Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, October 17, 2013

Tempat Makan Best| Mee Bandung Muar, Pagoh

Cik Lan pernah bercerita mengenai satu kedai makan yang menjual mee bandung di Pagoh, Muar Johor. Mengikut cerita Cik Lan, kedai makan tu memang terkenal dengan mee bandung yang best. So, on the way balik ke Batu Pahat kami singgah di Pagoh untuk makan tengahari.
 
Kedai ni biasa je "rupanya". Tiada apa-apa dekorasi. Gaya kedai nie seperti (ala-ala kampung)..nama kedai nie pula ialah "Kedai Makan Othman"...Kedai nie terletak di tepi jalan besar (Pagoh-Muar) dan betul betul terletak di simpang empat dan bersebelahan Jalan Kampung Raja, Pagoh. Kedainya bewarna biru.. Tapi memang sentiasa ramai orang. Betul ke sedap sangat ni? Wallahualam..Lets try!

Kedai nie memang terkenal dengan makanan Mee Bandung Muar nye...tapi ada juga jual makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng, mee sup, rojak dan lain-lain...dari segi harganya pula memang murah...


Antara menu yang ada di sini..tapi speciality menu di sini adalah "Mee Bandung Muar"
 

Rojak Pasembor pun ada...

 Rojak Pasembor Campur...

Sementara menunggu makanan yang dipesan sampai, kami order rojak Pasembor dulu. Gerai rojak ni ada kat dalam kedai ni. Boleh tahan juga rasa rojak Pasembor campur dia..kandungan bahan-bahan dalam rojak yang banyak serta kuah kacang nya yang pedas..Harga cuma RM3.00 sepinggan tuh...


Excited Damia nampak makanan dah sampai. Siap set jari lagi...Jom cuba...


Posing jap..suasana dalam kedai makan ni

Nasi Goreng Kampung

Kuey Tiaw Bandung Muar

Mee Bandung Muar nie rasanya memang terbaik dan superb!! lar...rasa kuahnya yang pekat serta rasa udang nya sekali...waktu tu, saya order Kuey Tiaw Bandung..kal...tapi kalau nak sedap order mee kuning bandung...rencah nya yang banyak...superb!!



  Nasi Goreng Cina

Menikmati punyer pasal sampai kejam-kejam mata..haha


Damia yang kelaparan, makan satu pinggan licin!

Untuk Nasi goreng kampung yang Cik Lan order tu sedap. Nasi Goreng Cina Damia pun ok...

Selamat Mencuba Yer.....

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno