Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, October 5, 2013

Tempat Makan Best| Mee Kari Ketam

Shah Alam memang terkenal dengan tempat makan yang best-best. Terlalu banyak kedai makan di Shah Alam sebenarnya. Korang pilihlah nak makan kat kedai mana satu. Banyak-banyak kedai makan kat Shah Alam ni, ada satu kedai yang selalu sangat kitaorang nak try tapi asyik tertangguh je. Nanti la, nanti la. Entah berapa kali NANTI daaa. Akhirnya semalam berjaya jugak kitaorang menjejakkan kaki dan menyediakan perut ke sana. Huahua. Best ke tempat ni?

Nama restoren ni-- Restoran Mee Ketam. Kedainya terletak di Seksyen 7, Shah Alam (sebelah UniSel). Masuk je dalam rasa macam kat kedai lama la pulak sebab meja n kerusi dia termasuk sinki dia dibuat daripada kayu yang disyelek.


Suasana dalam kedai - Sudut Informasi dan Promosi

Sambil menunggu order tu, saya sempat jugak "usha-usha" pemandangan sekeliling. Ada satu sudut dinding kat kedai ni penuh dengan bingkai gambar-gambar keratan akhbar, majalah yang menceritakan restoren ni. Senang cerita restoren ni pernah masuk dalam majalah dan surat khabar. Mungkin sedap makanannya, sebab dah banyak media buat liputan pasal kedai makan ni. Takpe, try je. Kalau tak best, tak payah datang lagi..apa susah...tak gitu..hehe


Menu Utama yang diletakkan dihadapan kedai..

Ni pulak antara menu yang ada di restoren ni. Mee kari ketam, mihun sup ketam, ketam cili dan sup ketam. Udang galah dan lala pun ada. Menu or makanan utama di sini adalah "Mee Kari Ketam" dan "Mee Kari Udang" nya..Cik Lan ada tanya jugak, kalau udang galah kira harga macam mana?

Orang kedai: 100 gram RM 9
Cik Lan: Ooo...habis tu biasanya satu hidangan udang galah berapa gram?
Orang kedai: 900 gram bang
Cik Lan n saya tengok muka masing-masing n senyum-senyum

Lepas brother tu pergi je, saya: Kalau 900 gram maknanya RM9 x 9= RM 81? Biar betul?


Mee Kari Ketam

Kitaorang order biasa-biasa je. Cik Lan makan mee kari ketam biasa. Saya pulak makan meehun (mee siam/mee halus) kari ketam biasa. Kalau korang nak tahu, memang best n marvellous rasa mee karinya. Kuah karinya yang pekat berasa disertakan perencahnya seperti isi ketam roll, telur rebus, bawang goreng dan daun sup. Ketamnya pula seekor setiap mangkuk. Menurut brother kedai tu, ketam ni jenis Ketam Bunga...apa yang bunga pun tak taulah.hehehe (mungkin ketam jiwang kot)...apapun rasanya memang terbaik larrr...


Ni saya punya mihun kari ketam biasa. Saya tak suka sangat makan mi "gemuk" tu. Saya suka mi "kurus" ni.

Menikmati mihun kari ketam...

Damia? Dia tak nak makan mi kari. So orderkan dia otak-otak. Habis 6 keping!

Korang boleh la try ye kedai makan Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam ni...Selamat Mencuba.....


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno