Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, February 4, 2015

Kangen Water Malaysia| Bagaimana saya tahu rahsia Kangen Water or Air Kangen

Saya merupakan seorang yang suka menulis sejak di bangku sekolah lagi. Walaupun saya pelajar aliran sains, namun menulis artikel atau cerpen ketika di bangku sekolah bukanlah sesuatu yang sukar untuk saya. Teringat pulak waktu sekolah rendah or menengah dulu. Kalau ujian subjek Penulisan tu ada option untuk pilih karangan jenis cerita, saya akan buat. Macam-macam cerita yang saya boleh buat dalam waktu beberapa jam tersebut dan natijahnya karangan saya akan menjadi karangan contoh dalam kelas. Bila dah Ustazah (panggilan guru di SMKAS) bagi contoh dalam kelas, so kawan-kawan pun start la pinjam nak baca dan rujuk.

Minat tersebut masih kekal hingga kini. Saya rasakan idea saya banyak apabila menulis, non stop. Berdasarkan minat menulis yang ada maka saya ada membuat servis ghost writer bermula pada pertengahan tahun lepas. Saya menulis di kala orang tidur, pukul 4 hingga 6 pagi. Itu sahaja waktu yang saya ada memandangkan saya bekerja sepenuh masa.

Berbalik semula kepada cerita bagaimana saya tahu rahsia Kangen Water or Air Kangen. Segalanya bermula ketika menjadi Editor untuk buku Keajaiban Air. Semakin saya mengkaji dan membaca info-info dan buku-buku rujukan yang diberikan, semakin saya tertarik dan yakin dengan Kangen Water or Air Kangen ni. Segala-galanya berdasarkan kepada penyelidikan para doktor dan saintis bertahun-tahun lamanya. Kangen (sebutan Kang- Gen) merupakan perkataan dalam Bahasa Jepun yang bermaksud Back To Origin- Kembali Kepada Asal. 

Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Namun apakah kualiti 75% air dalam badan anda?

Next time saya akan cerita dengan lebih lanjut mengenai Kangen Water supaya kita sama-sama tahu maklumat penting ni. Yang penting buka minda anda dan positif untuk terima maklumat baru ni.

Apapun, kat sini saya kongsikan sedikit screen shot buku yang telah siap mengenai Kangen Water. 

Khairunnisa Hamdan as editor..



Antara isi kandungan buku mengenai Kangen Water

Entri seterusnya saya akan kongsikan sedikit maklumat mengenai Kangen Water supaya kita sama-sama mendapat manfaat dari kebaikan air ini.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno