Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, December 30, 2014

Restoran Dara Lamb Burger


Cerita kedai makan western lagi...hehehe...kali ni cerita pengalaman kitaorang makan di kedai western Dara Lamb Burger yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam...menu utama di kedai ni adalah burger...walaupun namanya Dara Lamb Burger, tetapi restoran nie bukan semata-mata jual burger daging kambing jer...burger daging  ada, burger ayam ada...

Dara Lamb Burger,
24 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7
Shah Alam, Malaysia




~ Menu Utama: Burger ~

 ~ Dessert and Side Dishes ~

Satu lagi tarikan kat restoran Dara Lamb Burger ialah korang boleh create burger mengikut citarasa sendiri...maksudnya korang boleh create burger korang berdasarkan tambahan bilangan daging, tambahan special sauce, tambahan topping seperti (bawang, keju, avocado dll)...malah korang boleh create saiz burger tu macam burger menara kuala lumpur (burger 2 or 3 tingkat)...pilihan untuk topping tu seperti kat bawah ni yer

 ~ Pilihan Topping untuk Burger ~

 ~ Minuman ~
Damia berangan sambil menunggu burger...hehehe

Time makan ni kitaorang try order Lamborghini Burger and Hot Chick Burger...memang superb rasa burger kat restoran Dara Lamb Burger nie...Lamborghini burger adalah burger berasaskan kambing...Cik Lan memang suka daging kambing. Malah Cik Lan siap minta extra lagi daging buffolo...daging kambing campur daging kerbau. Eeikk..sedap ke? Tak berani saya nak try campur-campur.

Hot Chick burger  pulak berasaskan ayam panggang.  Saya share ngan Damia je...kesemua daging burger nie dipanggang sempurna tetapi  sangat juicy kat dalamnya...maksudnya daging tu tak kering.Memang sedap..Korang boleh tengok lagi cara dia panggang daging burger ni, sebab tempat memanggang daging burger terletak di bahagian depan kedai dan ianya open space...


~ Lamborghini Burger ~


Korang boleh lah yer cuba rasa keenakan burger di Dara Lamb Burger.
untuk cubaan kali ni saya bagi 8.5/10...

Sunday, December 28, 2014

Lavender Tea | Teh Levender


Ini kali kedua saya n Cik Lan menikmati minuman Flower Tea selepas French Rose Tea hari tu. Kali ni kitaorang mencuba minuman Lavender Tea. Konsep yang sama seperti Teh Bunga Ros iaitu minuman disediakan dengan merendamkan Bunga Lavender yang telah di keringkan ke dalam pot berisi air panas.

Ketika dihidangkan, lilin dihidupkan di bawah pot bagi memastikan teh tersebut sentiasa  hangat. Bau wap aroma bunga lavender semerbak mewangi menusuk deria bau kami. Teh Lavender yang hangat itu kemudiannya dicurahkan ke dalam cawan kecil untuk dihirup perlahan sambil menikmatinya..memang beza dari segi rasa dan aroma Lavender tea ni jika dibandingkan dengan French Rose tea...mana taknya bunga pun dah lain kan...katanya Lavender tea ni bagus untuk relaxing, release tension and migrane...tapi dari segi rasa ia wangi dengan bauan bunga lavender serta agak pahit sedikit dan ada sedikit rasa macam biji pelaga (kebiasaanya biji pelaga ni digunakan untuk masak kurma, nasi minyak, dll).


~ Set Lavender Tea ~



Kalu korang nak cuba pengalaman menikmati secawan Lavender Tea nie, 
bolehlah berkunjung ke Crystal Hotel di Batu Pahat, Johor.

Crystal Hotel
No. 36, Jalan Zabedah,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Selamat Mencuba!









Saturday, December 27, 2014

French Rose Tea | Teh Ros

Kawan-kawan semua pernah minum French Rose Tea tak? Entri kali ni saya nak cerita tentang "French Rose Tea" ataupun Teh Bunga Ros. Tercengang jugak masa first time minum teh bunga ros tu. Mana taknya bunga rose original direndam dalam air...hehehe


~ Set French Rose Tea ~

~ Menu ~

Sebenarnya kuntuman bunga ros ni diimport dari Italy dalam bentuk bunga ros kering. Kemudian bunga ros kering ni direndam dan dipanaskan di dalam pot khas. Yang bestnya ketika dihidangkan, lilin dihidupkan di bawah pot tadi bertujuan untuk memanaskan air teh bunga ros sekaligus menghasilkan wap aroma bunga ros yang semerbak harum baunya. Macam aromaterapi kat spa... 

French Rose Tea atau Teh Bunga Ros nie dihidangkan dalam keadaan panas sederhana dan dicurahkan kedalam cawan kecil beserta aroma bunga ros yang segar dan dihirup perlahan-lahan...perghhhhh relax rasanya. Antara khasiat teh bunga ros ni ialah untuk skin rejuvenate, release tension and freshness.

~ French Rose Tea ~
Kalau korang nak cuba pengalaman menikmati secawan French Rose Tea atau Teh Ros nie, 
bolehlah berkunjung ke Crystal Hotel di Batu Pahat, Johor.

Crystal Hotel
No. 36, Jalan Zabedah,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Selamat Mencuba French Rose Tea!

Friday, December 26, 2014

Tempat Makan Best|Restoran Warisan, Terachi, Kuala Pilah

Entri kali ini kitaorang nak menceritakan keenakan masakan tradisional Negeri Sembilan iaitu masakan "Lomak Cili Api (Loghat Nogori Sembilan)" a.k.a "Lemak Cili Api"...menu yang saya maksudkan di sini ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Kampung masak lemak cili api. Sentuhan masakan lemak cili api Negeri Sembilan ni memang lain rasanya dari tempat lain. Korang kena cuba sendiri yer..

Kalau korang ke Kuala Pilah boleh la singgah di pekan kecil Terachi (Jalan Utama Seremban - Kuala Pilah) kerana disini terdapat sebuah restoran yang menjual daging salai masak cili lemak cili api dan ayam kampung masak lemak cili api...Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Warisan.



- Peta lokasi Restoran Warisan -

~ Restoran Warisan ~

Antara menu yang kitaorang order ialah daging salai lemak cili api, ayam kampung masak lemak cili api sayur kailan goreng dan sayur ulam serta sambal belacan. Masakan di Restoran Warisan ni memang best. Cuma korang kena tau la yer, masakan lemak cili api nie memang pedas!!

Sentuhan masakan asli tradisional orang Negeri Sembilan nie memang superb...Apalagi berpeluh-peluh la Cik Lan makan. Dari segi kualiti masakannya memang ok dan menepati citarasa kitaorang, tapi dari segi harga dan kuantitinya agak tidak berpadanan. Kuantiti hidangannya sedikit tetapi harganya agak mahal berbanding masakan lemak cili api di tempat lain. Antara restoran lain yang menjual lemak cili api yang best di Negeri Sembilan ialah Lomang Apak. Saya pernah ceritakan mengenai Lemang Apak sebelum ni DISINI.

Jom tengok menu hidangan yang kitaorang order di Restoran Warisan ni!

~ Daging Salai Lemak Cili Api ~

~ Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api ~

~ Sayur Kailan Goreng Biasa ~

 ~ Sayur Ulam dan Sambal Belacan ~



~ Masakan Lomak Cili Api ~

Kepada korang yang nak mencuba makanan tradisional Negeri Sembilan bolehlah datang ke 
Restoran Warisan ni yer...

Selamat Mencuba.....

**Pastikan anda menyediakan tuala kecil atau sapu tangan yer...pasti berpeluh


Thursday, December 25, 2014

Tempat Makan Best| Johny Rocket - The Original Burger|The Curves Damansara Perdana


Entry kali ni saya nak kongsikan cerita tentang makanan western di Johny Rocket. Semenjak dua menjak ni Cik Lan suka makan makanan western especially burger...Restoran yang saya maksudkan untuk entry kali ini ialah Johny Rocket - The Original Burger. Kalau korang nak tahu restoran Johny Rocket ni merupakan francais restoran Amerika. Hiasan dalamannya berkonsepkan klasik Amerika dimana susunan dan teknik masakan burgernya juga berdasarkan American Style. Kalau korang nak tau, burger di sini agak besar sedikit saiznya serta agak kering (tanpa mayonis dan sos yang meleleh) seperti konsep burger di Malaysia yang agak basah dengan mayonis, sos cili dan sos lada hitam serta saiz yang agak kecil sedikit.

Restoran Johny Rocket yang kitaorang makan ni terletak di The Curves Damansara Perdana...berdekatan dengan IKEA dan Harvey Norman...

Hadapan Restoran dan menu

Jom tengok senarai menu utama yang ada di Johny Rocket!

Pelbagai pilihan jenis burger yang best....slurrpppp

Pelbagai jenis pasta

Pelbagai jenis starter

 
Pelbagai jenis sandwich

Pelbagai jenis minuman

Yang bestnyer kat restoran ni kalau tak silap setiap 20 minit ke 30 minit akan ada persembahan tarian or nyanyian yang dilakukan oleh pekerja Johny Rocket sendiri. Mungkin tu adalah salah satu cara untuk menarik minat pelanggan.

Korang boleh lar tengok gambar tarian yang sempat saya rakamkan kat bawah ni. Setiap kali ada tarian, Damia akan ajak saya ke sana untuk tengok dengan lebih dekat. Excited betul si kecik tu!



~ Tarian Gangnam style ~

~ Tarian dan nyayian yang dilakukan oleh perkerja Johny Rocket~


Kat bawah ni pulak ialah menu burger dan minuman yang kami order di sini. Untuk pengetahuan semua, burger kat Johny Rocket ni besar gedabak. 1 biji burger kalau yang double tu saya rasa boleh makan dua orang kot. Tapi apapun ikut la selera memasing ye...

Antara burger yang kami order ialah Becon Cheddar Burger dan Rocket Double Burger. Damia pulak order Grilled Chicken Sandwich...Lagi satu yang korang kena tau, burger kat sini kering. Maksudnya tak basah dipenuhi dengan  mayonis, sos dan lain- lain gravy. Tu yang Cik Lan suka sangat.


~ Becon Cheddar Burger ~

 
 Wowww.....burger yang besar serta rasa dagingnya yang superb...
 ~ Rocket Double Burger ~


~ Grilled Chicken Sandwich ~

 Choclate n Penut Butter - rasanya memang superb...korang kena cuba minuman nie kalo ke sini..


Itu saja menu yang kitaorang order dan makan di restoran Johny Rocket. Memang best dengan rasa burger yang asli. Kalau korang nak tahu keaslian western burger ni, bolehlah cuba di Restoran Johny Rocket. Kitaorang bagi 9/10....

p/s: Bila dah terlampau kenyang tu terasa la pulak muak. Apapun burger di Johny Rocket memang best!


Sunday, July 20, 2014

Tempat Makan Best| Restoran HOMST Shah Alam

Terdapat banyak restoran yang berkonsep "Chinese Style" di Shah Alam antaranya termasuklah Restoran Adam Lai yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai Restoran HOMST, juga sebuah restoran makanan Cina Muslim. Almaklumlah, Cik Lan kan tekak Chinese sikit..hehe.

Alamat:
HOMST Restaurant (Shah Alam Branch)
5&7, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor.
Tel : 03-5513 0760
Business Hours : 11am - 10:30pm 

Restoran ni terletak di Seksyen 13, betul-betul kat sebelah Apartment Menara U yang baru dibuka, satu kawasan juga dengan Les Copaque Production Sdn Bhd (produksi kartun Upin Ipin tu..). Tapi tak satu bangunan dengan Les Copaque la, HOMST bangunan lain, tapi area yang sama. Kat kawasan tu pun ada satu kedai mamak yang besar (tak ingat nama apa).

Kalau nak tahu restoran HOMST ni memang selalu penuh. Kalau korang nak pergi sebelah malam, dinasihatkan lepas je sembahyang Maghrib (kalau duduk area Shah Alam) bolehlah keluar rumah. Kalau keluar lewat sikit nanti takut takde tempat duduk n kena tunggu turn meja kosong. Tapi ramai pun takde la sampai tahap menunggu pun kena beratur, tak la macam tu. Cuma kalau tak suka menunggu, datang lebih awal.

Suasana dalam Restoran HOMST

Damia: Mama..Mia nak makan apa ni?

Mama: Jap ea Mia, mama tengok menu dulu..

 Cik Lan: Hah, korang berdua pilihlah, ayah tengok orang lalu lalang lagi bagus. Eh, orang meja sana makan apa tu? Macam sedap je..

Akhirnya fikir punya fikir kitaorang order nasi putih,  Asam Steamed Fish, Kangkung Goreng Belacan dan Yam Basket

 Asam Steamed Fish (RM 30.00)

 Kangkung Goreng Belacan (Saiz S= RM 8.00)

Yam Basket (RM 30.00)

 Yam Basket ni ialah keladi yang digoreng dan dibentuk seperti bakul. Di dalam Yam Basket ni terdapat gajus, sotong, udang,lada kering, bawang putih (disimbah dengan sos tersendiri). Sekeliling Yam Basket ditaburkan Soh Hon Goreng. Sedap!! Rasa manis keladi dan sedikit pedas dari lada kering.

Selain menu yang kami makan tu, ada pelbagai lagi chinese cuisine yang sedap kat sini. Harga pun reasonable. Jom tengok menu lain!

 Menu berasaskan ikan

 Menu berasaskan udang

 Menu berasaskan daging

 Menu berasaskan taufu

 Menu sayur

 Set lauk- Chee Cheong Fun Goreng kat sini sedap..

 Set Nasi Goreng

 Set Mee Goreng

Bagi penggemar masakan Chinese Style, bolehlah mencuba makanan di Restoran HOMST. Selain Shah Alam, HOMST juga punya cawangan di Kajang, Bandar Baru Bangi, Kota Damansara dan TTDI Kuala Lumpur. Maklumat lanjut mengenai HOMST boleh layari www.homst.com.my (klik je sini, saya dah link kan ke HOMST punyer website).

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno