Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, September 18, 2013

Trip To Jakarta | Pusat Membeli-belah Grosir Tanah Abang

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Jakarta. Flight dijadualkan jam 4.30 petang (waktu Jakarta). So hari ni kami plan untuk ke pusat membeli-belah grosir di Tanah Abang. Sebenarnya terdapat banyak shopping complex yang berbentuk grosir/borong di Jakarta ni. Antara yang terkenal ialah Pasar Pagi Mangga Dua, Thamrin City dan Tanah Abang. Sila lihat entri saya mengenai Pasar Pagi Mangga Dua di sini--> Pasar Pagi Mangga Dua. Tapi kalau nak tau, yang termurah dan ter "best" untuk shopping ialah Tanah Abang. Menurut kebanyakan penduduk di sana, kebanyakan barang yang terdapat di Pasar Pagi Mangga Dua dan Thamrin City diambil dari Tanah Abang. Wallahualam. Tapi yang pastinya harga barangan di Tanah Abang jauh lebih murah berbanding di Mangga Dua.



Sebelum bergerak isi perut kenyang-kenyang dulu. Tak mandi lagi time ni, lepas sarapan baru mandi. hehe
Actually Pusat Grosir Tanah Abang ni berdekatan je dengan Hotel Cideng, tempat penginapan kami sepanjang di Jakarta. Kira-kira 10 minit menaiki kereta.

Ini lah Pusat Grosir Tanah Abang. Terdapat banyak blok di shopping complex ni dan banyak tingkat. Tapi biasanya pengunjung akan bertumpu di Blok A dan B sahaja kalau nak shopping/memborong pakaian. Pelbagai jenis pakaian ada dijual di sini antaranya seperti batik indonesia, kain sulam, kain lace baju pengantin, telekung, cadar dan macam-macam lagi la.


Mula-mula sekali saya aim cari kedai yang jual kain pasang sulam timbul. Bukan senang nak cari sebab kedai diaorang bercampur-campur. Bukannya jual kain sulam, satu tingkat semua jual kain sulam. Kalau jual telekung, satu tingkat semua jual telekung. Bukan macam tu. Kalau dia buat macam tu memang senang la nak cari. So, bila saya jumpa je kedai kain sulam terus je beli kat situ, dah takde nak survey-survey harga tempat lain.Terus beli je sebab takut kalau ronda lagi dah tak jumpa lagi kedai ni nanti. Sebenarnya beli kain sulam ni untuk pakai masa adik saya kawin nanti. Pakai sedondon satu family.

Inilah hasilnya. Dapat 4 helai untuk saya, ibu, Awin dan Anis


 
Lepas habis beli kain sulam, kitaorang cari kain sutera batik pulak untuk Cik Lan. Masa majlis kahwin Wawa nanti Cik Lan nak pakai kemeja batik je. Dia tak nak pakai baju melayu. Dapatlah 2 pasang kain pasang untuk dibuat kemeja batik nanti.

 
Selain tu ada juga saya beli telekung sulam. RP 90 000 lebih kurang RM 30 duit Malaysia. macam-macam jenis kain telekung ada. Ada cotton, cotton sutera, sutera dan sutera perancis. Kain yang paling mahal ialah sutera Perancis. Harganya mencecah RP 290 000. Kalau kat malayisa orang jual RM 200 lebih. Banyak jugak untung kalau jual telekung ni ye..
 Di sekitar Pusat Grosir Tanah Abang. Macam-macam ada. Kitaorang round tingkat LG, dan G je. banyak lagi tingkat tapi tak larat dah sebab Damia asyik nak dukung dan masa pun tak mengizinkan sangat.

 
Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami bertolak pulang ke Hotel Cideng. Cik lan sekali lagi nak naik bajai. So bawalah si pemandu bajai tu orang-orang yang berat macam kami. Nasiblah pak supir. Haha. Best jugak naik benda ni sebenarnya. Dapat fresh air..

 Actually, beg semua dah siap kemas dan dah bawa turun. Suruh pekerja hotel simpankan. So, bila sampai hotel nanti terus ambil beg dan bergerak ke airport. Tapi hauslah pulak. So, singgah kafe Hotel Cideng dan basahkan tekak dulu.

 Fresh Strawberry and Ice Blended Chocolate

On the way ke airport ada 'kejadian' pulak. Macet teruk banget nih.. Nasib baiklah kitaorang keluar dari hotel awal. Kalau tak, jawabnya terlepas flight la.

Sekian sahaja catatan perjalanan kami di Jakarta selama 4 hari 3 malam. Selamat tinggal Tanah Abang, selamat tinggal Jakarta
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno