Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, November 12, 2013

Step By Step Resepi| Cara membuat kek pisang

Akhir-akhir ni minat membuat kek menjadi-jadi pulak..Selepas berjaya membuat kek gula hangus hari tu, saya try pulak buat kek pisang. Resepi asal kek pisang ni dari ibu tetapi diubah sedikit mengikut selera Cik Lan. Berikut ialah bahan-bahan dan cara-cara membuat kek pisang:

Bahan-bahan:

6 biji telur
2 cawan tepung
1 cawan pisang dilenyek
1 cawan gula
1/2 cawan minyak (atas request Cik Lan ganti dengan butter)
1/2 sudu ovelette (bahan ni takde,so tak letak)
1/2 sudu baking powder (bahan ni saya takde, so tak letak)
1/2 sudu bikarbonat soda

Step 1: Lenyekkan pisang sehingga hancur dan masukkan ke dalam cawan sehingga penuh

Tips: Disebabkan sukatan dalam resepi ni menggunakan cawan, maka cawan yang digunakan untuk menyukat setiap bahan mestilah sama. Jangan sukat pisang guna cawan lain, sukat tepung guna cawan lain. Nanti tak seragam n kek tak cantik

Step 2: Telur, gula, ovelette, baking powder dan bikarbonat soda diputar sehingga telur tu jadi warna putih. Tapi desebabkan saya takde pemutar telur, maka saya guna mixer pengadun automatik je. So dalam kes ni telur saya tak kembang betul la.

Tips: Make sure telur tu dipukul sampai putih

Saya guna buttercup dalam tin

Step 3: Cairkan buttercup dan masukkan ke dalam telur dan gula tadi.

Step 4: Masukkan pisang sedikit demi sedikit

Step 5: Masukkan tepung sedikit demi sedikit

Tips: Jika menggunakan pemutar telur, pastikan adunan telah sebati barulah dimasukkan ke dalam oven

Step 6: Kek pisang siap dimasak! Sebab saya guna pengadun automatik..Step 6 ialah masukkan ke dalam oven dan bakar kek pada suhu 180 darjah (bagi sesiapa yang tak guna pengadun automatik). Masa agak-agak sendiri..huhu

Rupa kek pisang yang sedia untuk dimakan. Actually tak jadi sangat saya buat sebab ada bahan yang takde dan telur tak dapat dipukul sampai betul-betul kembang. Buat kek sangat sensitif, so follow resepi je ye.. jangan pandai-pandai nak derhaka bahan, nanti tak jadi. Haha

Selamat mencuba resepi kek pisang!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno