Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, October 24, 2013

Tempat makan best| Restoran Adam Lai Shah Alam (China Muslim)

Mungkin ada yang tahu, hubby saya a.k.a Cik Lan sangat suka masakan Chinese style dan antara restoran cina muslim yang diminati Cik Lan ialah Restoran Adam Lai Shah Alam. Selain dari Adam Lai,  kami pernah juga try makan di restoran cina muslim yang lain seperti Homst, Chan Abdullah dan Munawwarah. Baiklah, ini info Restoran Adam Lai Shah Alam:

Nama Kedai: Restoran Adam Lai
Lokasi:  No.69-G, Jalan Pahat H 15/H, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Actually banyak kali jugak ler kami makan di sini. Masakan restoran ni jauh lebih sedap berbanding kedai makan chinese style yang lain sebab sentuhan masakan cina memang asli...Memang best!


Berikut adalah menu-menu makanan yang pernah kami order disini...korang boleh lar cuba yer...

Ikan siakap masak 3 rasa

Butter prawn

Kangkung goreng belacan 
Inilah hidangan makan malam kami. Masakan yang memang sangat-sangat best. Ikan siakap tu RM 38, sayur kangkung RM 8 (small). Puas hati sebab banyak, sedap dan berpatutan dengan harganya.



 Ketam sos cili
 

Ikan Siakap Masak Halia 

 Egg Salt Crab (Ketam Telur Masin).....best must try...hehehe



 Ketam Kam Heong

 Ikan Siakap Steam Hong Kong

 Kailan Goreng Bawang Putih



Selamat menjamu selera di Restoran Adam Lai..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno