Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, May 11, 2014

Tempat Makan Best| Restoran Pen Mutiara, Batu Maung Pulau Pinang

Kalau korang berkunjung ke Pulau Pinang, jangan sesekali melepaskan peluang yang ada di sana untuk menikmati seafood di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung. Memang terbaik!! Sehari sebelum makan di Pen Mutiara, saya ada buat sedikit carian menggunakan khidmat Mr Google, tapi blog yang saya jumpa kebanyakannya menceritakan tentang Seafood Paradise yang betul-betul terletak kat tepi laut. So kitaorang makan seafood kat situ dulu. Tapi macam tak puas pun ada, ada something yang kurang. So, cari punya cari lagi terjumpalah blog Naramas Aman yang membuat sedikit review mengenai tempat makan yang best di Pulau Pinang.

Bagi yang mahu ke sana, ini alamat lengkap Restoran Pen Mutiara:

Restoran Pen Mutiara Curry House,
Wisma Nelayan, Pelabuhan LKIM Batu Maung,
11960, Bayan Lepas Pulau Pinang


 - Peta Lokasi -

Actually agak susah juga untuk orang luar macam kami ni untuk cari Restoran Pen Mutiara. Sebab saya expect kedudukannya betul-betul di tepi jalan, then kita boleh nampak sign board dia. Ikut arahan dari Mr Waze: You've reached your destination. Tapi tak nampak signboard ke apa, so kitaorang terpusing-pusing jugaklah kat kawasan tu.

So, sedikit panduan untuk korang yg berhajat ke Restoran Pen Mutiara nie...--> tengok gambar bangunan ni betul-betul. Tulah Restoran Pen Mutiara, memang takde sign board kedai makan (atau mungkin kami yang tak perasan). Lokasinya betul-betul dalam kawasan Pelabuhan LKIM Batu Maung.

Berhadapan dengan Restoran Pen Mutiara tu ada bangunan Jabatan Imegresen Malaysia
 (Pusat Pemeriksaan) dan Kastam Diraja Malaysia


 Dalam kawasan ni, korang akan nampak ofis Pelabuhan LKIM Batu Maung. Belakang tu ada dermaga untuk turunkan hasil tangkapan ikan

 Korang jugak akan nampak surau ni dalam kawasan yang sama

Ada jugak disediakan tandas awam

 Dari tepi jalan besar, memang agak susah nak nampak Restoran Pen Mutiara. Yela, orang tak biasa..pulak tu sambil cari-cari bangunan mata pun sambil-sambil tengok GPS. Dalam keadaan yang agak lapar, akan ada rasa tak puas hati kalau tak jumpa. Haha.

So, untuk panduan korang, dari tepi jalan besar kalau dah nampak bangunan Mah Sing Group tu means dah dekat sangatlah dengan Pelabuhan LKIM. Tepi bangunan Mah Sing Group tu ada jalan kecil betul-betul kat simpang empat yang ada trafic light. Masuk ikut jalan sebelah bangunan Mah Sing Group n korang akan terus jumpa pelabuhan LKIM yang di dalamnya terletak Restoran Pen Mutiara.

Yang menarik tentang restoran ni, ikan-ikannya sangat fresh. Yela, baru turun dari dermaga kan..


Dan suasana dalam restoran ni jugak amat selesa dan cantik +" ber air-cond". Stage untuk buat persembahan pun ada

Nilah suasana dalam restoran ni. Cantik kan? So, korang pun mesti akan terfikir- restoran cantik macam ni confirm harga boleh tahan punyer..At first, kitaorang pun fikir macam tu jugak. Tapi sebenarnya harga dia sangat-sangat reasonable n boleh dikatakan agak murah sedikit berbanding seafood kat tempat lain. Nak tau kenapa? Sebab kat sini adalah tempat turun ikan jeti LKIM, ada dermaga ikan LKIM kat belakang tu kan..

Cara diaorang masak pulak memang tip top. Kalau full marks tu 10, memang saya bagi 10/10. Memang terbaik dan seafood tersedap pernah kitaorang makan.

Jom tengok, apa yang kitaorang order!

~  Kari Kepala Ikan Merah ~

Kari kepala ikan memang favourite Cik Lan yang teramat. Menurut pekerja di sini, kari kepala ikan merah adalah menu utama yg mendapat sambutan ramai pengunjung di sini...Sesiapa yang pernah baca blog saya sebelum ni, saya ada review mengenai Kari Kepala Ikan Restoran ZK Kuala Lumpur. Kari kepala ikan di Restoran Pen Mutiara ni pun terbaik! Kalau saya lah, saya lagi suka yang ni....

Selain tu, kitaorang ada order sotong sambal, siakap masak steam, kangkung goreng belacan dan telur dadar.

~ Sotong Sambal ~

~ Ikan Siakap Steam ~

~ Kangkung Goreng Belacan ~

~ Telur Dadar ~

Memang superb masakan di Restoran Pen Mutiara ni. Kalau pergi Pulau Pinang lagi, kami nak try menu lain pulak. Menu yang macam kami order tu, harganya baru RM 110 , consider murahlah..ikan je dah 2 jenis..ada sotong lagi..Kalau kat Kari Kepala Ikan ZK, kari kepala ikan tu je dah RM 90 (yang kami makan hari tu). So, makan kat sini memang sangat-sangat puas hati..,.superb n marvelous...

Bergambar dulu sebelum balik.. Mesti korang terfikir, kenapa dalam restoran ni nampak lengang je? Actually, waktu kitaorang datang tu bukan peak hour, lebih kurang pukul 3.00 petang n hari tu ialah hari bekerja. So, pukul 3.00 mestilah orang belum balik kerja kan..Kebetulan hari tu jugak hampir keseluruhan kawasan bawah restoran dah reserved. Mengikut kata pelayan tu, ada function malam nanti. Sebab tu kawasan tu dikosongkan..

Kalau tak percaya, korang bacalah blog lain yang review tentang Restoran Pen Mutiara ni. Memang penuh orang, especially waktu bulan puasa.

Disebabkan memang kami bertiga je yang ada dalam ni, makan pun bebas style la..tunggang langgang meja tu..especially tempat Damia..Haha

Oklah, cukup setakat ni review mengenai Restoran Pen Mutiara. Kalau korang nak tengok menu-menu lain yang ada di sini dan maklumat lanjut mengenai Restoran Pen Mutiara, boleh klik link ke website mereka:  http://penmutiara.com/

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno