Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Saturday, July 19, 2014

Step By Step Resepi|Cara Buat Oat Choco

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cepat betul masa berlalu, hari ni dah masuk 21 Ramadhan. Sekarang ni dah jadi macam "kegilaan", kat mana-mana pun mesti nampak orang jual Oat Choco yang macam kat gambar bawah ni:

Kalau nak tahu, Oat Choco yang sedap ni kita pun boleh buat sendiri kat rumah. Senang je rupa-rupanya nak buat Oat Choco ni. Resepi asal saya ambil DISINI.

Masa saya buat Oat Choco ni sempat jugak saya snap beberapa keping gambar step by step cara membuat Oat Choco untuk perkongsian kita bersama.

Jom kita tengok cara-cara nak buat Oat Choco!

Bahan-bahan:

Bahan-bahan yang diperlukan ialah Nestum, Oat dan Chocolate Compound

 Saya gunakan nestum jenama Nestle dan oat jenama Quaker

Milk Compound Chocolate. Saya beli sikit je-250 gram sebagai percubaan pertama. Saya ingatkan milk chocolate ni sama dengan chocolate putih tu, sekali buka warna coklat daa..Tapi dia tulis milk..Mungkin saya patut guna white chocolate..

Cara-ca membuat:

 Step 1: Cairkan coklat compound tadi menggunakan kaedah double boiler

 Step 2: Campurkan oat dan nestum ke dalam coklat yang telah mencair. Nisbah oat dan nestum adalah sama banyak. Tapi terpulang pada korang, kalau suka nestum lebih so tambahkan lagi nestum (step ni saya terlupa ambik gambar..sorry..). Gaulkan campuran oat dan nestum degan coklat hingga sebati

 Step 4: Masukkan campuran oat, nestum dan coklat yang telah sebati ke dalam chocolate mould. Kalau takde chocolate mould, masukkan dalam loyang biasa pun takpe, tapi nanti lepas tu kena potong kecik-kecik la..

Step 5: Masukkan ke dalam peti sejuk untuk dikeraskan


 Inilah hasilnya! Coklat yang telah dikeluarkan dari acuan. Cik Lan kata sedap..

Selamat mencuba buat Oat Choco sendiri di rumah. Oat Choco sesuai juga dijadikan sajian semasa hari raya nanti kan?

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno