Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Thursday, May 15, 2014

Tempat Makan Best| Satay Ayang Pantai, Seremban

Sebagai penggemar sate, saya memang takkan lepaskan peluang makan sate kat mana-mana kalau terjumpa. Pendek kata pantang nampak sate, mesti nak order. Kalau sesiapa yang pernah baca entri saya sebelum ni, mesti perasan saya pernah cerita tentang Sate Tulang Senawang, Satay Station Shah Alam dan Sate Madura Indonesia. Kali ni saya nak cerita tentang Sate Ayang Jalan Pantai, Seremban.

Untuk makluman korang, gerai sate nie terletak di jalan utama iaitu Jalan Jelebu (Jalan Seremban - Jelebu)...ha korang boleh lar amik alamat kat bawah tuh n try waze or google la yer..

Lokasi Kedai Satay Ayang:
Kedai Taman Kayu Manis
Fasa 2, Jalan Jelebu Bt 3
70400 Seremban

Apa yang spesialnya sate disini adalah keenakan dan keunikan rasa sate tulangnya. Kalau ikut tekak Cik Lan, sate tulang kat sini lagi best dari Sate Tulang Senawang. Cik Lan memang suka betul makan Sate Ayang ni terutamanya sate tulang dan sate kambing. Kata Cik Lan, rempah yang salut sate ni  memang betul-betul berasa serta sata yang dibakar sempurna...malah kuah kacangnya pun pekat dan berasa...ermmm besttt (tunjuk jempol)...Cik Lan sanggup dari Shah Alam turun ke Gerai Satay Ayang Jalan Pantai ni semata-mata nak makan sate tulangnya dan sate kambingnya.

Gerai Satay Ayang Jalan Pantai ni dibuka jam 6 petang hingga 10 malam. Tapi kalau nak senang, call n order awal-awal. Bila sampai je nanti terus boleh makan, tak payah nak tunggu lama. Kitaorang biasa buat macam tu la.

Untuk maklumat lanjut n cara order sate ni boleh lawati website diaorang: 

Menu utama Satay Ayang Pantai

 Peta Lokasi ke Kedai Satay Ayang

 Sate-sate yang sedang dibakar 



~ Harga secucuk sate ~


~ Suasana kedai Satay Ayang ~


Di bawah ni ada gambar-gambar sate yang kitaorang order. Kalau korang nak tahu sate ayam, sate daging dan sate kambing semuanya disaluti rempah serta dibakar sempurna, lembut dan tidak ada ketulan lemak. Boleh dikatakan isi jer la..Tu yang besttt..

Sate tulangnya pulak dari tulang ayam beserta sedikit daging ayam yang melekat bersama rempah yang digaul rata serta dicucuk dan dibakar sempurna...memang best dan terbaik ler!!


~ Sate kambing dan sate ayam ~

~ Sate Tulang ~

~ Menikmati Sate Tulang ~

Sedap sampai tak terkata..

Bagi korang yang kategori penggemar sate macam saya nie, memang patut korang cuba Satay Ayang Pantai ni. Betul-betul marvellous!....kitaorang bagi 9/10....

Klik sini untuk review tempat makan best lain yang pernah kami kunjungi

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno