Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, May 20, 2014

Bala's Holiday Chalet| Planters Country Hotel Cameron Highland| Percutian Ala-Ala Inggeris

Kami menginap di Bala's Holiday Chalet atau nama barunya Planters Country Hotel sepanjang 3 hari berada di Cameron Highlands. Suasana Bala's Chalet yang berkonsepkan "English Style" amat memukau dan terasa seolah-olah berada di England ditambah pula dengan suhu Cameron Highlands ketika itu antara 14 hingga 20 darjah celsius..Bangunan ala-ala Inggeris di situ yang kini dijadikan bilik penginapan dijaga dengan rapi, bersih dan masih mengekalkan ciri-ciri asal bangunan. Suasana keliling yang menghijau dan bunga-bunga segar menghiasi landskap Bala's Chalet

Lokasi Bala's Holiday Chalet terletak antara pekan Brinchang dan Tanah Rata, betul-betul di atas bukit. Cik Lan memang suka ala-ala Inggeris ni, tersendirilah kononnya. Haha. Saya? Memang tak suka sebab bagi saya konsep English ni agak "menyeramkan". Eei..Korang perasan tak kalau rumah ala English style mesti ada pokok-pokok renek menjalar dan memanjat bangunan serta daun-daun berjurai kat tingkap dan dinding bilik. Part tulah yang saya seram. Tapi bagi sesiapa yang sekepala ngan Cik Lan yang suka suasana English style ni...makanya korang boleh refer alamat di bawah untuk maklumat lanjut mengenai penginapan di Bala's Chalet.

Alamat:
 Planters Country Hotel & Restaurant Sdn Bhd
(Formerly known as The Bala's Holiday Chalet)
Lot 55, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands
Pahang, Malaysia
Tel : 05-4911660 | Fax: 05-4914500
Email : bala.reservations@gmail.com


Peta Lokasi "Bala's Holiday Chalet@Planters Country Hotel" Cameron Highland

Inilah sekitar suasana Bala's Holiday Chalet. Betul tak cakap saya, rumah English style mesti ada daun jurai-jurai tu. Daun je dah cover dinding. Malah ada juga lumut-lumut serta tumbuhan renek menjalar kat atas bumbung bangunan. Cukup unik!

Tapi kalau ikutkan memang cantik suasana kat sini -->menghijau & segar especially bila angin dingin Cameron bertiup..

Bergambar di sekeliling Bala's Chalet @ Planters Country Hotel. Haih, buat macam rumah sendiri lah pulak.hehe...

Ye adik comel..Adik buat muka apa tu? Buat muka ikan ea? Sempat pulaklah Si Damia ni buat muka ikan time Cik Lan snap gambar. Cutenyer..

Bergambar lagi di sekitar penginapan Bala's Chalet..Actually rumah @ bilik penginapan kat sini ada banyak jenis. Jenis biasa ada, jenis yang macam ada loteng tu pun ada..Terserahlah pada budget masing-masing..

Ni antara bilik yang ada di sini. Buka je pintu terus ada katil King, then ada tangga ke atas. Kat atas tu pun ada katil lagi. Bilik ni sesuai kalau bercuti dengan family yang agak besar

 Bilik-bilik "English Style" yang ada di sini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang jenis bilik yang ada di sini boleh layari website Bala's Chalet

The Deluxe Room- Ni bilik kitaorang, bilik paling biasa

Berjalan-jalan melawat bilik-bilik yang lain dengan suasana persekitaran yang memang menenangkan


Kalau korang nak tau, hiasan dalam banglo ni pun berkonsepkan Inggeris. Contohnya macam sofa putih berbunga ros kecil, susun atur perabut dan perhiasan kaca...Part paling best ialah unggun api dalam bangunan ni yang  bertujuan untuk memanaskan badan...


Sebelah malam pulak Cik Lan ajak makan malan di Restoran British India yang terdapat di Bala's Chalet ni...Untuk merasai percutian ala-ala Inggeris ni, kami pilih tempat yang berdekatan dengan unggun api n kami order wastern food..hehehe..poyo betul..

"Candle Light Dinner"...suasana dinner ala-ala inggeris serta alunan muzik romantik kat sini memang best dan romantik...Just untuk pengetahuan korang, masakan kat sini kurang sedap. Chicken Chop yang kami order terlalu simple n rasanya biasa je, takde special taste. So saya tak recommend makan kat sini. Tapi kalau korang nak try rasa dinner ala-ala Inggeris (English style) serta candle light dinner yg romantik..No hal..

Duduk berdekatan dengan unggun api untuk memanaskan badan

 Dinner at British India Restraunt @ Bala's Chalet
Selain Dinner, kitaorang ada try jugak minum petang (tea time) di halaman luar kawasan Bala's Chalet ni...Cik Lan kata duduk kat luar ni nak ambik udara segar sambil dikelilingi oleh bunga-bunga yang segar serta pokok-pokok dan tumbuhan yang menghijau (ayat Cik Lan yang skema.haha)...waktu tea time ni, kita orang order Teh Cameron dan roti scoon serta mentega dan manisan strawberi..Sedap!

 Having a Tea Time..Terasa macam duduk kat halaman rumah sendiri pulak. Haha
 
Jom layan gambar kitaorang lagi!

 
Siap melompat-lompat lagi ngan Damia. Tak senonoh betul mama ni. Haha


Akhir kata, stay kat Bala's Chalet ni memang best. Kalau ada peluang lagi nak stay kat sini tapi nak booking bilik jenis lain pulak. Bilik yang ada tangga ke atas tu ke..Best gak kan..Anyway, kalau korang nak rasa percutian ala-ala Inggeris kat Cameron bolehlah try stay kat Bala's Chalet atau nama barunya Planters Country Hotel.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno