Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Monday, February 16, 2015

Ais Krim Pasu| Idea yang Unik

Saya memang solute betul dengan orang yang come out dengan idea2 yang bernas dan unik untuk perniagaan mereka. Kadang-kadang kita tak terfikir pun benda simple macam tu pun boleh jual.

Baru-baru ni kitaorang terserempak dengan Ais Krim Pasu Bunga. Perasan kiosk tu pun sebab orang ramai beratur nak beli. Ingatkan apa la yang dia jual sampai ramai sangat beratur, rupa-rupanya jual ais krim dalam pasu bunga! 


Actually kiosk yang kitaorang terjumpa ni dalam GM Klang..


Sebuah polisterene berbentuk silinder dimasukkan ke dalam pasu bunga kecil. Kemudian, ais krim vanilla diletakkan ke dalm polisterene dan atasnya ditaburkan coklat oreo menjadikannya kelihatan betul-betul seperti tanah. Di atas coklat oreo tadi dicucukkan bunga plastik dan sebatang biskut rokok or love letter biscuit tu..


Memang unik ais krim pasu bunga ni. Tapi rasa dia biasa je. Mungkin korang boleh try ais krim pasu bunga kat tempat lain yang lebih sedap. Kalau jumpa ais krim pasu bunga yang sedap sila bagitau ye..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno