Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, June 1, 2014

Pi dah kawin..Firdaus & Syazreen Aiza

Alhamdulillah, selamat dan selesai sudah majlis pernikahan dan persandingan adik saya, Firdaus. Dalam family kitaorang bahasakan dia Pi je..Pi dapat jodoh orang Senggarang Batu Pahat-Syazreen Aiza. Kitaorang panggil Angah je. Kebetulan, mungkin jugak suratan. Saya anak sulung, dapat suami pun anak sulung. Pi anak nombor dua, dapat jodoh pun dengan anak nombor dua jugak. 

Majlis nikah diadakan di Surau Kampung Kalong Gantung diikuti dengan majlis makan kat rumah Angah. Jom kita tengok gambar pengantin baru ni!

 Cik Lan & Nuar (husband Wawa) sempat berposing dengan baju diaorang yang kebetulan sama. Baju menantu, kata Nuar

 Damia pun nak bergambar jugak

Pi sempat bergambar dengan bapa mertua dia sebelum nikah

Wajah berseri Angah. Kalau tengok dari tepi macam Fida apo kona ea jang pun ada. haha

Antara yang hadir memeriahkan majlis

 Akad nikah

 Terharu- nikah dengan sekali lafaz

 Taklik nikah

Batal air sembahyang

Kat bawah ni pulak gambar majlis persandingan diaorang (tapi saya tak banyak ambik gambar pun time ni)

 Pengantin atas pelamin- Aris jadi pengapit Pi..Haha

 Ibu and ayah tepung tawar pengantin

Damia yang kepanasan n haus

Minggu depan pulak majlis kat Kluang, sebelah pihak pengantin lelaki pulak..Selamat Pengantin Baru PI & Angah. Semoga diberkati perkahwinan hingga akhir hayat. Amin..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno