Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, June 15, 2014

Trip To Beijing| The Summer Palace| China Silk Store | Dr Tea

The Summer Palace

Usai solat Zuhur dan Asar secara jamak dan qasar, pengembaraan kami di Kota Beijing diteruskan lagi dengan melawat Summer Palace. Disebabkan musim sejuk dan ditambah lagi dengan cuaca di Beijing yang berjerebu, pemandangan di sekitar kawasan Summer Palace tidak begitu jelas. Jarak pemandangan jelas dianggarkan lebih kurang 5 meter sahaja. Ok, jom tengok gambar!

 Sebaik sahaja sampai di Summer Palace kami dikehendaki untuk berkumpul dan mendengar sedikit penerangan mengenai Summer Palace- sejarah dan cerita di sebalik istana musim panas ini

Untuk pengetahuan semua, Summer Palace merupakan salah satu kediaman raja yang terbesar di dunia. Istana musim panas ini dibina pada 1750 untuk kediaman Maharani Dowager Ci Xi dan gundik-gundik anakandanya, Maharaja Tongzhi ketika musim panas. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah Summer palace boleh baca DISINI-Sejarah The Summer Palace


Eva yang bersemangat menceritakan sejarah The Summer Palace

 Sebelum bersiar-siar di sekitar Summer Palace ni, kami sempat merakamkan group photo--group yang sangat best, semua orang sangat sporting. Kitaorang macam satu family besar..

Kawasan Summer Palace ni memang sangat luas, kira-kira 2.9km persegi atau 300 hektar. 3 suku daripada keluasannya dilitupi oleh air iaitu dari Tasik Kunming yang ada di sini. Secara ringkasnya, kawasan Summer Palace ni terdiri dari daratan, pulau yang diatasnya terletak istana dan jambatan yang menghubungkan daratan dengan pulau tadi.

Disebabkan kami pergi pada penghujung musim sejuk, sebahagian dari Tasik Kunming masih membeku manakala sebahagian yang lain ada yang telah mencair (sila rujuk gambar di atas). Diceritakan, ketika musim sejuk Tasik Kunming ini membeku sepenuhnya dan pengunjung boleh berjalan di atas tasik!

Sebenarnya Summer Palace paling cantik pada musim panas dengan tamannya yang menghijau serta Tasik Kunming yang berwarna biru.Tapi bagi kami yang melawat ketika musim sejuk ni, hanya pokok-pokok yang tinggal ranting je..

Sempat lagi Cik Lan makan Vegie Burger yang dibeli di Niujie Muslim Supermarket tadi

Ini pula ialah jambatan yang menghubungkan daratan dengan istana yang terletak di kawasan pulau

Panjang jambatan yang diberi nama Shiqi kong Qiao ini ialah kira-kira 150 meter dengan ukiran batu yang dipahat beserta 500 ukiran singa. Korang nampak tak ukiran singa kat sepanjang jambatan tu?

 Close up gambar ukiran singa (bagi sesiapa yang tak nampak dari 2 gambar di atas)

Sempat juga Damia berkenalan dengan kawan baru dari China

Damia cuba telefon atuk n nenek kat kampung ke tu?

China Silk Store

Destinasi seterusnya selepas lawatan ke Summer Palace ialah China Silk Store. Untuk pengetahuan semua, kalau kita melancong ke negara China dan mengikut pakej/rombongan, kita akan dibawa melawat ke tempat-tempat milik kerajaan mereka terlebih dahulu. Contohnya kalau kita mahu melihat proses pembuatan kain sutera atau ingin pergi melawat kilang sutera, travel agent akan membawa kita ke kilang sutera milik kerajaan mereka. Tempat-tempat kerajaan ni memang telah tertulis di dalam tentatif pakej agensi pelancongan masing-masing. Itulah yang pihak Kembara Sufi (Agensi Pelancongan yang kami ikuti di Malaysia) beritahu. Jadi jangan hairanlah kalau korang pergi agensi pelancongan yang lain, pakej tempat-tempat lawatan yang ditawarkan lebih kurang sama je-sebab kerajaan China memang wajibkan pelancong melawat tempat-tempat mereka terlebih dahulu.
 
Di hadapan pintu masuk China Silk Store
China Silk Store ni merupakan salah satu pusat kain sutera milik kerajaan China. Untuk pengetahuan semua, di dalam tempat-tempat milik kerajaan ni, penggunaan kamera adalah dilarang sama sekali. Tapi Cik Lan berjaya juga curi-curi ambil gambar buat kenangan.


Pekerja China Silk Store yang sibuk memberikan penerangan mengenai kualiti kain sutera. Dalam masa yang sama pekerja akan promote supaya kita membeli sutera di tempat mereka. Kata pekerja di sini, kualiti sutera yang dibuat oleh pusat sutera milik kerajaan adalah berkualiti tinggi, tulen dan terbaik, tidak setanding dengan sutera yang dijual di pusat membeli belah yang lain.

Harganya? Boleh tahan mahal jugaklah. Contoh: Selimut sutera= 1500 yuen= RM 750++ . Cadar pulak mengikut kualiti sutera, ada yang mencecah sehingga 6000 yuen= RM 3000 ++ (hanya anggaran. Sila rujuk kadar pertukaran wang semasa untuk nilai yang lebih tepat)

Terdapat pelbagai produk berasaskan sutera di sini seperti cadar, selimut, sarung bantal, comforter, langsir,  kain pasang dan pakaian ready made

Rombongan kami tak begitu berminat dengan cadar dan sarung bantal. Tapi kain pasang memang ramai yang membeli. Kain pasang pula harganya dalam range 360-600 yuen= RM 180-300 sepasang. Saya n Cik Lan? Tak beli apa- apa pun..

Sementara menunggu rombongan yang lain selesai membeli, kami bergambar di sekitar kawasan China Silk Store

 Kelihatan penjual yang menunggu di luar kawasan China Silk. Mereka menjual pelbagai barangan seperti topi, stokin dan sourvenir. Tapi Eva, pemandu pelancong kami tidak menggalakkan urusan jual beli dari penjual sebegini. Menurut Eva, pernah terjadi kepada rombongan pelancong lain sebelum ni yang membeli dengan penjual sebegini, mereka ditipu dengan dipulangkan wang palsu. Eva memang melarang keras kami berurusan dengan penjual-penjual ni, kalau nak jugak pastikan kita bagi duit cukup-cukup, tak perlu duit baki.

Dr Tea...."Yam Cha"

Sekembali dari China Silk Store kami dibawa pula melawat pusat jualan teh yang terkenal iaitu Dr Tea. Di sini, para pekerja menyajikan kami dengan pelbagai jenis teh untuk dirasa seperti Jasmine Tea, Pu'er Tea, Green Tea, Oolong Tea dan Fruit Tea


Pekerja memberikan penerangan mengenai pelbagai jenis teh di dalam bilik khas.

Ahli rombongan yang khusyuk mendengar taklimat. Damia yang kepenatan dah tertidur kat bahu mama..

Kami diberi peluang untuk merasa pelbagai jenis teh dalam cawan kecil

Sedapnya dapat minum teh, terasa segar sangat. Saya n Cik Lan memang penggemar minum Chinese Tea. So tempat ni memang kami suka.

Bagi yang tak biasa minum teh cina, siap tutup hidung lagi. Masyarakat Melayu biasa minum teh dengan gula atau teh campur susu, so bagi yang tak biasa pasti akan merasa Chinese Tea agak kelat sebab memang tiada campuran gula.

Antara kesemua jenis teh, rombongan kami ramai yang suka Fruit Tea-memang sedap sebab manis-manis buah gitu.

Inilah Pu'er Tea. Teh yang sangat bagus untuk sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan. Pu'er Tea bukanlah seperti Teh Orang Kampung yang lepas minum je nanti akan ada effect buang-buang air besar. Pu'er Tea membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

Saya n Cik Lan beli Pu'er Tea yang ni. Harga= 400 yuen= RM 200++

Ini pun salah satu jenis Pu'er Tea

Bergambar di hadapan Kedai Dr Tea

Kawasan luar Dr Tea

Hasil belian kami di Dr Tea- dapat free pie pie boy

Kebaikan minum teh mengikut jenis teh. Artikel ni saya dapat dari bungkusan Pu'er Tea yang kami beli

Selain Pu'er Tea, Oolong Tea juga sangat baik untuk kesihatan. Saya pernah menulis tentang kebaikan Oolong Tea sebelum ini. Boleh BACA DISINI untuk maklumat lanjut mengenai Oolong Tea.

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama di bumi Beijing China ini. Bagi sesiapa yang terlepas membaca entri Day 1 (Part 1) kami di Beijing boleh baca di SINI-Niujie Muslim Supermarket & Niujie Mosque

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno