Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, May 18, 2014

Tempat Makan Best| Mee Udang Sabak Bernam

Mee Udang kat Sabak Bernam sedap giler..Tulah komen Cik Lan bila dia balik dari kursus kat Pulau Pangkor tempoh hari. Kawan Cik Lan yang recommend mee udang kat situ. Gerai mee udang ni terletak di Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar (B.N.O) di daerah Sabak Bernam, Selangor. Kat sini ada banyak gerai makan, tapi kami pilih Gerai Zaiton Laksa. Kalau korang nak tau, Gerai Zaiton Laksa ni famous dengan spesial menunya iaitu Mee Udang. Boleh dikatakan setiap menu di gerai ni berasaskan udang segar.

 
- Menu spesial -

Pelan lokasi gerai "Mee Udang" B.N.O. Sabak Bernam

Suasana gerai awam di Pusat Rekreasi B.N.O

Waktu kitaorang sampai kat Pantai B.N.O ni lebih kurang jam 5.00 petang. Kitaorang terus terkam gerai Kak Ton nie, almaklum la perut dah berkeroncong teringatkan mee udang. Cuba tengok gambar kat bawah nie, ramai pengunjung datang sini bawa family (yela, ni kan tempat rekreasi). Boleh dikatakan setiap orang kat sini makan mee udang, tapi ada jugak yang order mee goreng, nasi goreng dan kerang bakar...

Lebih kurang lebih 15 minit menunggu sebab meja penuh, akhirnya kitaorang dapat meja kosong dan terus buat order. Kitaorang order Mee Udang 2 dan nasi ayam 1.Air pulak--air laicikang 1 dan air kelapa muda sebiji. Korang boleh la tengok mee udang yang kitaorang order....memang menarik dan sedap giler!....

~ Suasana di gerai makan kat Pantai Rekrasi Bagan Nakhoda Omar (B.N.O) ~

Memang sedap rasa mee udangnya...malah rasa manis udangnya pun ada, kuah yang pekat serta udang-udang besar yang banyak..(Superb n marvellous-Jempol)..kuah mee udang ni seperti mee rebus..mungkin kuah mee udang ini ada mengandungi ubi keledek kot...apapun memang best kalau dimakan untuk waktu petang begini bersama air kelapa muda sejuk..perggghhh...

~ Mee Udang ~

Udang yang bergelimpangan dalam mee..

Menikmati mee udang sambil minum air kelapa. Syoknyer..

Lepas siap makan sempat jugak bawa Damia jalan-jalan kat tepi pantai. Ada banyak gerai-gerai kecil kat situ..Ada yang jual air, pisang goreng..Jeruk Pak Ali Penang pun ada kat sini. Tapi harganya confirm lagi tinggi dari yang dijual kat Penang la..

Duduk ngan Damia kat atas batu-batu kecil ni sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik.

Kalau ada sesiapa yang ke Sabak Bernam n suka giler makan udang, dinasihatkan berhentilah di Pusat Rekreasi B.N.O, memang takkan menyesal. Mee udang tersedap yang kitaorang pernah makan--Best, best, best! Saya bagi 9.5/10 untuk mee udang sedap di Pusat Rekreasi B.N.O Sabak Bernam ni.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno