Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, January 18, 2015

Tempat Makan Best| Chemistry Cafe+Lab| Seksyen 7 Shah Alam

Bagi sesiapa yang sukakan kedai makan berkonsepkan kafe bolehlah mencuba Chemistry Cafe+ Lab di Seksyen 7 Shah Alam. Selain dari hiasan dalaman yang sememangnya unik iaitu berkonsepkan Makmal Kimia, makanan dan minuman di sini juga menarik dan lazat. Memang best..Teringat kat makmal sekolah bila duduk dalam Chemistry Cafe + Lab ni.

Chemistry Cafe+Lab
Coffee Shop . Dessert Restaurant

Waktu Operasi :
Monday-Friday : 3pm-1am
Saturday&Sun : 2pm-2am
Alamat :No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
 
Chemistry Cafe + Lab ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam- Betul-betul sebaris dengan Restoran Hakim (selang beberapa kedai dari Restoran Hakim). Kalau korang tak familiar dengan restoran Hakim, tau Pak Li Seksyen 7? Kat area situ la tapi bangunan yang berlainan dengan Pak Li. Land mark lain? Sederet dengan Klinik Ajwa. Chemistry Cafe + Lab ni betul-betul tepi jalan. Tak susah pun nak cari..
 
Antara menu wafles dan pastry yang ada di sini

Kalau nak tau, hiasan dalaman kat Chemistry Lab Cafe ni  memang 100% berkonsepkan makmal kimia. Peralatan makmal digunakan sepenuhnya untuk menghias kafe ni. Jom tengok gambar!

 Kredit tu Nisa Kay untuk gambar ni..Boleh baca juga entri Nisa Kay mengenai Chemistry Cafe + Lab. Baca SINI

 Peralatan makmal seperti tabung uji, picagari digunakan semaksima mungkin

Tengok tu, sinki yang telah diubah suai menjadi meja! Kreatif betul diaorang ni (sekali lagi pinjam gambar Nisa Kay..hehe)

 Ok, ni baru betul gambar dari Nisa Hamdan. hehe. Pelayan kat sini pun pakai kot makmal (lab coat)...Caya la, respect habis! Memang kreatif..

Minuman pun dihidangkan dalam kelalang kon! Memang makmal habis la kafe ni - 1st time datang sini kitaorang order Chocolate Chunky and Lady Boss Chiller Coffee

2nd time datang sini order Passion Fruit and Green Tea Chiller pulak. Minuman kat Chemistry Lab ni memang betul-betul best. Pekat dan portionnya juga banyak.

 ~ Passion Fruit ~

 ~ Green Tea Chiller ~

 ~ Fettuchine pasta with beef cube confit and parsley oil ~

 ~ Chocolate Banana Waffle ~

Memang kitaorang dah jatuh hati dengan Chemistry Lab + Cafe ni. Tempat cantik, makanan sedap dan harga pun berpatutan. A very convenient place to try..Chemistry Lab + Cafe bakal mengimbau kenangan zaman persekolahan di Makmal Kimia.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno