Entri kali ini saya nak ceritakan keenakan masakan Thai/Siam yang agak terkenal di Shah Alam iaitu "Serai Restoran Thai". Serai Restoran Thai terletak di Seksyen 3, Shah Alam berdekatan dengan McD dan juga sederet dengan Restoran Syed Bistro. Alamat lengkap dan pelan lokasi Serai Restoran Thai boleh rujuk kat bawah ni yer....
Alamat "Serai Restoran Thai" :
No. 5, Jalan Cendana 3/13A,
40000 Shah Alam, Selangor.
Lokasi "Serai Thai Restaurant" -- (Point A)
Hiasan dalaman eksklusif di Serai Restoran Thai
Suasana dalam Serai Restoran Thai ni memang penuh dengan famili yg datang untuk makan malam...2 kali kitaorang pergi pun penuh jugak macam ni...
Antara menu utama yang ada di Serai Restoran Thai
Actually, first time kitaorang datang waktu tu takde plan nak makan kat mana-mana pun, lepas selesai beli barang dapur kat Mydin Mart pusing-pusing n terpandang restoran thai ni. Mula-mula ingat nak makan makanan bergoreng je cam nasi goreng ke mihun goreng ke...Bila dah masuk Serai Restoran Thai ni lain pulak menu yang diorder...hehe
Tapi sebenarnya banyak lagi menu di restoran ni yer...
Manalah tahu kalau-kalau ada yang berkenan..
Tom Yam Seafood- Tomyam kat restoran ni tak sama macam tom yam restoran ala thai yang lain..rasanya agak masam dan pedas...katanya yg nie asli thai tomyam...mungkin kot...hrmmmm...sebab ladanya tak dikisar halus..masam..pedas..Kalau menghirup tu hati-hati, takut serpihan lada terselit celah gigi. Haha. Tapi rasa pedas dan masamnya memang kawww punyer (marvellous).. Kuahnya pulak tak pekat dan x der lar rasa semata-mata daun limau purut mcm kedai lelain kat luar tuh..
Kangkung Goreng Belacan- Standard la rasa kangkung, cuma kuah belacan tu pekat + likat ditambah pula ada sedikit udang kering...harganya berpatutan dan tidak ler mahal...tapi kuantinyer banyak jugak...puas hati lar...
Udang Goreng Butter (Butter Prawn)- Yang ni memang terbaik. Rasa lemak mentega (butter) n manis udang yang balance disulami rasa daun karinyer..perghhh best n mantopp!!
Untuk kali kedua kitaorang makan kat cni...kitaorang cuba makan makanan biasa jer, mcm nasi goreng kat bawah nie yer...
Nasi Goreng Thai
Nagi Goreng Ikan Masin
Nasi Goreng Cina
Itu je menu yang kitaorang cuba kat Serai Restoran Thai ni..simple dan sedap. Kalau nak tahu menu lain berserta harga yang disediakan di Serai Restoran Thai ni, boleh klik website restoran ni www.seraithai.com.my
Selamat mencuba masakan ala thai di Serai Thai Restaurant @ Serai Restoran Thai!
Kitaorang bagi 9/10...
Selamat mencuba masakan ala thai di Serai Thai Restaurant @ Serai Restoran Thai!
Kitaorang bagi 9/10...
No comments:
Post a Comment