Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, June 16, 2014

Tempat Makan Best| Cupcake Chapter Restaurant

Cupcake Chapter Restaurant merupakan destinasi seterusnya cubaan jalan2 cari makan kitaorang. Tengahari tu kitaorang tengok rancangan jalan jalan cari makan kat TV 3, tiba2 Cik Lan cakap owner restoran tu merupakan kawan baik dia masa kat matriks. Apalagi, lepas siap solat zohor, start enjin kereta terus menuju ke Ukay Boulevard. Nama tempat ala-ala kat oversea..hehe

Actually lokasi kedai ni bertentangan dengan Zoo Negara.

Alamat:
 15-G & 15-1 Ukay Boulevard,
Jalan Lingkaran Tengah 2,
Hulu Kelang, Ampang,
68000 Kuala Selangor
Facebook: Cupcake Chapter

 
Hiasan dalaman kedai memang tip top. Berkonsepkan ala-ala party gitu..Ada jugak sudut membaca. Buku tu semua ada tulis nama kawan Cik Lan tu. Cik Lan kata masa satu bilik ngan kawan dia masa kat matriks dulu, memang dia banyak baca novel-novel Inggeris. Siapa sangka koleksi novel-novel tu akhirnya berguna jugak untuk hiasan dalaman kedai dia..

Terdapat pelbagai jenis cup cake di sini. Memang puaslah makan


 Emm.. nak order apa ye..?

 Akhirnya kami order 5 biji cupcake yang berlainan perisa. Ada perisa coklat, butter scotch, vanilla, oreo dan peanut butter

 Close up cupcake perisa butter scotch

Close up cupcake perisa coklat

Close up cupcake perisa vanilla oreo

Close up cupcake perisa vanilla

Close up cupcake perisa peanut butter

Menikmati kelazatan cupcake di Cupcake Chapter. Memang  best n tersendiri rasanya terutamanya part toping cream kat atas cup cake. Tidak terlalu manis, sedang-sedang je manisnya. Cupcake di Cupcake Chapter juga ada filling di dalam keknya (sila rujuk gambar-gambar close up di atas)

Di Cupcake Chapter,  selain cupcake ada juga dijual pelbagai jenis western food. Boleh tahan jugak western food kat sini.

Actually kitaorang datang sini nak try lemon chicken, tapi hari tu out of stock pulak! Dah habis..Punyalah kecewa datang dari jauh tak dapat rasa apa yang kitaorang nak makan..Sudahnya order je la Cordon Bleu

 Share dengan Damia

 Cheese meleleh dari dalam ayam--Sedapnya..

 Kami juga order Carbonara Spagetti

Carbonara Spagetthi pun sedap jugak

Jom kita tengok apa lagi menu yang ada di Cupcake Chapter ni selain dari yang kami order!



















Kepada peminat-peminat kek pastikan korang tak lepaskan peluang untuk mencuba cupcake di Cupcake Chapter ni. Cupcake Chapter memang best!

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno