Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, October 5, 2013

Tempat Makan Best| Mee Kari Ketam

Shah Alam memang terkenal dengan tempat makan yang best-best. Terlalu banyak kedai makan di Shah Alam sebenarnya. Korang pilihlah nak makan kat kedai mana satu. Banyak-banyak kedai makan kat Shah Alam ni, ada satu kedai yang selalu sangat kitaorang nak try tapi asyik tertangguh je. Nanti la, nanti la. Entah berapa kali NANTI daaa. Akhirnya semalam berjaya jugak kitaorang menjejakkan kaki dan menyediakan perut ke sana. Huahua. Best ke tempat ni?

Nama restoren ni-- Restoran Mee Ketam. Kedainya terletak di Seksyen 7, Shah Alam (sebelah UniSel). Masuk je dalam rasa macam kat kedai lama la pulak sebab meja n kerusi dia termasuk sinki dia dibuat daripada kayu yang disyelek.


Suasana dalam kedai - Sudut Informasi dan Promosi

Sambil menunggu order tu, saya sempat jugak "usha-usha" pemandangan sekeliling. Ada satu sudut dinding kat kedai ni penuh dengan bingkai gambar-gambar keratan akhbar, majalah yang menceritakan restoren ni. Senang cerita restoren ni pernah masuk dalam majalah dan surat khabar. Mungkin sedap makanannya, sebab dah banyak media buat liputan pasal kedai makan ni. Takpe, try je. Kalau tak best, tak payah datang lagi..apa susah...tak gitu..hehe


Menu Utama yang diletakkan dihadapan kedai..

Ni pulak antara menu yang ada di restoren ni. Mee kari ketam, mihun sup ketam, ketam cili dan sup ketam. Udang galah dan lala pun ada. Menu or makanan utama di sini adalah "Mee Kari Ketam" dan "Mee Kari Udang" nya..Cik Lan ada tanya jugak, kalau udang galah kira harga macam mana?

Orang kedai: 100 gram RM 9
Cik Lan: Ooo...habis tu biasanya satu hidangan udang galah berapa gram?
Orang kedai: 900 gram bang
Cik Lan n saya tengok muka masing-masing n senyum-senyum

Lepas brother tu pergi je, saya: Kalau 900 gram maknanya RM9 x 9= RM 81? Biar betul?


Mee Kari Ketam

Kitaorang order biasa-biasa je. Cik Lan makan mee kari ketam biasa. Saya pulak makan meehun (mee siam/mee halus) kari ketam biasa. Kalau korang nak tahu, memang best n marvellous rasa mee karinya. Kuah karinya yang pekat berasa disertakan perencahnya seperti isi ketam roll, telur rebus, bawang goreng dan daun sup. Ketamnya pula seekor setiap mangkuk. Menurut brother kedai tu, ketam ni jenis Ketam Bunga...apa yang bunga pun tak taulah.hehehe (mungkin ketam jiwang kot)...apapun rasanya memang terbaik larrr...


Ni saya punya mihun kari ketam biasa. Saya tak suka sangat makan mi "gemuk" tu. Saya suka mi "kurus" ni.

Menikmati mihun kari ketam...

Damia? Dia tak nak makan mi kari. So orderkan dia otak-otak. Habis 6 keping!

Korang boleh la try ye kedai makan Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam ni...Selamat Mencuba.....


Short Trip to Kuching Sarawak| Pasar Serikin| Kek Lapis Dayang Salhah| Top Spot Seafood

3 minngu lepas (22 Sept 2013-24 Sept 2013) Cik Lan ada konferens kat Kuching, Sarawak. Pada asalnya saya takde plan pun nak ikut Cik Lan. Dia pun memang takde plan nak bawa kitaorang. Takpelah, lagi pun sekejap je. Tapi entah macam mana last minute punya plan,-esok nak terbang, hari ni (Jumaat 20 Sept 2013) baru beli tiket kapal terbang. Hari Sabtu jam 7.30 pagi berlepas dari KLIA, hari Ahad pukul 11.30 malam dah ada kat KLIA balik! Only 2D1N (2 Hari 1 Malam) punye trip. Memang short trip betul ni.

Kitaorang sampai airport agak awal kira-kira jam 5.00 pagi. Tak tau nak buat apa, so jalan-jalan bawa Damia kat airport. Takde benda nak tengok pun..sbb terlalu awal pagi, kebanyakkan kedai tutup. Sebenarnya untuk mengelakkan Damia bosan. Sebenarnya lagi, Damia yang buat mama terpaksa berjalan. Kalau ikutkan mata yang mengantuk tu nak duduk n tidur je. Haha

Perut laparlah pulak. Kalau nak tau kitaorang pergi ni naik Malindo Air. Cik Lan kata dalam flight Malindo tu nanti ada makanan. Free je, so sekarang tak payah makan sebab kejap lagi dah nak makan. Tapi tak boleh tahanlah, saya memang lapar giler. So, sarapan ni mama belanja tapi jangan mahal-mahal tau. Hehe. Akhirnya kami alas perut dengan burger KFC.

Boarding pass "Malindo Air" KL - Kuching

Sejujurnya Malindo Air sangat selesa dan jauh berbeza dengan Air Asia. Ada skrin sentuh lagi. Penumpang boleh tengok movie, main game dan dengar lagu. Skrin ni sangat membantu dalam menghilangkan kebosanan Damia.

Tepat jam 7.30pagi kami pun berlepas ke Kuching dari KLIA...dalam perjalanan, Damia asyik nak tekan skrin sentuh je..main game la katakan..

Disebabkan Damia dah 2 tahun, dia kena duduk atas seat sendiri. Mama tak boleh pangku Damia lagi. tapi hakikatnya nak ke dia duduk diam-diam sorang-sorang atas kerusi dia? Mestilah tak..riba mama jugak dia nak duduk. Tengok cerita kartun atas riba mama sampai tertidur. Dah tidur, barulah dia 'guna' seat dia. hehe

Ye Cik Lan..memang free makanan dalam ni. Tapi air mineral and butter cake jelah..kalau nak order yg lain spt nasi lemak kene lar beli...huhuhu..Nasib baik dah makan tadi, kalau tak macam-macam rasa ada. Tak tau nape kalau perut kosong then naik flight nanti mata saya pusing n rasa nak muntah. So better isi perut kenyang-kenyang sebelum terbang.

Time makan pandai lah pulak anak mama ni duduk atas seat dia kan..Actually Damia excited nak guna meja makan lipat yang ada kat belakang seat tu. Tepat jam 9.10 pagi kitaorang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching..So, first action yg kami buat adalah menyewa kereta..Kami sewa kereta Perodua Viva, harganye RM120 sehari..ok kot..Cik Lan kata senang kalau nak kemana-mana.

First destination- Pasar Serikin. Perjalanan dari air port ke Pasar Serikin lebih kurang 1 jam menaiki kereta.   Kalau nak tau, jalan ke Serikin ni agak teruk dan berlubang-lubang. Berhati-hati ketika memandu ye.

Pasar Serikin ni terletak di sempadan Malaysia-Indonesia. Tempat jual bermacam-macam jenis barangan seperti baju, telekung, cadar, buah-buahan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi la. Panjang sangat deretan gerai dia..Konsep sama seperti Pasar di Wang Kelian di Perlis..Cuaca terik sangat waktu tu, langit pun cerah. Damia pulak tak nak berjalan. Hoho.. So, mama kena dukung lagi. Aih..tak laratnya, dahlah cuaca panas. Akhirnya kitaorang tak berjalan sampai habis pun. Separuh pun tak. Patah balik-mission not completed!..Kebanyakkannya peniaga di sini adalah warga Indonesia..banyak juga peniaga menjual ubat-ubat kesihatan dalaman dan luaran...

Kalau nak tengok kat Pasar Serikin ada jual apa, boleh refer review dari blog ni

Pergi makan lagi bagus. Tengahari tu kitaorang makan nasi ayam. Damia pulak tak nak makan nasi ayam yang dah di order sepinggan khas untuk dia.  Dia nak jagung-habis 2 tongkol Damia makan.

Second destination - Dari Serikin kitaorang bergerak ke Kampung Gersik, Petrajaya. Terletak di Seberang Waterfront. Kat situ berkumpulnya pembuat-pembuat kek lapis Sarawak. Terlalu banyak! Pilih je lah nak kedai yang mana satu.

Mula-mula tu kitaorang ternampak Mira Cake House. Dari luar nampak macam menarik. tu yang singgah. Tapi bila rasa tester kek lapis (tester) dia macam tak best je. Kebanyakan kek rasanya sama je walaupun nama dia berbeza-beza serta coraknya juga berbeza. Cik Lan tak berkenan.

So, saya suggest  pergi Dayang Salhah. Yang ni memang dah establish and terkenal. Cik Lan ni part merasa memang bagus. Lidah dia boleh detect sedap ke tak sedap. Bila dia rasa kek lapis Dayang Salhah ni terus dia kata sedap.

Dah sedap apalagi? Boronglah! haha. Takdelah borong mana pun. Bawa ole-ole sikit bila balik semenanjung nanti. Di Dayang Salhah ni ada banyak jenis kek lapis. Boleh tengok kat sini untuk jenis kek lapis yang ada di Dayang Salhah--> Kek Lapis Dayang Salhah

On the way ke hotel, terserempak pulak dengan Ayam Bakar Madu. Macam sedap je. Singgah sekejap n makan dalam kereta. RM 17 seekor ayam.

Kitaorang stay kat Pullman Hotel. Konferens Cik lan pun kat sini

Malam tu kitaorang makan seafood di Top Spot Seafood. Kedai makan kat situ semua jual seafood

Akhirnya kami pilih ABC Seafood Ah Seng. Actually ni atas recommendation pekerja hotel. Katanya paling sedap  di sini. Halal tak? I. Allah halal sebab dia ada pamerkan sijil halal dari Majlis Islam Sarawak.

Sijil Halal dari Majlis Islam Sarawak

 Ini pula surat lampiran senarai menu yang disahkan halal. Sijil halal restoren ni sah dari 18 Mac 2013 sehingga 17 Mac 2015.

 
Ikan yang sangat fresh!

Kami order ikan siakap masak sweet sour

 
Kangkung goreng belacan

Dan umai

Apa yang diuar-uarkan sebagai sedap oleh pekerja hotel tu takde maknanya pun. Cik Lan makan siap tak habis n tapau bawa balik hotel sebab tak sedap. Takde rasa! Saya? Betul-betul..Memang tak sedap langsung. Siakap sweet sour tu rasa macam kena curah ngan sos semata-mata n rasa bawang putih yang terlalu banyak. Tak pernah Cik Lan makan tak habis. Walaupun tak sedap saya ok je. Telan je, asalkan kenyang. No hal. haha

Hari Ahad pulak mama n Damia stay kat hotel je sebab konferens ayah dah start. Bosannya..

Nasib baik bawah Pullman Hotel tu ada shopping complex. So, mama bawa Damia gi jalan-jalan. Singgah Toys r Us tegok-tengok mainan Damia.

Damia suka tengok baby doll. Kat rumah dah ada banyak baby doll.. Kita beli botol susu baby je ye..

Then teman Damia main kat playground Pullman Hotel

Bording pass "MAS" Kunching-KL

Habis je ayah konferens pukul 5.50 petang, kitaorang check out hotel. Sebenarnya konferens tu sampai hari Rabu tapi mama tak dapat cuti. Isnin dah kerja. Sebab tulah kitaorang pergi 2 hari je. Kalau tak, memang sampai hari Rabu. Malam tu flight pukul 9.00 malam dan balik ni kitaorang naik Malaysian Airlines (MAS).

Sebelum naik flight, kita makan dulu! Pekena laksa Sarawak di food court Airport Kuching..

On the flight

Sampai KLIA pukul 11.30 malam. Damia dah penat n kesian pulak nak bagi dia jalan. So, duduk atas troli ye sayang..

Sekian kisah percutian pendek kami di Kuching Sarawak. Dari airport ke Pasar Serikin kemudian ke Kampung Gersik and makan seafood....


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno