Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, May 23, 2014

Simple Dinner| Sardine Cheese Bread

Malam tadi sampai rumah lepas balik kerja dalam pukul 8 malam terus je keluarkan ikan dari peti sejuk untuk menu makan malam. Jap lagi Cik Lan kata tak payah masak nasi la, buat je roti inti sardin cheese. Kebetulan malam semalam time shopping, ada beli mozarella cheese, so letak sekali la sardin n cheese. Bakar je dalam convention oven-senang..Siap sudah kami punyer simple dinner malam tadi. 

Jom tengok cara buat sardine cheese bread ni!

 ~ Sardin cheese bread ~

Actually kitaorang guna roti yang belum potong lagi, yang satu loaf besar tu (beli kat Giant). So, potong dulu roti tu ikut lebar yang kita suka.

Lepas tu, sapu mentega kat atas roti diikuti dengan sapuan sardin. Hiriskan tomato dan letak atas sardin. Last sekali taburkan serbuk oregano dan mozarella cheese.

Untuk resepi sardin pulak (nak jugak bagitau walaupun semua orang dah tau..haha), lenyekkan sardin yang dalam tin tu, lepas tu hiris bawang besar dan cili api halus-halus. Tumis bawang yang dah dihiris tadi dan masukkan sardin. Perahkan lemon n letak garam sikit. Bila dah agak-agak mendidih, matikan api dan biar sejuk sekejap. Pastu gaulkan sardin n mayonaise sehingga sebati.

 Sardin cheese bread - in convection oven....

Lepas dah siap sapu roti dengan mentega, sardin dan mozarella cheese tadi, bolehlah bakar dalam convention oven. Kalau takde oven, pakai pemanggang ajaib pun boleh..

Damia yang setia menanti kat tepi oven sampai roti siap dibakar..

Tadaa! Dah siap pun Sardine Cheese Bread hasil tangan Chef Damia..Sedap gilerr..


Amacam terliur tak tengok? Selamat mencuba Sardine Cheese Bread kat rumah masing-masing ye..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno