Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, March 30, 2014

Trip To Beijing| Niujie Muslim Supermarket| Niujie Mosque

Perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit memang agak membosankan. Kami berlepas kira-kira jam 7.15 petang dengan rasa yang teramat excited dan berdebar-debar pun ada. Sayalah berdebar sebab tak boleh nak bayangkan musim sejuk kat sana macam mana--kategori orang takut sejuk. Air-cond kat ofis yang 20 darjah celcius pun saya tak senang duduk, inikan pulak nak menghadap suhu sejuk anggaran -1 darjah celcius ke 5 darjah celcius..Alahai, lemah lutut eden!

Muka-muka ceria...Beijing aku datang!!

Tak tau nak buat apa dalam flight--melayan Damia minum susu, salin pampers entah untuk kali yang keberapa, baca majalah, makan, tidur then terjaga..masih tak sampai-sampai. Yela, tidur dalam flight manalah nak selesa, dengan kerusi yang dalam position tegak. Kalau nak baringkan seat tu pun sikit je..Takut mengganggu penumpang belakang pulak

Akhirnya setelah 6 jam setengah berada dalam pesawat akhirnya kami semua selamat sampai di Kota Beijing. Ketibaan kami lebih kurang jam 2 pagi di lapangan terbang antarabangsa Beijing disambut oleh Tour Guide dari China, Ms Eva. Walaupun dia berbangsa Cina, Eva pandai juga berbicara dalam loghat Bahasa Indonesia.

Dari Lapangan Terbang Beijing, kami dibawa oleh Eva ke Tai Shun Busines Hotel dengan menaiki bas. Menurut Eva, dia pernah belajar Bahasa Indonesia selama 6 bulan. Agak fasih juga wanita tiong hua ini berbicara. Sesekali kedengaran juga "slang" Eva yang kami tidak fahami, lalu dia menjelaskannya dalam Bahasa Inggeris. Eva bercerita serba sedikit mengenai perjalanan dan tempat yang akan kami lawati esok. Disebabkan terlau penat, penerangan Eva benar-benar ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan saya. Mata saya sibuk memerhati keindahan awal pagi Kota Beijing terutamanya pokok-pokoknya yang hanya tinggal ranting dek penangan musim sejuk yang terlampau. Pokok togel tanpa ada sehelai daun pun yang melilitinya. Akhirnya merasa juga musim sejuk..Terima kasih ye Cik Lan sebab belanja kitaorang pergi sini.

**Waktu ni tiada sebarang gambar sempat dirakamkan kerana terlalu penat**

Keesokan harinya awal-awal pagi lagi kami telah dikejutkan oleh "morning call" dari pihak hotel. Disebabkan kami pergi dalam group besar a.k.a rombongan, maka tak boleh lah nak berlenggang mak minah, kena ikut timing. Siapa lambat naik bas kena denda menyanyi. Selalunya memang saya, Cik lan n Damia lah yang paling lewat.

Pagi tu selepas bersarapan, kami sempat juga bergambar di sekitar kawasan hotel. Suhu? Tak payah cakaplah, memang sejuk. Sepanjang kami berada di sini, suhu sekitar -1 darjah celcius ke 5 darjah celcius sahaja. Sejuk yang mencengkam hingga ke tulang...Errrr..

 Inilah sekitar kawasan Tai Shun Business Hotel

 Pokok-pokok semuanya togel waktu musim sejuk

 Salji yang terselit di celah-celah pokok. Nak tau salji tu macam mana? Sebiji macam ais nak buat ais kacang tu. Ambik ais tu tabur kat celah pokok, dapatlah jadi salji. Haha

Di hadapan kafe Tai Shun Business Hotel bersama sebahagian rombongan yang lain. Akak-akak kat atas ni dari Negeri Sembilan

Niujie Muslim Supermarket

Destinasi pertama kami pada hari ni ialah membeli belah di Niujie Muslim Supermarket. Nama pun supermarket kan...means ada jual macam-macam lah keperluan dapur. Kalau nak tahu, inilah satu-satunya supermarket untuk orang Islam dan kawasan Niujie ni merupakan komuniti Islam terbesar di Beijing.

Jom tengok gambar-gambar dalam Niujie Supermarket! Kalau ada gambar yang saya tak describe means saya sendiri pun tak tahu tu apa. Sebab diaorang kat sini tak faham Bahasa Inggeris. Kita tanya dalam English, dia reply dalam Mandarin. Tercengang-cengang la korang kat situ. Nasib baiklah dulu saya pernah belajar Mandarin masa kat universiti. Bolehlah faham or agak-agak faham jugak.

 Selera Cik Lan yang telah terbuka semasa tengok makanan-makanan ni..pelbagai  makan yang pelik dijual disini...

 Warna hijau, warna kuning, warna oren..dipotong panjang-panjang n halus. Apa benda tu ye?

Ini macam biasalah, kalau tak kenal tak tahu nak cakap apa..women mai ping guo (Kami beli epal)

 Rupa macam cendawan ada, macam daging pun ada. Emm..Wo bu zhi dao! (Maksudnya: Saya tak tahu)
 Yang ni saya tahu--ayam bakar berkepala. Haha

 Yang saya tau cuma Tauhu je..yang lain semua tak sure apa..


 Yang ni confirm kenal--> kaki ayam berkuku !

Ni vegie burger--Cik lan beli..sedap jugak

Yang ni korang agak-agak apa? Actually waktu ni lah kitaorang tanya ngan penjual tu. Antara beberapa dialog yang aku masih ingat ketika bertanyakan makan di sini..macam ayam berborak dengan itik...hahaha

Saya:  "Zhe shi shi shen me? (Ni apa?)"
Penjual: Reply dalam mandarin. Saya pun tak boleh nak agak dia cakap apa. 
Cik Lan: "Is it Chicken?"
Penjual: Reply lagi dalam mandarin dgn panjang lebar. 

Cik Lan tak puas hati. Kebetulan ada sorang nyonya tu pun beli benda ni jugak. 

Cik Lan: "Is this chicken?"
Nyonya: Sengih then lepas tu reply lagi dalam mandarin jugak. 

Aish..sudahlah..ambik jela saya cakap ngan Cik lan sebab dia teringin sangat nak rasa kan.. lagi pun ni muslim supermarket, memang semua halal la-->sepatutnya.

Beli pun akhirnya..Then lepas rasa korang tau tak ni apa sebenarnya? TAUHU KERING yang dipotong tak tau bentuk apa sampai kitaorang tak boleh agak tu tauhu. dan yang pasti rasanya teramat amat amatlah masin. Rasa sikit je pastu buang. Nak rasa punyer pasal kan..

Ni pulak kuih. Saya pun tak tahu nak cakap ni kuih apa. nak kata kuih kacang, lain pulak  rasanya. dalam 1 polisterene tu ada beberapa warna la dia letak tapi rasa lebih kurang je. Yang ni pun sama, Cik lan teringin sangat nak rasa. Sudahnya memang betul-betul rasa-->makan sikit n buang. Saya benda pelik-pelik ni memang takleh terima, nak cuba pun tak teringin. Confirm takleh masuk Fear Factor!

Shopping barang makanan lebih kurang dalam pukul 11.40 pagi then kitaorang dibawa pergi makan tengahari di restoran muslim

 Nilah hasil shopping tadi--berbelanja ala kadar je. Adala sikit souvenir makanan untuk dibawa balik ofis n kampung nanti. Seronok betul Damia!

 Dihadapan restoran muslim. Ni kat tingkat atas

 Ini pulak suasana dalam restoran ni. Tak ingat dah nama apa restoran ni. Sorry..

 Makanan yang menunggu untuk dinikmati..Masa ni memang dah lapar sangat, so takde capture gambar makanan satu persatu..Harap maklum, musim sejuk memang cepat lapar..

Muka yang dah bersiap sedia nak makan..

Lepas kekenyangan kami dibawa pula ke Niujie Mosque untuk menunaikan solat Zuhur jamak ngan Asar..Disebabkan jarak antara restoran dan masjid yang tak berapa jauh, kami hanya berjalan kaki sahaja. Nak tau kenapa Saya, Cik Lan n Damia selalu lambat sampai ke tempat yang dituju?

 Firstly sebab asyik buka tutup stroller Damia sebab tak nak bagi dia penat berjalan. Nanti kalau dia penat n nak dukung lagi susah kan..

 Lepas ayah tolak, mama pulak tolak stroller Damia..gilir-gilir..

Lagi satu sebab lambat ialah--sambil berjalan berhenti kejap ambik gambar! Orang lain dah sampai masjid kitaorang tak sampai-sampai lagi..

Gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan. penduduk di sini gemar berbasikal untuk mengelakkan traffic jam. Lagipun musim sejuk, mengayuh pun tak berpeluh.

Niujie Mosque

 Akhirnya sampai di Niujie Mosque

 Kalau nak tahu, Niujie Mosque ni sangat besar. Tempat sembahyang lelaki dan perempuan pulak diasingkan bangunan. Gambar kat atas ni merupakan pelan Niujie Mosque

 Ambil foto family dulu sebelum solat..hehe


 Ni tempat solat lelaki. Eh, Damia ikut ayah?

Suasana dalam surau lelaki. Cantik kan? Mengekalkan budaya masyarakat Cina


Ini pulak ruang solat perempuan

Lebih kecil dari ruang solat lelaki tetapi ukiran dalam masih sama

 Kerusi dan meja untuk tujuan mengaji Al-Quran

 Tengoklah rekaan masjid diaorang. Ciri-ciri masyarakat Cina tu memang dikekalkan

 Eva-pemandu pelancong kami
Izzati--Kawan Damia sepanjang berada di Beijing. Zati baru 12 tahun. Dalam trip ni Damia lah yang paling kecik

Jom tengok gambar suasana dalam masjid Niujie!

 Damia..lengan baju dah jadi rupa apa..

Taman yang ada dalam masjid ni. Memang patut pun ada pelan. Kawasan yang sangat luas..

Okey, lepas ni kami akan bergerak ke Istana Musim Panas/ The Summer Palace dan Silk Factory. Tapi tu akan saya buat dalam entri lain. Entri ni dah terlalu panjang. Stop setakat ni dulu ye..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno