Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Friday, June 13, 2014

Tempat Makan Best| Roti Benggali (Maliia Bakery) Pulau Pinang

Sebenarnya kunjungan kami ke Maliia Bakery di Pulau Pinang tempoh hari tidak termasuk dalam perancangan awal. Fokus kami ialah untuk mencari Roti Canai Jalan Argyll yang diuar-uarkan sebagai sangat sedap tetapi malangnya tiada rezki kami, hari itu kedai Roti Canai Argyll tutup. Kebetulan perut tengah lapar dan terpandang Maliia Bakery Roti Benggali, apalagi singgah untuk alas perut la jawabnya.


Bagi sesiapa yang bercadang untuk cuba makanan di sini, sila rujuk peta diatas dan alamat di bawah:

Alamat:
Maliia Bakery (M) Sdn Bhd
114, Transder Road, 
10050 Georgetown, Penang

Website: maliiabakery.com

Untuk pengetahuan semua, menu utama Maliia Bakery ni ialah roti benggali tetapi disamping tu kedai bakery ni jugak ada menjual pelbagai jenis roti (sila rujuk gambar di atas). Ala..roti yang selalu ada kat kedai bakery. Contoh: Roti Hotdog, Roti Chicken Floss, Roti Mexico

Suasana dalam Maliia Bakery

Roti Benggali biasanya disajikan bersama dua jenis masakan iaitu Kari Ayam dan Bubur Kacang. Pelanggan boleh memilih dua pilihan kuah ni

Kami order set roti benggali dengan Kari Ayam. Kari Ayam yang pekat, berlemak- for sure memang best. Teralas sudah perut kami yang lapar tadi.

Destinasi seterusnya selepas ini kami akan mencari tempat makan untuk makan betul-betul. Tadi tu baru alas perut je. hehe

Destinasi seterusnya: Restoran Pen Mutiara. Memang restoran seafood terbaik pernah kami cuba! Korang boleh klik link yang saya bagi tu untuk baca entri tentang Restoran Pen Mutiara

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno