Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, February 16, 2015

Ais Krim Pasu| Idea yang Unik

Saya memang solute betul dengan orang yang come out dengan idea2 yang bernas dan unik untuk perniagaan mereka. Kadang-kadang kita tak terfikir pun benda simple macam tu pun boleh jual.

Baru-baru ni kitaorang terserempak dengan Ais Krim Pasu Bunga. Perasan kiosk tu pun sebab orang ramai beratur nak beli. Ingatkan apa la yang dia jual sampai ramai sangat beratur, rupa-rupanya jual ais krim dalam pasu bunga! 


Actually kiosk yang kitaorang terjumpa ni dalam GM Klang..


Sebuah polisterene berbentuk silinder dimasukkan ke dalam pasu bunga kecil. Kemudian, ais krim vanilla diletakkan ke dalm polisterene dan atasnya ditaburkan coklat oreo menjadikannya kelihatan betul-betul seperti tanah. Di atas coklat oreo tadi dicucukkan bunga plastik dan sebatang biskut rokok or love letter biscuit tu..


Memang unik ais krim pasu bunga ni. Tapi rasa dia biasa je. Mungkin korang boleh try ais krim pasu bunga kat tempat lain yang lebih sedap. Kalau jumpa ais krim pasu bunga yang sedap sila bagitau ye..

Sunday, February 15, 2015

Tempat Makan Best| Grease - Cheesesteak and More Shah Alam

Bagi sesiapa yang berminat makanan ala barat, bolehlah mencuba masakan di Grease Cheesesteak & More yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam, berderetan dengan Kafe The Sumbs dan Good Hope Hotel. Restoran ini terletak dalam kawasan Alami Residence, juga terdapat sebuah kondominium yang sedang dalam proses pembinaan.


Restoran Greese Cheeesesteak & More menyajikan hidangan stik ayam dan daging yang telah dicincang dan dicampur dengan bawang dan diapit dengan roti beserta keju cair di atas stik tersebut. Pemilik restoran ini mendapat idea membuka restoran berkonsepkan chesesteak ini dari rakan beliau yang pernah melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.

hidangan cheesesteak iaitu kepingan potongan stik dicincang dan dicampur dengan bawang yang dikaramel lalu diapit roti dan diakhiri dengan keju cair di atasnya merupakan makanan jalanan yang menjadi kegemaran ramai. - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/lelehan-keju-di-grease-cheesesteak-1.33618#sthash.pEsR2eyy.dpuf
hidangan cheesesteak iaitu kepingan potongan stik dicincang dan dicampur dengan bawang yang dikaramel lalu diapit roti dan diakhiri dengan keju cair di atasnya merupakan makanan jalanan yang menjadi kegemaran ramai. - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/lelehan-keju-di-grease-cheesesteak-1.33618#sthash.pEsR2eyy.dpuf
Hiasan dalaman restoran yang ringkas-batu bata "togel" tanpa sebarang plaster dan cat

Antara menu yang terdapat di restoran ini. Menu yang menjadi pilihan ramai ialah Texas Chilli Cheese Steak, Hot Chicken Wing, Spagetthi Meat Ball dan Beef Bacon Burger

 ~ Texas Chilli Cheesesteak ~

Saya cuba  Texas Chilli Cheesesteak yang berharga RM20. Memang sedap betul stik kat sini sebab ianya dah dicincang, jadi rasanya lebih lembut. Ditambah pula dengan cheese yang meleleh n rasa pedas-pedas sikit. Memang sedapp! Tapi Cik Lan tak suka sangat sebab cheese yang meleleh tu. Cik Lan suka stik yang kering, dia lebih suka rasa daging pure lebih dari rasa cheese. Bagi Cik Lan cheese yang banyak tu mengganggu rasa asli stik tersebut.

~ Beef Bacon Burger ~

Cik Lan pulak try Beef Bacon Burger yang berharga RM22. Nampak tak cheese yang meleleh kat burger Cik Lan. Sebab tu dia tak suka sebab banyak sangat cheese..Maybe boleh request untuk kurang cheese tapi disebabkan ni first time kitaorang datang sini, so terimalah seadanya apa yang dapat. Haha

Damia ukur burger menggunakan tangan...hehehe

Fries untuk Damia- Damia makan fries je? Actually ni baru alas perut, lepas keluar dari Greese Cheesesteak kitaorang makan lagi kat tempat lain. Mana cukup makan burger je..Tak tau la  perut korang macam mana tapi saya, Cik lan n Damia memang tak kenyang. Kitaorang rasa portion makanan kat sini tak cukup banyak.Haha

Tapi harga kat Greese Cheesesteak ni ada over sikit dengan portion makanan yang tak berapa nak banyak (bagi kitaorang la). Bagi melihat senarai harga boleh rujuk gambar menu yang ada kat atas n korang boleh nilai sendiri mahal ke tak. Anyway, rasa makanan di Greese Cheesesteak & More di Shah Alam ni patut dicuba untu merasai sendiri pengalaman memakan antara makanan jalanan yang popular di Amerika Syarikat. Boleh rujuk review mengenai Restoran Greese Cheesesteak & More di Utusan Online dan DISINI.

Wednesday, February 11, 2015

Thanks Sin Ling

Thanks a lot Sin Ling for the lunch at Serai Restaurant Paradigm Mall..Chit chat lots of things until not realized it's almost 2 pm..



Xie Xie ni Sin Ling..

Monday, February 9, 2015

Reading Technique By Little Caliph

Hari Sabtu yang lepas, 7/2/2015 Little Caliph Shah Alam mengadakan Teknik Cepat Membaca seawal usia 4 tahun. Perkongsian yang disampaikan oleh Puan Sabariah Faridah selaku pengasas Tadika Little Caliph di Malaysia itu dihadiri oleh ibu bapa yang diperkenalkan dan diajar dengan teknik cepat membaca supaya boleh dipraktikkan di rumah.

Gaya penyampaian Puan Sabariah Faridah atau lebih dikenali sebagai Teacher Fari secara santai dan bersahaja membuatkan program yang berlangsung selama 2 jam dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari itu terasa sekejap sahaja.

Berikut saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan ibu bapa yang masih lagi belum berkesempatan mengikuti program ini.








Friday, February 6, 2015

Stacy's Last Day in HLA

Nampaknya sorang lagi my offis mate dah resigned. Last 3 month Soo, sekarang Stacy pulak. Hari ni Stacy punya last day. Kitaorang plan nak makan kat Bubba Gump Shrimp or Manhattan Fish. Tapi sampai sekatang pun tak decide nak makan mana lagi..haha.

Oklah, anyway good luck Stacy with your new friends and working environment in RHB. Keep in touch ya..

Oven n hair dryer sebagai tanda hati kami di HLA untuk Stacy..


Stacy pulak bagi kitaorang cup cake n wish card sebagai kenangan..

Lepas ni ada 2 orang lagi yang akan resigned dari HLA..Siapa ya?
Tunggu...


Thursday, February 5, 2015

Tempat Makan Best|Coffee Planet Cafe Shah Alam

Kedai makan berkonsepkan kafe seperti di Coffee Planet Cafe Shah Alam semakin popular di kalangan pengunjung. Kebiasaannya pengunjung gemar ke kafe untuk minum petang atau berbincang hal business. Nampak lebih sesuai dan suasana lebih tenang dan santai untuk berbincang.


Actually saya masih tidak berkesempatan ke sini tapi Cik Lan dan bapa mertua pernah ke sini suatu ketika dulu. Jadi gambar-gambar kat sini semuanya Cik Lan yang ambil.

Suasana dalam "Coffee Planet Cafe"

 Latte Coffee

 Cappucino






Menurut Cik Lan makanan dan kopi kat sini memang sedap cuma harganya agak over sikit..mahal. Kalau nak tau lebih lanjut, Cik Lan akan update pasal rasa makanan kat sini next time..Saya letak gambar je dulu

Sekian..

Wednesday, February 4, 2015

Kangen Water Malaysia| Bagaimana saya tahu rahsia Kangen Water or Air Kangen

Saya merupakan seorang yang suka menulis sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun saya pelajar aliran sains, namun menulis artikel atau cerpen ketika di bangku sekolah bukanlah sesuatu yang sukar untuk saya. Teringat pulak waktu sekolah rendah or menengah dulu. Kalau ujian subjek Penulisan tu ada option untuk pilih karangan jenis cerita, saya akan buat. Macam-macam cerita yang saya boleh buat dalam waktu beberapa jam tersebut dan natijahnya karangan saya akan menjadi karangan contoh dalam kelas. Bila dah Ustazah (panggilan guru di SMKAS) bagi contoh dalam kelas, so kawan-kawan pun start la pinjam nak baca dan rujuk.

Minat tersebut masih kekal hingga kini. Saya rasakan idea saya banyak apabila menulis, non stop. Berdasarkan minat menulis yang ada maka saya ada membuat servis ghost writer bermula pada pertengahan tahun lepas. Saya menulis di kala orang tidur, pukul 4 hingga 6 pagi. Itu sahaja waktu yang saya ada memandangkan saya bekerja sepenuh masa.

Berbalik semula kepada cerita bagaimana saya tahu rahsia Kangen Water or Air Kangen. Segalanya bermula ketika menjadi Editor untuk buku Keajaiban Air. Semakin saya mengkaji dan membaca info-info dan buku-buku rujukan yang diberikan, semakin saya tertarik dan yakin dengan Kangen Water or Air Kangen ni. Segala-galanya berdasarkan kepada penyelidikan para doktor dan saintis bertahun-tahun lamanya. Kangen (sebutan Kang- Gen) merupakan perkataan dalam Bahasa Jepun yang bermaksud Back To Origin- Kembali Kepada Asal. 

Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Namun apakah kualiti 75% air dalam badan anda?

Next time saya akan cerita dengan lebih lanjut mengenai Kangen Water supaya kita sama-sama tahu maklumat penting ni. Yang penting buka minda anda dan positif untuk terima maklumat baru ni.

Apapun, kat sini saya kongsikan sedikit screen shot buku yang telah siap mengenai Kangen Water. 

Khairunnisa Hamdan as editor..



Antara isi kandungan buku mengenai Kangen Water

Entri seterusnya saya akan kongsikan sedikit maklumat mengenai Kangen Water supaya kita sama-sama mendapat manfaat dari kebaikan air ini.

Tuesday, February 3, 2015

Trip To Bukit Tinggi Resort| Colmar Tropicale Bukit Tinggi| Japanese Tea House or Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi| Taman Haiwan


Pengalaman pergi ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi memang menyeronokkan bagi sesiapa yang merasainya untuk kali pertama. Bagi yang tinggal di kawasan Selangor, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam. Disebabkan kitaorang kat area Shah Alam (Selangor atas sikit, so 40 minit camtu dah sampai). Actually Cik Lan dah pergi sini 3 kali tapi saya n Damia tak pernah sampai lagi, so kitaorang memang terlebih excited dari Cik Lan.

Colmar Tropicale sebenarnya merupakan sebuah kawasan perkampungan yang benar-benar wujud di Perancis. Konsep Colmar Tropicale yang dibina di Bukit Tinggi ini memang benar-benar menyerupai Colmar Tropicale yang asal di Perancis. Kawasan ni tertelak di kawasan tanah tinggi yang dikelilingi hutan khatulistiwa..tapi korang jangan aspek tempat ni sejuk ye macam di Genting Hignlands ke, Cameron Highlands ker or Bukit Fraser...

Pintu depan or Pintu Masuk Utama Colmar Tropicale di Bukit Tinggi Resort, Pahang...
Mama n Damia excited terlebih..haha


 Seronoknya Damia..


 Senibina bangunan yang direka menyerupai perkampungan Perancis yang sebenar di Colmar Tropicale. Di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Resort ni, bangunan dibahsuai menjadi hotel penginapan bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini. Malah di tangkat bawah bangunan ni adalah restoran, kedai roti, bar, kedai cenderamata, dan ada juga taman permainan untuk kanak-kanak..

Memang cantik pemandangan kat sini

Di kawasan Colmar Tropicale ni kebiasaannya diadakan aktiviti untuk menghiburkan pengunjung. Waktu kami sampai tu ada badut yang sibuk melayan kanak-kanak yang meminta belon. Damia pun beratur jugak nak dapatkan belon bentuk rabbit.

Beli popcorn. Sambil jalan sambil makan popcorn.. Bagus betul, berjalan sambil makan..Haha

Ada jugak mascort panda yang comel n sporting untuk ambik gambar

Ini Auntie Mary. Auntie Marie merupakan warganegara Perancis yang telah lama tinggal di Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni. Aunty Mary datang ke Malaysia bersama suami dan membuka kedai roti berkonsepkan cafe. Boulangerie-A French Bakery merupakan kedai roti dan kek hasil usaha Auntie Marie dan suaminya di sini. Menurut beliau tiada beza antara perkampungan sebenar dengan yang di bina di Malaysia melainkan cuacanya. "The building arhitechture exactly same", ayat Auntie Marie.

Setelah penat berjalan kami makan di Restoran La Flamme, sebuah restoran berasaskan pasta.
Ala-ala Italianies gitu.

Kami order Pizza Chef, Spagheti Carbonara, Coleslaw, French Fries, Chilled Pineapple and Chilled Ice Lemon Tea

 Piza yang sedap dan kaya dengan cheese sampai rasa muak giler. Huhu

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Colmar Tropicale boleh pergi ke website ni www.colmartropicale.com.my


Rumah Teh Jepun or Japanese Village

Actually sebelum pergi ke Colmar Tropicale, tempat pertama yang kami lawati ialah Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi or Japanese Tea House Bukit Tinggi dalam bahasa omputihnya. Pengunjung perlu berjalan kaki untuk sampai ke Rumah Teh Jepun ni kerana tempatnya agak curam.

Agak letih jugak "mendaki" dan terasa agak jauh. Maklumlah, 1st time. Tapi bila turun tu rasa sekejap je.

Akhirnya sampai jugak kat signboard Rumah Teh Jepun. Maksudnya dah nak dekat la tu. Lega eden..haha. Suasana persekitaran yang menghijau serta udara yang nyaman..Tenang je rasa.


Belum sampai lagi..Dari signboard tu nak kena mendaki sikit je lagi ye..Rehat n ambik gambar dulu sebab Damia dah penat. Kalau korang nak tau, sepanjang menuju ke Japanese Village disertakan dengan pemandangan hijau hutan khatulisatiwa..memang menyegarkan..Sepanjang mendaki tangga tu Damia asyik sebut "Ya Allah, Ya Allah" bila dia rasa susah n penat nak naik tangga. Kaki dia kan belum berapa nak panjang lagi. Haha. Orang sekeliling yang lalu lalang semua tengokkan keletah dia.


Besar betul ulat gonggok "giant" ni. Selalunya ulat gonggok kalau kita usik dia akan melilit bentuk bulat. Tapi ulat gonggok giant ni tak boleh melilit. Bila kita usik, badan dia melentok-lentok macam kepala ular tapi sekejap je pastu tergolek semula atas tanah. Eeei..

Ok, dah nampak air terjun. Maksudnya dah semakin dekat dengan Rumah Teh Jepun

Di perkarangan Rumah Teh Jepun. Korang nampak dah kan bumbung rumah tu ala-ala suasana di Jepun.

Ni benda yang saya teringin nak buat lama dah. Pakai kimono!!! Tak taulah apa yang spesialnya dengan kimono tapi dari kecik lagi memang saya dah teringin sangat nak pakai baju ni. Akhirnya dapat jugak lepas gian..Bestnya!!

Gambar kat atas tu masing-masing tengah sibuk pakai kimono. Sewa sehelai kimono ialah RM20, Damia punya yang kecik tu pun sama harga jugak. So total habis RM60 untuk pakai kimono sahaja. Takpe, yang penting dapat rasa pakai kimono. Haha. Puas hati.

Lepas pakai kimono wajiblah round-round sekeliling ambik gambar kan..

Bergambar dan berjalan-jalan di sekitar Rumah Teh Jepun

Comel kan Damia..Macam Mashi Maro. Bukan saya cakap, orang sekeliling yang cakap. Siap pinjam Damia lagi ambik gambar ngan dia..

Cik Lan dah macam samurai pun ada..Ea eh, tu mama n Damia beratur macam nak ambik sijil konvo je. Haha. Actually Cik Lan nak ambik gambar "ekor" kat belakang tu.

Gambar bertiga terpaksa menggunakan bantuan orang di sekeliling..

Seterusnya bergambar di dalam rumah pula

Terus terang saya cakap memang puas hati dapat pergi sini. Rasa macam nak cakap "Mission Completed!" sebab apa? Sebab dapat pakai kimono la..Yes Yes!

Taman Haiwan

Seterusnya kami pergi ke Taman Haiwan yang terdapat di sini. Ada rusa dan arnab je tapi yang best ialah pengunjung dapat pegang dan masuk kandang bersama dengan haiwan-haiwan yang jinak ni.


Suka betul damia dengan arnab-arnab tu. Sikit pun dia tak takut or geli untuk bagi makan. Next time kita gi zoo pulak ye Damia..

Cukup dulu setakat ni cerita kami di Bukit Tinggi. Actually day trip pun ok kalau nak pergi sini. Kitaorang waktu pergi sini sampai pukul 2 petang then 6.30 petang dah habis round and bertolak balik. Oh ya, bagi sesiapa yang nak datang sini, pukul 6.30 petang merupakan waktu operasi terakhir bagi Rumah Teh Jepun or Japanese Tea House dan Taman Haiwan. Tapi Colmar Tropicale buka sehingga 10 malam.

Bayarannya pula boleh rujuk bawah:

Bayaran masuk: RM 12 seorang. Kanak-kanak bawah umur 4 tahun adalah percuma
Sewa Kimono: RM 20 sehelai (kalau nak tengok tea ceremony RM 28 kalau tak silap)
Taman Haiwan: RM 3 seorang

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno