Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, February 15, 2015

Tempat Makan Best| Grease - Cheesesteak and More Shah Alam

Bagi sesiapa yang berminat makanan ala barat, bolehlah mencuba masakan di Grease Cheesesteak & More yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam, berderetan dengan Kafe The Sumbs dan Good Hope Hotel. Restoran ini terletak dalam kawasan Alami Residence, juga terdapat sebuah kondominium yang sedang dalam proses pembinaan.


Restoran Greese Cheeesesteak & More menyajikan hidangan stik ayam dan daging yang telah dicincang dan dicampur dengan bawang dan diapit dengan roti beserta keju cair di atas stik tersebut. Pemilik restoran ini mendapat idea membuka restoran berkonsepkan chesesteak ini dari rakan beliau yang pernah melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.

hidangan cheesesteak iaitu kepingan potongan stik dicincang dan dicampur dengan bawang yang dikaramel lalu diapit roti dan diakhiri dengan keju cair di atasnya merupakan makanan jalanan yang menjadi kegemaran ramai. - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/lelehan-keju-di-grease-cheesesteak-1.33618#sthash.pEsR2eyy.dpuf
hidangan cheesesteak iaitu kepingan potongan stik dicincang dan dicampur dengan bawang yang dikaramel lalu diapit roti dan diakhiri dengan keju cair di atasnya merupakan makanan jalanan yang menjadi kegemaran ramai. - See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/lelehan-keju-di-grease-cheesesteak-1.33618#sthash.pEsR2eyy.dpuf
Hiasan dalaman restoran yang ringkas-batu bata "togel" tanpa sebarang plaster dan cat

Antara menu yang terdapat di restoran ini. Menu yang menjadi pilihan ramai ialah Texas Chilli Cheese Steak, Hot Chicken Wing, Spagetthi Meat Ball dan Beef Bacon Burger

 ~ Texas Chilli Cheesesteak ~

Saya cuba  Texas Chilli Cheesesteak yang berharga RM20. Memang sedap betul stik kat sini sebab ianya dah dicincang, jadi rasanya lebih lembut. Ditambah pula dengan cheese yang meleleh n rasa pedas-pedas sikit. Memang sedapp! Tapi Cik Lan tak suka sangat sebab cheese yang meleleh tu. Cik Lan suka stik yang kering, dia lebih suka rasa daging pure lebih dari rasa cheese. Bagi Cik Lan cheese yang banyak tu mengganggu rasa asli stik tersebut.

~ Beef Bacon Burger ~

Cik Lan pulak try Beef Bacon Burger yang berharga RM22. Nampak tak cheese yang meleleh kat burger Cik Lan. Sebab tu dia tak suka sebab banyak sangat cheese..Maybe boleh request untuk kurang cheese tapi disebabkan ni first time kitaorang datang sini, so terimalah seadanya apa yang dapat. Haha

Damia ukur burger menggunakan tangan...hehehe

Fries untuk Damia- Damia makan fries je? Actually ni baru alas perut, lepas keluar dari Greese Cheesesteak kitaorang makan lagi kat tempat lain. Mana cukup makan burger je..Tak tau la  perut korang macam mana tapi saya, Cik lan n Damia memang tak kenyang. Kitaorang rasa portion makanan kat sini tak cukup banyak.Haha

Tapi harga kat Greese Cheesesteak ni ada over sikit dengan portion makanan yang tak berapa nak banyak (bagi kitaorang la). Bagi melihat senarai harga boleh rujuk gambar menu yang ada kat atas n korang boleh nilai sendiri mahal ke tak. Anyway, rasa makanan di Greese Cheesesteak & More di Shah Alam ni patut dicuba untu merasai sendiri pengalaman memakan antara makanan jalanan yang popular di Amerika Syarikat. Boleh rujuk review mengenai Restoran Greese Cheesesteak & More di Utusan Online dan DISINI.

1 comment:

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno