Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, October 20, 2013

Hari Pengambilan Jubah UPM| Pre-Konvokesyen

Alhamdulillah..Akhirnya hari yang dinanti-nantikan bakal tiba. Terlalu lama rasanya nak tunggu hari bersejarah ni. Daripada saya anak dara, berkahwin, mengandung, bersalin sampai Damia dah 2 tahun, 28/10/2013 nanti akan selesai segala urusan di UPM. Secara rasminya saya tamat pengajian Master. Actually saya dah habis tahun lepas lagi, tapi sebab tak sempat nak masuk sesi konvokesyen yang lepas, maka saya terpaksa menunggu setahun untuk konvokesyen kali ke 37 ni.

 Ini dia kad jemputan Konvokesyen UPM kali ke 37

 Konvokesyen kali ni ada 8 sesi dari 26/10/2013 hinggalah 29/10/2013. Sesi saya pada 28 haribulan jam 2.00 petang, sesi yang ke-6

 Ambik jubah dapat beg ni sekali. Dalamnya ada jubah konvo, mortar board dan hood

 Mortar Board

 Jubah konvokesyen- 2 stripe kat lengan for Master

 Hood

 
 Damia yang gayakan jubah mama dulu ye..

Mortar mama pun Damia yang pakai dulu..Gayakanlah anak..mama tak kisah pun. Satu hari nanti Damia pun akan pakai macam ni jugak. Insya Allah..Amin..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno