Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, June 4, 2014

Servis Premium Beautiful Korset| Koyak, Jahit, Baru

Pasti semua dah tahu yang korset Premium Beautiful ni warranty nyer ialah sepanjang hayat-life time warranty. Saya ada seorang customer dari Klang, Puan Kavitha. Minggu lepas dia ada sms saya mengatakan Bra dan Girdle dia dah koyak n dia minta saya hantar PB dia ke stokis untuk dijahit. Malam tadi baru saya berkesempatan untuk jumpa Pn Kavitha dan hari ni saya akan pulangkan korset Pn Kavitha ke stokis untuk dihantar ke kilang bagi proses membaik pulih korset. 

Sebelum ni pun ada customer saya yang minta korsetnya dibaiki kerana tulang bra patah. Proses pembaikan mengambil masa lebih kurang satu bulan. Cara customer pakai korset PB ni berbeza, sebab tu tahap kerosakan pun berlainan.

Mesej yang dihantar Puan Kavitha mengatakan korsetnya rosak

 Jenis kerosakan korset Puan Kavitha

 Long Bra yang berburas di bahagian bawah

 Girdle yang koyak. Kesan koyak saya tandakan dengan pelekat supaya senang untuk dirujuk semula oleh stokis. Koyak dibahagian girdle yang berbentul "love shape"

Baiklah, selepas korset siap dibaiki saya akan update semula di blog dalam entri yang lain untuk melihat proses pembaikan yang telah dibuat. Sekian.


No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno