Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, May 12, 2014

Tempat Makan Best| Roti Sabak, Kuala Pilah Negeri Sembilan

Kalau pergi ke Kuala Pilah, jangan lupa singgah di Pekan Senaling yang hanya 2 km dari Pekan Kuala Pilah (Jalan utama Kuala Pilah-Tampin). Di sini terdapat satu kedai yang membuat dan menjual Roti Sabak original. Kalau korang nak tau, roti sabak nie adalah roti buatan sendiri (Homemade) dan halal...penyediaan nya saja secara tradisional...Disebabkan kedai ni tiada signboard khusus untuk nama kedai dan kedainya pula terletak dalam deretan kedai-kedai lama, bagi pengunjung yang tidak biasa pasti agak susah untuk mencarinya. Tetapi menurut pemilik kedai roti ni, tanya sahaja penduduk setempat dimana lokasi kedai roti sabak, pasti mereka akan tunjukkan...

Disebabkan kedai ni memang tiada nama yang khusus...Cik lan gelarkannya kedai "Roti Sabak" kerana cara penyediaan roti menggunakan sabak. Nak tahu sabak tu apa? Jom kita tengok gambar..

 Pekan Senaling, Kuala Pilah

Inilah Pekan Senaling, Kuala Pilah. Kitaorang sampai di kedai roti sabak ni lebih kurang jam 9.40 pagi. Waktu ni belum ada lagi roti yang telah siap. Waktu kami sampai, roti sedang dalam proses penyediaan. Dapatlah kami melihat sendiri bagaimana roti sabak ni dibuat.

Hadapan Kedai Roti Sabak Kuala Pilah


Inilah kawasan membuat dan membakar roti sabak

Sabak - Dandang tempat membakar roti menggunakan kayu

Gambar kat atas itulah Sabak namanya..(Sabak adalah dandang tempat untuk membakar). Menurut pemilik kedai, Sabak ini telah berusia hampir 80 tahun dan Sabak ini diperbuat daripada tanah liat...Waktu tu pemilik kedai  memberi sedikit penerangan tentang sabak serta proses untuk membakar roti di dalam sabak. Disebabkan ini kali pertama kami melihat roti dibuat dengan cara tradisional macam ni, kami khusyuk mendegar penerangan sambil melihat pemilik kedai menjalankan rutin harian mereka membuat roti sabak.

Proses pengumpulan kayu dan proses memasukkan kayu ke dalam sabak

Sebelum roti dimasukkan ke dalam Sabak, terlebih dahulu sabak perlu dipanaskan dengan memasukkan potongan kayu ke dalam sabak. Potongan kayu tersebut dibakar untuk suatu tempoh sehingga sabak menjadi panas. Kemudian, serpihan kayu dan abu dikeluarkan. Yang tinggal hanayalah habanya sahaja. Selepas itu, barulah roti dimasukkan ke dalam sabak untuk dibakar.

Roti yang telah dimasukkan ke dalam sabak. Sebelum pintu sabak ditutup, kami sempat berposing walaupun sedikit bahang di tepi sabak tersebut

 Keadaan roti yang berda di dalam sabak untuk proses pembakaran yang hanya menggunakan haba di dalam sabak

Inilah dia rupa roti yang terhasil dari sabak tadi. Sangat lembut dan sedap beserta aroma roti yang telah dibakar!!Arrghhh..terliur.. rasa macam nak pergi sekarang jugak beli roti ni. Terdapat pelbagai inti dalam roti ni. Ada inti kacang, marjerin + gula. Kalau nak makan kosong pun sedap...

Pemilik kedai sedang menyiapkan roti kami. Dialah pemilik kedai, dia jugalah pekerja..

Motorsikal dan juga basikal turut digunakan untuk menjual roti sabak di sekitar kampung dan Pekan Kuala Pilah. Roti ni juga dihantar ke kedai runcit berdekatan...

Cik Lan bersama pemilik kedai roti sabak Kuala Pilah (lupa pulak nama pak cik ni)

Roti sabak yang kami beli : roti mentega, roti kelapa dan roti kacang....

Kalau ke Kuala Pilah, jangan lupa singgah di kedai roti sabak ni ye. Memang unik, sedap, lembut dan terbaik!

5 comments:

  1. wah menariknya
    tq for sharing
    2 tahun duk sini tak pernah tahu kewujudan kedai roti ni hehe
    bole JJCM la pasni (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah...saya kalau ada peluang datang pilah lagi nak singgah sini..best!

      Delete
    2. insyaAllah mesti pergi punya nnt hihi (^_^)

      Delete

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno