Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, May 14, 2014

Pasar Karat, Rengit Batu Pahat Johor

Pasar karat?...Nama tu pun dah begitu pelik...apa yang berkarat? Barang-barang yang dijual kat pasar tu berkarat ke?..Tulah soalan yang bermain kat kepala ni bila dengar pasal pasar karat. Katanya pasar nie menjual barang-barang terpakai...Kepala otak ni mulalah menggambarkan perabot-perabot or barang-barang yang dah lusuh dan berkarat...

Kalau korang nak tahu pasar karat nie terkenal kat Johor, terutamanya di Batu Pahat...Sebut jer pasal karat, orang akan cakap kat Rengit...Rengit adalah sebuah pekan di daerah Batu Pahat (Jalan Batu Pahat-Pontian) dan terletak diantara Batu Pahat dan Pontian, Johor...Pekan kecil tapi sibuk...Di pekan inilah terdapat jolokan@panggilannyer pasar karat...Pasar Karat ini terletak dalam sebuah perkampungan orang asli Rengit. Manakala jalan masuk ke perkampungan ini terletak di pekan Rengit disebelah Pasar Awam Rengit..

 Pekan Rengit, Batu Pahat, Johor

Kalau korang nak tau, disepanjang jalan kampung nie terletak banyak kedai-kedai kayu kecil persendirian yang menjual barang-barang terpakai..kebanyakan peniaga kedai di sini terdiri dari orang asli Rengit. Ada kedai menjual barangan perabot terpakai, ada kedai menjual barangan elektrik terpakai dan tidak kurang juga yang menjual barangan perhiasan dalam rumah. Pendek kata, macam-macam ada. Tapi, korang kene lar berjalan di sepanjang jalan untuk menyinggah setiap kedai untuk melihat dan membeli barangan terpakai tersebut...Yang penting korang kene pandai TAWAR MENAWAR harganya...kerana harga yang dibuka kekadang terlalu tinggi hingga sama seperti barangan baru...kene berhati-hati...ada juga harga yang di buka oleh peniaga sangat rendah sehingga tidak masuk akal...

Deretan kedai-kedai barangan terpakai di sepanjang jalan...kene berjalan la yer..hehe

Kedai barangan terpakai yang kami singgah...

Walaupun panas terik, berdebu-debu serta berpeluh-peluh dibuatnye...kami tetap berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain...belinya tak jugak..hehehe

Sepatah kata Mok Su Lin: "Hangit dahhh ketiak aku ni wei"....teruskan juga berjalan....hahaha

Ha tengok tu...bot kayuh terpakai pun ada jual kat sini...hehehe...selain tu jugak, barangan keperluan bayi pun ada disini. Kalau sesiapa yang berminat untuk bersenam, peralatan gym macam thread mill n dumb bell pun ada. Yang berbentuk senaman ala-ala basikal pun ada...

 Sempat juga kami berposing dekat dalam kedai nie...waktu tu terik sangat..huhuhu

Waww...kunjungan saya ke kedai menjual perabot jati....baguzzzz

Tips Pertama: Tetapkan dahulu barangan yang anda kehendaki...kemudian buat lar window shopping dulu ke setiap kedai yang diminati..

Tips Kedua: Sebelum membeli barang-barang terpakai di sini, korang kene lah mencubanya dulu...ok ke tak...almaklum lar yer, nama pun barangan terpakai...kekadang kalau bernasib baik, akan dapat barang yang masih ok lagi tanpa cacat yang banyak dan ketara...umpama macam beli yang baru ler...hehehe...

Tips Ketiga: Kene Tawar menawar la yer ikut kamahiran korang...hehehe...bukan ape, kekadang tuh harga terlalu tinggi atau sama cam harga barangan baru...


 Pok Su dan Mok Su Lin turut mencuba kayu golf tuuu......

Damia tak melepaskan peluang jugak untuk mencuba kayu golf, basikal roda tiga dan talipon mainan...

Akhirnya, setelah penat berjalan dan memasuki dari satu kedai ke kedai yang lain, saya terpaut berminat untuk membeli bakul beroda...bukan apa senang nak bawa barang pasar dari tempat parking kereta ke dalam rumah...setelah melalui proses tawar menawar akhirnya saya beli bakul roda tersebut dgn harga RM20..berbaloi gak...kat luar tak silap harganya RM60++...

Hasil mencuba dan tawar menawar...akhirnya saya beli juga bakul roda berharga RM20 je...hehe


Posing sekali lagi..sebenarnye time nie kitaorang dah penat giler...rehat jap sambil minum air tin dan air botol.


Poksu n Moksu yang kepenatan..

Di hujung kampung nie terdapat satu kawasan dengan deretan kedai batu yang tersusun...kedai nie turut menjual barangan terpakai sama seperti kedai-kedai yang di sepanjang jalan kampung nie...disebabkan kepenatan kitaorang hanya berjalan dan memasuki beberapa kedai sahaja...

Damia yang kepenatan..minum susu sambil mama dukung pun boleh..Dah haus sangat..hehe

Kalau berkesempatan datang ke Batu Pahat bolehlah singgah di Pasar Karat ni. Korang tengok la ada tersangkut beli pape tak.. Kalau ada yang berkenan, barang ok harga pun ok, apa salahnya..Ye tak..? Second hand pun kalau berkualiti n harga berpatutan i ok je..hehe

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno