Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, October 30, 2013

Majlis Konvokesyen UPM ke-37

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sampai jugak. Sebelum ni saya pernah post mengenai pengambilan jubah di UPM. Klik Sini untuk bacaan lanjut. Sesi konvokesyen saya sebelah petang, jam 2.00 petang. So, pagi tu saya ke fakulti terlebih dahulu untuk jumpa Dr Sam dan Dr. Azmi- 2 insan yang banyak membantu sepanjang pengajian peringkat Master ni. Sempat jugak saya bergambar kenangan dengan mereka pagi tu.

Inilah dia Dr Sam atau nama penuhnya Dr Samsuzana Abd Aziz. Dr Sam ni main supervisor saya waktu buat Master. Seorang pensyarah yang sangat berpandangan jauh dan punya idea-idea yang bernas. Bidang kepakaran beliau ialah precision agriculture, geo-information systems, computer intelligence, sensing systems, control and automation for Agricultural Engineering. Kawan-kawan yang berminat dalam bidang-bidang ni bolehlah sambung belajar dengan Dr Sam ye..Klik sini untuk pencapaian Dr. Samsuzana Abd. Aziz

p/s: Dr, saya promote Dr kat blog...takpe ke? Hehe

Ini pulak Dr Azmi merangkap co-supervisor saya semasa Master dan main supervisor saya semasa Final Year Project (FYP) degree. Prof Madya Ir. Dr Azmi Bin Dato' Haji Yahya ni merupakan seorang yang sangat tegas dan menitikberatkan data yang betul-betul berkualiti. Hasil kerja beliau sangat perfect sampai examiner takkan boleh tanya banyak soalan time viva kat student-student dia. Waktu degree dulu ramai student takut nak buat project ngan Dr Azmi ni sebab diaorang kata Dr Azmi sangat perfect. Entahlah, bagi saya yang dah lebih kurang 6 tahun kenal dan belajar dengan dia, saya rasa kalau dia nak perfect pun memang wajar sebab bidang research memang perlu perfect untuk mendapatkan result yang betul-betul terbukti dan berguna.

Saya ingat lagi antara nasihat Dr Azmi: Kita dalam bidang reserach ni, kalau kita nak tipu atau ubah data dan buat conclusion yang result kita ok, menepati hipotesis/anggaran awal boleh je sebenarnya tapi saya takkan buat macam tu. Bagi saya kita kena buat sesuatu tu dengan ikhlas dan jujur dengan diri sendiri. Kalau kita tipu data dan tulis paper /jurnal berdasarkan data yang dah diubah, orang yang kemudian iaitu orang yang merujuk kepada jurnal atau data kita tu yang akan susah. Penyelidikan kita takkan bermakna dan berguna kepada sesiapa pun.

Dr Azmi sangat berpengalaman dalam bidang penyelidikan. Kepakaran beliau ialah Energy, Soil-Machine Dynamics and Machinery Design. Klik sini untuk pencapaian Prof. Madya Ir. Dr Azmi Bin Dato' Yahya

p/s: Sebelah Dr Azmi tu student phd--Tajudeen Abiudin Ishola dari Nigeria

Ni pulak antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan di dalam dewan

 Dari kiri: K. Hajar, Cput, Saya & Mun..

 K. Hajar sekarang tutor kat Universiti Darul Iman, Cput pulak kat Taylor College. Mun kat UPM as Teaching Assistant..K. Hajar n Mun student Kejuruteraan Proses Makanan. Cput pulak Kejuruteraan Kimia & Alam Sekitar. Saya? Klik sini kalau nak tau saya buat Master pasal apa..

 With Mun..before naik pentas..

On stage..

Lepas keluar dewan sempat jugaklah ambik beberapa keping gambar sebelum hujan lebat. Dari kiri: Awin, Wawa, Damia, Cik Lan, mak n abah..Ibu n ayah tak dapat datang sebab ibu tak berapa sihat--Kaki ibu tak boleh pijak, bisa yang amat..Diri boleh sekejap je, jalan tak boleh jauh. Sembahyang pun duduk..Kawan-kawan doakan ibu saya cepat sembuh ye..

Damia n Cik Lan

Mak n abah

Wawa n Awin.. Waktu ni hujan dah lebat. Ramai yang terperangkap kat tepi dewan, tunggu hujan teduh.


Kasut yang tanggal tapak sewaktu beratur nak masuk dewan. Haha

Bantal bunga kiriman ibu walaupun ibu tak dapat datang..(pilihan Wa n Awin)

Sekian sahaja paparan gambar-gambar di sekitar majlis konvokesyen saya yang lalu..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno