Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, May 17, 2014

Step By Step Resepi: Kek Oren Kukus

Akhir-akhir ni saya minat sangat buat kek. Cuti umum sempena Hari Wesak hari tu digunakan sebaik mungkin untuk buat kek. Saya memilih untuk buat kek oren sebab kek ni paling simple n tidak memerlukan mixer. Sangat sesuai untuk beginner macam saya yang tak berapa nak cukup peralatan untuk buat kek ni. Mixer saya takde..oven pun saya takde..Ayak tepung n gula kastor pun takde n tak sempat nak beli. So resepi yang saya buat ni ada "derhaka" sikit dari resepi asal ye. Jom tengok step by step resepi buat kek oren ni!

Bahan-bahan:

Sebiji oren yang telah dibuang uratnya (yang warna putih tu). Dibasuh bersih-bersih dan dipotong halus- halus

250 gm butter dan 3 biji telur

Gula kastor 1 cawan setengah. Tapi sebab takde gula kastor, saya pakai gula pasir biasa je

1 cawan tepung naik sendiri

Cara Membuat:

1st step: Cairkan mentega

2nd step: Bila mentega dah cair, masukkan gula sikit-sikit n didihkan sampai larut. Tapi dinasihatkan tak payah ikut cara ni--blend je gula tu sebab kalau cairkan ngan mentega dia jadi sangat pekat

3rd step: Telur, potongan oren dan mentega dan gula yang dah dicairkan tadi diblender hingga lumat

4th step: Tuangkan hasil blender tadi ke dalam bekas lain dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga rata




Damia pun rajin tolong mama buat kek..

5th step: Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan wrap dengan aluminium foil untuk elakkan air mendidih semasa mengukus jatuh atas kek. Disebabkan saya takde kukus or oven, so saya guna pemanggang ajaib je. Isi air dalam pemanggang tu dan letak adunan kek dalam tu. Lepas tu tutuplah pemanggang ajaib. Saya kukus lebih kurang 30 minit. Cucuk dengan lidi kecil n kalau dah tak melekat kat lidi means dah masak betul la tu..

Tadaa! Kek oren yang dah siap. Lembut n gebu je..

P/s: Resepi asal sukatan tepung dan gula guna cawan, tapi saya tak jumpa cawan masa nak buat tu, so sukatan saya guna mug je.


4 comments:

  1. Replies
    1. Yup...ngan kulit2 sekali..kena basuh bersih2 dulu la sebelum tu

      Delete
  2. tepung tu stu cwan ke stu mug yer..sbb try buat gna stu cawan kek mcm x naik..x gebu..sedeyy huhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi asal cakap 1 cawan tapi sy pakai mug sebenarnya..n sukatan-sukatan lain semua ikut mug tu

      Delete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno