Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, January 29, 2014

Tempat Makan Best| Kari Kepala Ikan Restoran ZK Jalan Kampung Attap

Last week Cik Lan bagitau dia ada tengok rancangan bersama Mazidul yang membuat liputan tentang kari kepala ikan yang ter'best' n tersedap iaitu Kari Kepala Ikan Restoran ZK (kalau ikut selera Mazidul la). Boleh baca blog Mazidul KAT SINI. Cik Lan bila dah tengok Mazidul makan ngan berselera sekali, selera dia pun terbuka la jugak. So hari Sabtu lepas kitaorang pun memulakan pencarian restoran kari kepala ikan tu.

Nama restoran ini adalah "Restoran ZK". Restoran ni terletak kat Jalan Kampung Attap. (Alamat penuh: Restoran ZK, No. 76, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur). Berpusing jugak la mencari mengikut arahan Cik GPS. Alhamdulillah..akhirnya jumpa pun. Kitaorang sampai sana lebih kurang pukul 2.00 petang. Untuk makluman, kedai ini beroperasi dari jam 11.00pagi hingga lebih kurang jam 3.00 petang..

 Peta lokasi  ke Restoran ZK....Point A (warna hijau) adalah restoran tersebut

Signboard Restoran ZK

Ramai ke tak? Kalau dah masuk tv tu confirmla kena beratur kan. Meh nak bagi feel beratur sikit, jom tengok gambar..kebanyakan orang yang datang makan kat sini adalah dari luar KL. Ada juga dari sekitar KL dan Selangor..tapi kebanyakannya adalah pelanggan tetap.



Amacam, panjang tak? Kalau sabar menunggu dapatlah rasa makan kari kepala ikan. Actually kitaorang pun waktu tu dah give up..nak blah jer..tapi fikir-fikir alang-alang dah sampai, tunggu n beratur je lah...so kena sabar sikit la menunggu turn...

Dah siap beratur n dapat kari kepala ikan tu ada satu lagi problem, meja makan semua penuh. Aiyaaa...takkan nak makan sambil berdiri..korang boleh lihat kat gambar bawah nie..dalam kedai pun penuh..Nak tak nak, minta permission share duduk semeja ngan orang lain. Bolehlah, asalkan dapat makan..
 
 Kebanyakan orang yang datang sini bawa famili..tapi ada jugak yang datang berdua (couple)..


Memang sesak dalam kedai ni..

 Inilah dia kari kepala ikan yang ditunggu-tunggu..Besar dan tebal isi ikan ni. Saiz macam ni RM 95 ye..part yang best tang kepala ikan nie adalah tang matanya...tang bibirnya...tang pipinya..fuhhhh marvellousss!!!...tengok tu bibirnya yg tebal dan menjuih...memang sedap...Komen Cik Lan macam tu la. Saya tak suka makan kepala ikan, so ambik isinye je.

So, apalagi...Cik Lan yang dah tak sabar nak rasa sedap ke tak ni..Kita korek mata dia dulu!..ermm tak terkata rasa lemak dan isi ikan yang manis nie serta rasa kuah karinya yg superb..pehhh..(jempol)..pastu Cik Lan korek pulak pipi ikan dan bibirnya...

 Damia belum pape lagi dah tersandar. Penat beratur ke cik kak?

Uih Cik Lan..beriya betul punya makan kepala ikan. Kitaorang kongsi meja ngan Indian couple ni. Nasib baik dia nak bagi share meja, kalau tak pegang je lah kari tu sampai ada meja kosong.

Akhirnya habis licin ikan ni dikerjakan Cik Lan

Oh ya..lupa pulak nak bagitau. Menurut pekerja kat situ, kalau nak makan kepala ikan kat restoran dia actually tak payah beratur. Just cari meja makan kosong. duduk n order. Diaorang akan serve. Kebanyakan orang tak tau, tu yang beratur panjang,,

p/s: Tapi kalau beratur dapat pilih kepala ikan mana ynag kita suka..

Ok, cukup info tentang Restoran ZK ni setakat ni. Korang try la ye kalau berkesempatan. Memang tak rugi beratur n makan kat Restoran ZK kari kepala ikan ni. Selamat mencuba!


Sunday, January 26, 2014

Trip To Genting Highland| Snow World Si Rumah Salji

Hati ni teringin sangat nak masuk rumah salji sebab nak rasa salji tu macam mana. Kat Malaysia ni yang saya tau ada rumah salji kat Genting Highland, I-City Shah Alam dan Taman Pertanian Malaysia (rumah 4 musim). Tapi hasrat tu saya pendam je, tak pernah pulak bagitau sesiapa sampailah satu hari tu Cik Lan tanya Nisa tak pernah masuk rumah salji ke? Actually Cik Lan boleh tertanya soalan tu sebab saya asyik tak setuju bila dia cakap ada plan nak pergi negara yang sejuk, kalau boleh nak suhu yang rendah sampai mencecah negatif pun tak pe. Huhu. Saya mana tahan, air cond suhu 20 pun saya dah tak tahan inikan pulak yang suhu negatif.

Macam biasa, Cik Lan selalu buat keputusan ad hoc. Actually masa cuti Maulidurrasul yang lepas, kitaorang pergi jumpa kawan lama kat Kepong n memang takde plan pun nak pergi Genting Highland. Tiba-tiba masa nak bertolak balik rumah tu Cik Lan kata, "Alang-alang dah sampai sini takkan nak balik rumah terus, baik gi Genting. Dah dekat ni". So, bertolaklah kitaorang ke Genting Highland tanpa ada preparation especially sweater. Waktu tu dah pukul 12 tengahari.

Sampai je Gohtong Jaya, kitaorang terus ke Genting Skyway Cable Car station. Sini adalah satu-satunya perkhidmatan cable car ke Highland Hotel dan Genting Highland resort..Nasib baiklah waktu tu tak ramai sangat orang sebab tak semua company ambil cuti Maulidurrasul. Cuma waktu tu ramai foreigner dari Indonesia, Timur Tengah, Korea dan China dan Jepun..

 Damia yang excited beratur nak naik cable car


Waktu beratur ni lah perasan ramai pelancong yang datang Genting Highland ni

sistem cable car di Genting Skyway..

 Jom naik cable car! Akhirnya sampai jugak turn kitaorang..


Muka Damia yang ketakutan sepanjang dalam Cable Car. Lebih kurang 20 minit jugak nak sampaikan ke puncak (Genting Highlands Resort)..sewaktu dalam perjalanan dengan cable car ni, dapat lar jugak lihat kawasan hutan hujan khatulistiwa yang menghijau..serta deruan angin sejuk..

 Pemandangan sepanjang dalam Cable Car, cantiknyer..

 Akhirnya sampai jugak kami ke puncak Genting..ketika itu cuaca kat puncak Genting tu sangat baik. Langit cerah, tapi berawan dan berangin..malah yang korang nampak kelam-kelam serta warna putih tuh sebenarnya adalah awan yang merempuh puncak Genting... ketika itu suhu menunjukkan bacaan 16 darjah celcius yang tercatat pada termometer digital dalam Resort Hotel.. Err..sejuk..dahlah takde sweater..Hehe

Damia yang nak duduk kat air pancut ni je. Suka betul dia ngan air pancut ni.

Actually, kitaorang kat sini tak main apa-apa pun, memang nak pergi rumah salji je. Kalau sempat barulah boleh consider nak main permainan lain. So, lepas bergambar sikit-sikit kitaorang terus ke rumah salji. Pukul 3.30 petang turn kitaorang masuk Snow World si rumah salji tu.

Tiket masuk ke Snow World ni RM 30 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak. Harga tu dah termasuk sewa baju sejuk, sarung tangan dan but sekali ye..

Suhu dalam rumah salji waktu tu pulak ialah -6 darjah celcius. Yang bestnyer kat dalam rumah salji ni, adalah susunatur serta background dan probe yand dikletakkan dalam Snow World ini menyebabkan kita berasa seperti di oversea..mana tidaknya, kat dalam sini ada iglu..ada background bangunan rumah belanda, perancis dan england..malah disediakan di satu sudut pondok talipon dan bangku..disediakan juga gelongsor boya ais..kalu berani boleh lar cuba...kita akan leka dan lupa...setiap lebih kurang 15minit akan ada semburan salji turun dari atas..wahhh..memang best n seronok...Sejuk!! memang sejuk sangat, sampai kebas muka ni, tak berasa pape pun. Nasib baiklah Damia steady je. Tempoh masa yang dibenarkan duduk dalam rumah salji ni pulak ialah 1 jam. Tapi tak sampai sejam pun ramai yang dah keluar sebab sejuk. Actually Cik Lan nak duduk lama lagi, tapi Damia waktu tu dah tak tahan. "Mama akit kaki".. Sebab kaki dia dah kebas n sejuk. Kaki mama pun rasa camtu gak Mia..Elok dia cakap macam tu terus dia lari keluar dari rumah salji tu.

Mesti ramai nak tengok gambar dalam rumah salji tu macam mana kan.. Tapi sayang, tak dapat nak tunjuk kat sini sebab kamera tak dibenarkan bawa langsung. Kalau nak ambik gambar kena guna jurufoto khas rumah salji je.

Charge yang dikenakan untuk khidmat jurufoto tu pulak ialah RM 50 untuk sekeping gambar tanpa softcopy (ada frame). Kalau nak softcopy kena ambik full package iaitu 5 keping gambar= RM 220 + softcopy. RM 200 lebih untuk gambar dalam rumah salji je? Oh No! Membazir je rasa, so kitaorang beli gambar sekeping je yang takde soft copy tu. Huhu. Jadilah, asalkan ada gambar kenangan..

Ni lah gambar kitaorang kat Snow World! Disebabkan takde soft copy, maka terpaksalah snap gambar yang hard copy tu. Bolehlah labu..

Yang paling penting dah dapat pengalaman rasa pengalaman sejuk salji n suhu negatif tu macam mana.


Lepas keluar dari Snow World (masa tu dah pukul 4.30 petang), kitaorang sempatlah berjalan-jalan n ambik gambar kat atas tu. Makin petang, makin kuat pulak anginnye. Huhu..semakin lar sejuk.

 Sempat jugak bergambar kat taman. Tengok tu, ramai yang dok berdua-duaan. Ni kan tempat honey moon jugak..hehe

 Amboi, happy nyer Cik Lan..Haha!

 Kitaorang turun dari puncak ke stesen cable car semula lebih kurang jam 7.15 petang. langit dah agak gelap waktu tu n waktu turun kali ni cuma kitaorang 3 orang je dalam Cable Car. Damia yang dah terlalu penat tertidur atas bahu mama. Cik lan pulak buat bising dalam Cable Car, menakut-nakutkan kitaorang.

Okeylah, cukup setakat ni dulu. Pergilah rasai salji n suhu negatif di Snow World Genting Highland! Memang best la.... terbaik!

Tuesday, January 14, 2014

Tempat Makan Best| Restoran Satay Station Shah Alam

Restoran Satay Station Shah Alam merupakan antara restoran makanan yang baru dibuka di Shah Alam (lebih kurang setahun). Lokasinya terletak di Plaza Masalam Seksyen 9 Shah Alam. Sebelum ini, Harian Metro pernah menguar-uarkan berita pembukaan Restoran Satay Station di sini. Sila klik Harian Metro untuk membaca dengan lebih lanjut.

Walaupun dah lebih kurang setahun restoran ni dibuka, hanya baru-baru ni kami berkesempatan untuk try sate kat Restoran Satay Station ni. Diaorang guna tagline--Original Satay Recipe. Nak tau original ke tak, jom kita tengok gambar! Ops, sebelum tu nak bagitau, restoran ni yang saya perasan dibuka sebelah malam. Siang saya tak perasan la pulak (sebab siang kerja kat PJ so tak lalu kawasan tu, sebab tu tak perasan).

Actually dah lama ibu n ayah saya tak datang rumah kitaorang kat sini. Bulan lepas disebabkan ada kenduri kahwin anak sepupu ayah, maka terjejaklah jugak kaki diaorang kat sini. Kebetulan Pi n Anis ada balik cuti, Wa pun kerja kat selangor n Awin sekarang belajar kat UPM. So, waktu tu hampir lengkaplah family saya. Cuma Aris je takde.

 Ayah, Wawa n Awin--Masing-masing sibuk melayan Si Damia. Almaklumlah, anak sedara baru satu

Posing dulu sementara tunggu satay sampai..

 Damia yang macam biasalah--Tak reti dok diam

 Melentok pulak ngan Opah dia..Belakang tu Awin

Ambik ko kena kenyam ngan Ucu Anis

 Family besar saya-- 6 beradik..(Damia baru sorang..takde adik beradik lagi..haha)

Untuk pengetahuan semua, nak makan satay ni memang kena menunggu lama sikit ye, lebih kurang 30-45 minit sebab memang ramai orang. Okey sikitlah daripada Sate Tulang Senawang yang kena tunggu 2 jam waktu tu. Sila rujuk entri  yang pernah saya tulis sebelum ni-->Sate Tulang Senawang

So, sementara menunggu tu ada jugak disediakan makanan lain seperti Mi Rebus dan Sup + Nasi

 Ok, sampai pun sate..Kalau nak tau, kat sini ada sate ayam n daging je. Satenya memang sangat besar dan rempah yang memang best. Kalau ikut tekak kitaorang sate di Satay Station ni lagi best dari Sate Kajang Haji Samuri.

Harga secucuk sate= RM 1

Ni signboard Satay Station

 Suasana dalam restoran

Eh, nape Damia pakai baju lain dalam gambar ni? Actually sebelum nak bawa ibu n ayah makan kat sini, kitaorang dah try dulu untuk make sure memang betul-betul sedap sate kat sini. Takdelah malu bawa orang makan sekali sekala tempat tak sedap pulak daa..Tak nak la macam tu kan..



Muka semua orang yang khusyuk menikmati Satay Station.


Cubalah Satay Station ni ye. Memang lain dari sate biasa!

Sunday, January 12, 2014

Educational games| Islamic educational kids games

Pendidikan dalam bentuk permainan atau educational games boleh dan sangat-sangat membantu dalam usaha untuk mengajar anak-anak. Apabila dah jadi ibu ni barulah saya tahu perasaan seorang ibu yang sentiasa mahukan anaknya mendapat sesuatu yang sempurna, sebaik mungkin. Apabila kita tengok kanak-kanak lain sebaya dan seusia anak kita boleh melakukan sesuatu yang pada kita hebat untuk kanak-kanak seusia itu, kita juga sedaya upaya akan cuba memberikan yang terbaik untuk anak kita supaya setanding dengan kanak-kanak lain. 

Saya tak tahulah perasaan korang macam mana tapi saya rasa macam tu. Saya tak nak anak saya kurang. Kalau anak orang mampu membaca dan menghafal Al-Quran seawal usia setahun, saya berasakan anak saya juga hebat dan mampu untuk berbuat sedemikian sekiranya diberi rangsangan yang betul. Kanak-kanak kan ibarat kain putih, corak apa yang akan terlukis dan terlakar di atas kain itu semuanya terletak pada tangan ibu bapa. Mereka tidak mengerti, masih mentah, tak tahu apa-apapun. Kitalah, para ibu bapa yang akan membentuk anak kita.

Saya teringat kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a:

" Hendaklah ibu bapa mendidik anak berlainan dengan cara mereka dididik sebab Allah mmelahirkan anak itu berlainan zaman daripada zaman ibu bapanya".

Iyalah, cuba kita recall semula zaman kita kecik-kecik dulu--> Ada ke mak ayah kita pakai handphone, gajet-gajet canggih macam sekarang? Takde kan.. kalau ada pun waktu handphone besar yang berat yang orang selalu kata buat baling anjing pun boleh kalau kena kejar, punyalah nak menggambarkan handphone dulu tu besar dan berat..

First time saya pegang handphone ialah ketika saya Tingkatan 5, waktu tu baru lepas ambik result SPM. Lepas tu nak masuk matriks kan, so belilah handphone satu..Tu zaman saya. Zaman sekarang? Budak kecil yang belum pandai duduk pun dah pegang handphone sorang satu..Tak payah cakap anak orang, anak saya Damia pun pandai dah main game kat handphone. Game sekarang pulak bukan macam dulu kartun mario yang melompat-lompat, dok pecah-pecah batu pastu dapat coin n nyawa.. Macam Damia dia suka main game baby--boleh pakaikan baju baby, bagi baby makan, mandikan baby, bagi baby susu..kalau baby sakit bagi baby ubat.. memang menarik..No wonderlah budak-budak suka dan cepat addicted.

So, betulkan kata Saidina Umar Al- Khattab, zaman kita tak sama dengan zaman anak-anak sekarang. So, kalau nak didik anak sekarang kenalah bersesuaian dengan zaman sekarang. Saya bukanlah orang yang bagus dalam ilmu-ilmu parenting ni, sangat cetek ilmu dalam diri ni. So, pembacaan kenalah lebih supaya kita tak ketinggalan mendapatkan maklumat.

Saya memang sentiasa mencari permainan yang berbentuk islamik ataupun islamic educational games untuk Damia. Harapan saya semoga Damia sambil bermain pun dia dapat belajar sesuatu. Mencari..mencari dan mencari akhirnya terjumpalah islamic game yang menarik ni..

 -Ipad Hijaiyah Alif Ba Ta-

 -Ipad 30 surah-

Maklumat Ipad Hijaiyah Alif Ba Ta:

- Ipad Alif Ba Ta Kanak-Kanak Belajar Solat versi bersaiz 7 inci ini adalah gajet pintar dan unik membantu anak-anak mengenali dan menghayati cara bersolat, doa-doa harian dan mengenal huruf dengan mudah dan menarik .
 - Ianya amat sesuai untuk anak-anak mempelajari dan menghayati cara bersolat dengan teknologi sesuai dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan bergerak pantas ketika ini.
 - Ipad Islamik ini didatangkan khas dengan bacaan Kalimah Syahadah, Selawat Atas Nabi, Doa Qunut, Surah Al Fatihah dan bacaan-bacaan lain dalam solat. Bacaannya begitu jelas dan terang.
- Warna: Biru dan kuning

Maklumat Ipad 30 Surah:

- Ipad Juzuk 30 ini berbentuk seorang guru arab membaca dan kemudian seorang kanak-kanak lelaki mengikut bacaan gurunya itu untuk setiap ayat
- Warna: Biru dan kuning

* Cara nak guna islamic educational games ni sangat-sangat mudah. Masukkan je 3 biji bateri bersaiz AAA. tekan butang power dah boleh guna..

 Zoom Ipad Hijaiyah bahagian atas: Doa Qunut, Ayat Qursi, Surah Al-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas. Dibawahnya: Bacaan bagi setiap pergerakan dalam solat

 Zoom Ipad Hijaiyah bahagian tengah: Doa-doa harian seperti doa bangun dari tidur, doa menaiki kenderaan, doa masuk dan keluar tandas dan pelbagai lagi doa harian

Zoom Ipad Hijaiyah bahagian bawah: Mengenal Huruf Hijaiyah dan ABC. Terdapat dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris

Ini pula Ipad 30 Surah terakhir, dikenali juga sebagai Juzuk Amma. Mama belikan Damia warna biru.

Sekian sahaja perkongsian saya hari ini mengenai islamic educational game. Sesiapa yang berminat untuk membeli kedua-dia ipad ni boleh contact 013-7751357

Harga Ipad Hijaiyah Alif Ba Ta: RM 35 
Harga Ipad 30 Surah: RM 35

Postage: RM 5 setiap satu

Kalau nak dapatkan banyak lagi islamic educational games boleh klik sini-->Islamic perenting network

Friday, January 10, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog khairunnisahamdan.com. Cepat betul masa berlalu. Diam tak diam genap dah setahun blog ni dibuat. Terima kasih kepada yang sudi membaca or singgah-singgah je or search kat google and terjumpa blog ni. Apapun, harapan saya semoga segala maklumat yang dikongsikan dalam blog ni dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan ye.

Untuk pengetahuan semua, blog ni sekarang sedang dikemaskini rupanya supaya berwajah baru. Almaklumlah, tahun baru kan..Cik Deno yang buatkan..Kalau sekarang nampak tak sempurna sikit, faham-faham jelah ye..under progress..


© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno