Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, March 8, 2014

Pesawat MAS MH370 ke Beijing dilaporkan hilang

Ya Allah, musibah apakah kali ini? Pastinya ujian besar untuk ahli keluarga penumpang-penumpang yang berada dalam pesawat tu. Berita kehilangan pesawat MAS itu amat terkesan dihati saya sehingga menitis air mata ni melihat kerisauan dan kesedihan ahli keluarga penumpang.

Apa tidaknya, 2 minggu lepas saya berada di Kota Beijing. Walaupun bukan menaiki MAS tapi saya boleh bayangkan situasi tu macamana. Penerbangan sepatutnya mengambil masa lebih kurang 6 jam, tapi MH370 dilaporkan terputus hubungan setelah terbang lebih kurang 2 jam. Sehingga saat entri ini ditulis (6.00 petang), pesawat masih belum ditemui.

Ya Allah, Kau permudahkanlah usaha mencari dan menyelamat..Segala-galanya berada di bawah kekuasaan Mu jua Ya Allah. Jumpakanlah anggota penyelamat dengan pesawat tu secepat mungkin..Amin Ya rabbal alamin..

---Berita lanjut mengenai pesawat MH370 yang hilang ini boleh KLIK SINI---

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno