairunnisa Hamdan, Samsuzana Abd Aziz and Fakhrul Zaman Rokhani. (2011). The Effects of Temperature On Dielectric Properties Of Crude Palm Oil at Radiofrequency. International Journal of Engineering and Technology, Vol (1).

2]   Azmi Yahya, Khairunnisa Hamdan, Tajudeen Abiodun Ishola and Hadi Suryanto. Physical and Mechanical Properties of Jatropha curcas L. Fruits from Different Planting Densities. Journal of Applied Sciences Volume 13, Number 7, 1004-1012, 2013

2] Khairunnisa Hamdan, Samsuzana Abd AzizTan Poh Ying and  Hung Chow Hui. (2011). Dielectric Spectroscopy for Crude Palm Oil (CPO) Monitoring. AKEPTs 1st Annual Young Researchers International Conference and Exhibition on 19th & 20th December 2011 at PWTC Kuala Lumpur.

3]  Khairunnisa Hamdan, Samsuzana Abd Aziz and  Hung Chow Hui. (2011). Custom Built Portable Sensing System for Crude Palm Oil (CPO) Contamination Detection. 3rd Regional Symposium on Engineering and Technology on 21th & 23th November 2011 at Kuching, Sarawak.

4]  Khairunnisa Hamdan, Samsuzana Abd Aziz and Fakhrul Zaman Rokhani. (2010). The Effect Of Temperature On Dielectric Properties of Crude Palm Oil. Congress of Natural Resources and Green Technology, World Engineering Congress, Kuching, Sarawak, ISBN 978-983-43571-8-4, pp. 200-204.

5]   Khairunnisa Hamdan, Samsuzana Abd Aziz and Fakhrul Zaman Rokhani and Azmi Yahya.(2010). Dielectric Properties of Crude palm Oil Using Open-ended Coaxial Probe Technique. IEEE Gold Affinity Colloquium, UPM Serdang.


Projek Ghost Writer Malaysia

Antara buku-buku yang pernah saya hasilkan sepanjang menjalankan projek ghost writer ini ialah:

1) Hobi
2) Air 
3) Panduan main golf
4) Kebebasan Kewangan (proof read)
5)  Rawatan Kanser
6) Bisnes direct sales
7) Panduan bisnes car wash
8) Panduan Pelajar 1
9) Panduan Belajar 2
10) Bisnes MLM 1
11)Bisnes MLM 2
12) Brand
13) Travel

p/s: Tajuk buku yang dinyatakan di atas bukanlah tajuk sebenar buku tersebut. Tajuk tersebut dinyatakan secara umum sahaja bagi melindungi kredibiliti client.

Soalan Berkaitan Servis Ghost Writer


Pelbagai soalan diajukan berkenaan servis ghost writer ni, bagaimana proses keseluruhan? Gaya penulisan pula bagaimana? Justeru, telah saya buat satu entri khas berkenaan perkara tersebut. Boleh baca di sini--> Proses Keseluruhan Servis Ghost Writer




Kalau anda berminat untuk menggunakan khidmat ghost writer, boleh contact 0137751357 (whatsapp/call/sms) atau layari www.ghostwritermalaysia.com

 

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno