Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, October 25, 2013

Step By Step| Cara membuat kek gula hangus

Resepi kek gula hangus ni saya dapat dari Majalah Rapi terbitan Karangkraf. Actually Cik Lan suka makan kek ni n dia yang suggest suruh try buat kek gula hangus. Kebetulan mak mertua saya ada mesin pengadun yang boleh adun dan bakar terus bahan tersebut-pengadun automatik. Kita cuma perlu masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun, on machine, set masa dan tinggal je.

Ni lah rupa pengadun automatik tu

Ok, ini bahan-bahan untuk buat kek gula hangus:

Bahan A: 
250 gm gula
125 ml air
100 gm marjerin (saya ganti dengan butter)

Bahan B:
5 biji telur
150 gm susu pekat

Bahan C:
150 gm tepung gandum
1 sudu makan bikarbonat soda

Cara-cara membuat kek gula hangus :

Step 1: Masukkan gula ke dalam periuk dan masak sehingga cair dan berwarna perang.

 Step 2: Setelah gula mencair, tambahkan butter dan air ke dalam gula tadi. Reneh sehingga menjadi air gula.

Step 3: Masukkan Bahan B ke dalam bekas pengadun automatik

Step 4: Tuangkan air gula tadi ke dalam pengadun automatik

Step 5: Masukkan Bahan C ke dalam bekas pengadun automatik

 Step 5: Adun kesemua bahan dan bakar menggunakan pengadun automatik.

Step 6: Angkat dan hidangkan setelah kek sejuk

 Tada! Inilah dia rupa kek yang telah siap dimasak.

Sedia untuk dihidangkan

Senang je kan. Selamat mencuba resepi kek gula hangus ni ye kawan-kawan!


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno