Selamat berhujung minggu semua. Lamanya tak update blog..memang tak sempat sangat-sangat nak menulis kebelakangan ni. Malam tadi Dinner HLA kat Sunway Convention Centre. Kalau ikutkan ni kali ke-2 saya pergi Dinner HLA sejak bekerja kat sini. Diam tak diam rupa-rupanya dah 1 tahun 3 bulan kerja sini. Cepat betul masa berlalu.
Dinner kali ni sangat special & best untuk saya. Kenapa? Jom tengok gambar dululah, nanti baru cerita.
The crowd--tunggu kat luar sementara nak masuk dewan. Lautan merah..
Aktiviti yang ada kali ni tak banyak sangat. Yang bestnya ada kartunis untuk lukis gambar kita. Tapi disebabkan ramai sangat yang beratur nak lukis gambar, so nak dekat-dekat turn saya tu tiba-tiba VVIP dah nak sampai. So kena masuk dewan--melepas..huhu
Opps..your face is under progress!
Terror betul diaorang ni melukis,5-10 minit dah siap..
Macam biasalah, kat luar dewan bergambar sebanyak mungkin.
Dari kiri: K. Farah, K. Rock n Siti. Sempat jugak Cik Siti ni melukis gambar. Bakal jadi isteri orang 1/12 ni..hehe
With HOD Agency Distribution a.k.a our boss--Ms Chung. Malam ni Ms Chung buat performance main violin
My Department Collegue--K. Safiah takde dalam gambar pulak. Tak tahu hilang kemana.. K. Mimi tak dapat datang tahun ni. Baby kembar dia yang kakak kena tahan wad, demam panas. Readers semua doakan anak K. Mimi cepat sembuh ye..
Dari kiri belakang: Clarys, Stacy, K. Nor, K. Farah, K. Rock, Soo, Siti & Thim
Depan: Ms Chung n me
------macam album majalah sekolah pulak----
Aish, gambar Clarys nampak rambut je..
One more time..Ha..dah nampak pun muka Clarys.
But Thim? Where's Thim? Missing in action..hihi
In the hall.. Baru nampak muka K. Aini n K. Mas
K. Nor, K. Rock n K. Safiah
Macam cantik jerr..macam comel jerr..
Lagi aksi comel..
Yang ni paaaaling comel..pinjam gambar K. Nor..hehe
Macam cantik jerr..macam comel jerr..
Lagi aksi comel..
Yang ni paaaaling comel..pinjam gambar K. Nor..hehe
Opening Dance
Perasmian Dinner---skema pulak ayat
Makan Time!
Lotus Combination Platter:
- Chilled Abalone Clam Shashimi with Pamelo Salad and Apple Rose
- Chilled Vegetable Rice Roll with Sweet Chilli Deep
- Deep Fried Yam Puff
- Chicken Finger with Satay Sauce
Sweet Turnip Chicken Consomme with Sun Dried Scallop and Mushroom
Deep Fried Boneless Chicken with Thai Mango Sauce
Live Pompano Steamed King of Soy Sauce in Hot Peanut Oil
Wok Fried Live Tiger Prawn with Fragrant Oats, Red Chilli and Margarine
Braised Broccoli with Crabmeat, Egg White Sauce and Fish Roe
Violin Performance from Ms Chung..Dapat No. 1 tu..
Bergambar lagi...Soo, Clarys n Stacy..
Bergambar ramai-ramai...
Dan..
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu semua orang..
**********
*****
**
Lucky Draw!
My number---034
MC announce next lucky draw winner will receive Samsung Galaxy Note 3..Wah..Semua orang excited n berdebar..Siapa tak nak hp free? Harga RM 2000 lebih tu..
Masa MC nak baca no tu dia kata: Ok, everybody whose number begin with 0....3....
Whose no start with 03 all stand up..
Saya pun bangunlah..Thim pun bangun jugak
Then MC tu turun pentas n tanya Thim-What's your number?
Thim: 030
MC: You can sit down..
Then dia datang pulak kat saya.
MC: Ya, kakak no berapa?
Saya: 034
MC: Akak tengok no ni sama tak dengan no akak?(Sambil tunjuk no yang ada kat tangan dia)
Saya: Sama..
Semua orang masa tu dah menjerit-jerit tepuk tangan. So excited. Saya lagilah..rasa nak melompat-lompat kat situ. Haha. Naik pentas menggigil tangan ni. Terkejut, macam tak percaya..
Alhamdulillah..rezeki..
Tapi semua orang tak pulang dengan tangan kosong.. Semua dapat power bank..
****Balik rumah dengan hati yang berbunga-bunga****
No comments:
Post a Comment