Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ni (walaupun memang agak lewat sebenarnya.hehe). Selamat menjalani ibadah kurban ye semua. Tahun ni saya beraya haji di rumah mak mertua di Batu Pahat. Tapi 2 hari sebelum tu, kami dah pulang ke Kluang-rumah ibu ayah saya. Macam biasalah Damia, suka tengok haiwan. Kat Kluang ada kucing, burung, ayam, itik, ayam belanda..so excited la Damia. Pagi-pagi dah bangun tidur ajak mama tengok ayam.
 Seronok betul Damia tengok haiwan peliharaan moyang..Khusyuk dia memerhati..

 Kandang ayam, itik dan ayam belanda milik moyang Damia

 Ayam Belanda yang tengah kembangkan ekor dia..

 Itik quack-quack--sempat dia sudu tangan Damia (Damia excited hulur tangan..kan dah kena sudu ngan itik..sian anak mama. Tapi selamba je muka dia, tak takut pun)

 Ayam kampung..no injection ok..

Nama diberi: Teratak Mohamad & Hamisah- atuk n nenek saya la tu..Atuk dah meninggal, tak sempat duduk kat teratak tu.. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat

 Kat rumah nenek memang banyak pokok buah-buahan dan pokok bunga

 Pokok buah Nam-nam pun ada



 Macam-macam jenis pokok bunga ada. Saya pun tak tahulah apa nama pokok-pokok ni..

Seronok Damia tengok meow makan..Tak berkelip dia..

 Itulah sedikit sebanyak pemandangan sekitar rumah nenek saya kat Kluang. Actually rumah ibu n ayah dengan rumah nenek sebelah-sebelah je. Rumah Mak Andak n bengkel kereta Pak Lang pun atas tanah yang sama. Tanah lot lah katakan..Sekian.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno