Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, February 23, 2014

Mengembara Ke Beijing, China

Assalamualaikum semua..Untuk pengetahuan semua kami bertiga akan ke Beijing dari 23/02/2014 hingga 01/03/2014. Sepanjang tempoh ni saya tak boleh lah berblog or ber 'facebook' sebab kerajaan China memang block access untuk Facebook.




Doakan perjalanan kami dipermudahkan ye..

Thursday, February 20, 2014

Renungan Sejenak|Suasana Setelah Kiamat

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share satu ilmu untuk renungan kita bersama. Actually ada kawan forward kat saya perkongsian ni. So saya copy and paste je untuk bacaan semua. Selamat membaca dan beramal!

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata

Sunday, February 9, 2014

Tempat Makan Best| Putu Bambu World

Pernah makan putu bambu? Korang tau tak putu bambu tu apa? Bagi yang tak pernah makan putu bambu, sila baca explanation ringkas saya ni ye.hehe..Putu Bambu merupakan sejenis kuih yang berwarna..ada yang warna hijau dan ada yang warna putih, manakala bentuknya seakan-akan senggatan buluh..sebab tu dipanggil "bambu"...isinya adalah gula melaka, dan disaluti dengan kelapa. Kalau nak tau, putu bambu ni diperbuat daripada tepung beras dan tepung ubi.


Kat area Seksyen 18 Shah Alam, ataupun (Ole-ole Shah Alam) ada satu lori yang menjual putu bambu yang memang famous iaitu Putu Bambu World. Kalau tanya orang Shah Alam, mesti diaorang tahu. Lori tu beroperasi betul-betul kat tepi jalan berhadapan dengan Pasaraya Ole-ole, Shah Alam.
Pasaraya Ole-Ole, Seksyen 18, Shah Alam.

Lori kecil "Putu Bambu World" yang menjual kuih putu bambu
  Pekerja yang sibuk membuat putu bambu

 Packaging Putu Bambu World

 Ada disertakan sudu sekali ye..

 Ni dia close up rupa Putu Bambu World. Warna hijau adalah trademark Putu Bambu World. Rasa lemak masin manis kelapanya yang menyaluti kuih putu bambu beserta pula manisan gula melaka yang seimbang didalam kuih tersebut. Teksturnya pula lembut.. Bila dimakan panas-panas, gula melaka tu terus mencair dalam mulut...superb rasanyer (Jari Jempol)....Best giler!..sekotak berharga RM3.00 beserta 5 ketulan kuih putu bambu yang sedap..

 Nyum nyum..memang tak cukup sebungkus...Cik Lan kalu beli mesti dua kotak...

 Jom makan! Beriya-iya Damia menganga..

Selamat mencuba Putu Bambu World!

Cuba jangan tak cuba yer....


Thursday, February 6, 2014

Tarian Singa| Lion Dance @ HLA 2014

Sudah menjadi kebiasaan atau mungkin juga boleh dikatakan sebagai adat masyarakat Cina untuk mengadakan tarian singa setiap kali berlangsungnya Tahun Baru Cina. Kalau nak tahu selama ni saya tak pernah dapat tengok tarian singa dari dekat sehinggalah bekerja kat HLA ni. Tahun ni merupakan tahun kedua saya dapat menyaksikan tarian singa ni dari dekat. Tarian ini yang pastinya amat menarik, unik dan best!

Untuk pengetahuan semua, tarian singa ni merupakan tarian tradisional masyarakat Cina dimana penari akan meniru pergerakan singa dengan memakai kostum singa. Seekor singa memerlukan 2 orang penari untuk memainkan bahagian kepala dan belakang singa sambil diiringi pukulan gong, drum dan mercun. Bagi masyarakat Cina, tarian singa ini akan membawa tuah atau "huat" untuk mereka. Untuk bacaan lanjut mengenai sejarah tarian singa boleh klik SINI.

Tarian singa di HLA tahun ni berlangsung dengan sangat meriah (06/02/2014). Seperti tahun-tahun sebelum ni, semua staff dan agen dikehendaki berkumpul di foyer pukul 9.15 pagi dan lebih kurang 9.30 pagi tarian singa dimulakan.

Hebat betul penari ni, hanya menari dan melompat seolah-olah singa kat atas batang-batang besi tu. Memang latihan yang banyak dan kerap diperlukan untuk mahir aksi sebegini. Kalau nak tau, lelaki botak tu merupakan tuan kepada singa-singa tersebut.

 Lagi aksi mereka menari--matahari tengah naik dan kamera menghadap matahari so imej nampak gelap sikit ye..sorry

Ini yang saya katakan awal-awal tadi--seekor singa memerlukan 2 orang pemain, 1 untuk kepala singa dan satu lagi untuk belakang singa. Bayangkan berapa kekuatan yang diperlukan oleh penari kat bawah tu untuk menari dan melompat sambil mengangkat penari yang lagi satu + menari di atas ruang yang kecil. So amazing!

Tiap-tiap tahun saya tengok tarian ni tak pernah bosan, mata tak berkelip  untuk tengok pergerakan kaki diaorang. For sure saya akan duduk kat barisan depan sekali untuk tengok benda ni. Best!

**sambil tengok sambil berangan, kalaulah aku boleh buat macam tu...hehe**

Semua orang sibuk memerhati dan merakam gambar

Selain tarian diatas pentas yang kecil dan sempit tadi (saya selalu panggil menari atas batang besi, tak tau nak panggil apa benda tu), mereka juga ada buat persembahan di bawah. Ada disediakan buah limau bali dan limau mandarin. untuk singa-singa ni kopek. 

Tahun ni ada juga diletakkan agen application form supaya lebih huat! (mengikut kepercayaan masyarakat cina)

Aksi singa-singa yang berkeliling di tepi buah dan agen application tadi, sambil mencuba untuk mengopek buah-buah tersebut

 Agak lama juga singa-singa ni cuba untuk membuka buah-buah tersebut. Kalau limau mandarin sekejap je, ni ada limau bali jugak. Tu yang lama sikit..

Yeay!! akhirnya dapat buka..siap buat docoration lagi atas limau bali..hehe

 Kemudian, agen application form tadi dibahagi-bahagikan kepada leader-leader untuk diedarkan kepada agent masing-masing. Bagi mereka, menggunakan form tersebut akan membawa lagi banyak tuah dan banyak bisnes masuk..

Selepas aksi ni actually singa-singa ni akan cuba mengambil sayur yang digantungkan di atas syiling. Tapi saya tak dapat rakam aksi mereka time ni, ramai sangat orang berkerumun n saya pun malas nak menyibuk kat situ..hehe

Tamat sudah persembahan

Sesi bergambar pengurusan tertinggi HLA and leader-leader

Sesi kitaorang pulak la nak berposing..alala cutenyer 2 amoi ni..hehe

Sebelum naik ke work station masing-masing, semua orang akan beratur untuk mendapatkan ang pow dari CEO dan limau mandarin dari Mr Tan..

**Guess, how much we all got for the ang pow?**

Lalalalala..hehe

Bergambar dengan ang pow pulak lah..

Korang ingat majlis ni dah habis ke? Belum lagi..Selepas semua pekerja naik ke workstation masing-masing, singa-singa ni akan naik sekali untuk.........Emm..actually saya tak tau tujuan sebenar singa tu buat macam tu. Tapi saya rasa untuk bagi huat or ong kat tempat kerja masing-masing.

Sorry kalau silap, tapi saya rasa macam betul..hehe

Nak tau apa yang singa-singa ni buat kat work station mereka? Jom tengok gambar lagi..

Actually mereka akan letak buah limau mandarin atas meja mereka untuk dibuka oleh singa tersebut. Sesiapa yang nak bagi ang pow boleh letak kat situ

 Sepanjang proses singa tu membuka buah limau kat setiap meja yang ada limau, mereka diiringi pukulan gong dan drum..Non stop!

Ok, sampai turn department kami. Ms Chung, Thim, Soo and Stacy pun buat..Clarys je tak buat..

Aksi Ms Chung and the lion..

 Bergambar lagi selepas singa dapat buka buah limau tu.. Cuba tengok decoration yang singa tu buat. Ntah pape asalkan ada decoration. Bolehlah singa..hehe

 Thim at his work station with the lion

 Inilah hasil decoration si singa untuk meja Thim..

 Soo and punggung lion..hehe

Hah, barulah nampak muka lion..

Stacy, sorry...I takde gambar you..Kalau nak bagi sini boleh gak. Ni gei wo, ran hou wo letak kat blog r..haha

Sekian sahaja kisah Lion Dance atau tarian singa di HLA untuk tahun 2014..

***THE END***

Wednesday, February 5, 2014

Apabila Damia masuk dusun..

Seronok betul Damia dapat masuk dusun hari tu. Actually tergerak hati nak pergi rumah Mak Ngah n dia ajak ambik buah duku kat dusun dia. Cik Lan onn, saya pun ok je bila Mak Ngah ajak pergi dusun.

Dusun seluas 2 ekar setengah tu ditanam dengan pokok durian, manggis, jambu air, duku dan pulasan.

Pondok yang ada kat tengah-tengah dusun ni. Kitaorang adik-beradik panggil pondok tunggu durian jatuh

 Seronok betul Damia masa sampai sini. Terlompat-lompat!

Nasib baik ada rezeki kami, tinggal satu je pokok duku yang ada buah. Pokok duku ni tinggi jugak ye.

Mak Ngah ambil kayu panjang, lepas tu hujung kayu tu diikatkan dengan sabit untuk menjolok buah duku tu.

Cik Lan bersemangat betul menggoncang pokok duku.

 Mak Ngah, Pok De, saya n Damia tunggu kat bawah sambil kutip duku yang berterabur tu

Inilah hasil kutipan kami! Besar-besar n fresh..

Sambil kutip buah, sambil makan!

 Damia yang bijak, tak reti nak kopek buah duku sendiri n suruh mama bukakan. Agaknya mama lambat sangat, dia cari sendiri dalam plastik tu mana buah duku yang dah retak sikit. Damia ambik yang retak dan kopek. Laju betul dia makan!

Walaupun kena gigit semut, Damia tak bising pun. Khusyuk makan duku sambil tergaru-garu..hehe

P/s: Anak mama dah semakin besar n cerdik. Saayang Damia..semoga jadi anak solehah n orang berguna suatu hari nanti..Amin..

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno