Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, May 26, 2014

Step By Step Resepi| Beef and Chicken Grilled Salad

Cik Lan akhir-akhir ni suka try buat resepi berkonsepkan Western Food & menu yang berjaya "Chef Lan" buat semalam ialah ~Beef and Chicken Grilled Salad~. Macam biasalah, kalau dah Chef Lan yang buat kerja, saya kenalah jadi jurukamera tak bertauliah. Jom kami tunjukkan step by step resepi ala-ala western ni!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Beef & Chicken Grilled Salad ni ialah:

Lada Benggala

Daging Ayam (bahagian dada)

Daging Lembu (bahagian batang pinang)

Kami pun ada guna daging kambing-special request dari Abah

Ni pulak bahan utama yang digunakan untuk perap/tabur atas daging tadi:
Serbuk oregano,paprika, rosemary, lada hitam dan garam

Ni pulak bahan untuk buat sos- Barbeque sos, steak sauce n mustard

Cara membuat:

Step 1: Taburkan sedikit garam, serbuk oregano, paprika dan lada hitam ke atas kedua-dua belah permukaan daging

 Serbuk paprika dan garam

 Serbuk oregano

Serbuk lada hitam dikisar

Step ke-2: Cairkan sedikit mentega dalam kuali sebelum memanggang

Cairkan sedikit butter

 Step 3: Panggang daging tadi menggunakan mentega (butter) yang telah dicairkan

Daging lembu yang siap dipanggang

 Daging kambing yang siap dipanggang

Daging ayam yang siap dipanggang

 Step 4: Potong lada benggala kecil-kecil

Step 5: Panggang lada benggala yang telah dipotong tadi

Step 6: Potong/hiris halus daging yang telah siap dipanggang tadi

Step 7: Susunkan daun salad di atas pinggan. Kemudian susun daging yang telah dihiris halus dan hiaskan dengan lada benggala yang telah siap dipanggang tadi






Step 8: Buat sos untuk daging panggang. Cara-caranya: Potong halus daun sup dan gaulkan dengan mustard. kemudian perahkan sedikit lemon. Tuang sos mustard ke atas salad daging n ayam panggang tadi

Yeay!! Siap sudah Beef and Chicken Grilled Salad

It's our lunch time! Ready to eat!!


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno