Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Sunday, February 1, 2015

Tempat Makan Best| Restoran Chili's Crab Kota Damansara

Haha..sebelum tulis entri ni lagi saya dah terliur semula bila tengok dan teringat apa yang kitaorang makan hari tu di Restoran Chili's Crab Kota Damansara. Memang restoran terbaik dan tersedap yang pernah kitaorang cuba setakat hari ni. Best! Best! Memang Best !

~ Restoran Chili's Crab ~

Menurut pemilik restoran ni, Restoran Chili's Crab sebelum ini merupakan sebuah restoran makanan cina muslim. Namun disebabkan atas masalah kewangan, pengusaha restoran cina tersebut terpaksa menjual kedainya. Kebetulan, pemilik restoran kini merupakan pelanggan tetap restoran cina muslim tersebut. Maka dia telah meng"offer" untuk menjual restorannya kepada pemilik restoran kini. Kiranya Restoran Chili's Crab Kota Damansara ni telah dijenamakan semula dan bertukar pengurusan. Makanan asal di restoran lama dikekalkan dan ditambah baik dengan sentuhan dari tukang masak yang berbeza. Wow!

Proses pemilihan ketam (ketam nipah) sebelum dimasak...

Salah satu "penarik perhatian" di Restoran Chili's Crab ni ialah pelanggan bebas untuk memilih sendiri mana-mana ketam hidup yang disukai. Terdapat 2 jenis ketam di Restoran ini iaitu ketam nipah dan ketam bunga. Ketam bunga tu adalah ketam frozen yang biasa...tapi untuk ketam hidup yang dimaksudkan di sini adalah "Ketam nipah". Ketam nipah ni sangat berbeza rasanya. Nak tau kenapa? Sebab ianya diimport dari Sri Lanka (ikut kata pemilik restoran tu la). Sekali lagi, Wow!...sebenarnya ketam nipah nie kulitnya agak keras sedikit serta bewarna sedikit kehijauan, sedikit keperangan dan kecokelatan...malah isinya agak padat sedikit dari ketam bunga.

Cik Lan yang sedang sibuk memilih ketam nipah.  Mana satulah aku nak ni..?

Disebabkan ada orang tu baru dapat bonus, maka makanan pada malam tersebut telah dibayar oleh orang tu. Siapakah orang tu? Tuuuuuut!! Haha.

So, untuk menu kali ni kami cuba Ikan Siakap Masak Asam Pedas, Sayur Bendi Goreng Belacan, Sotong Masak Telur Masin dan Ketam Masak Cili. Jom jom kita tengok gambar..Cakap je takkan nampak kesedapan makanan kat sini. Korang tengok pun mesti terliur. Memang superb!! Sedapppp...Betul...

 ~ Ikan siakap masak asam pedas ~

Takde perkataan lain yang saya boleh describe melainkan "Sedap". Asam pedas Chinese style tak sama dengan asam pedas melayu style seperti yang mak kita selalu masak tu. Ni Chinese style. Memang lain rasa dia. Korang memang patut cuba setiap sentuhan masakan di Restoran Chili's Crab (Restoran Ketam Cili) ni.

 ~ Sayur bendi goreng belacan ~

Asyik order kangkung belacan je..So kali ni kitaorang tukar Bendi Belacan la pulak..rasa belacan memang best serta kacang bendi yang rangup...

 ~ Sotong masak telur masin (Salted egg squid) ~

Sotong ikan masin ni memang sedap n best...Betul-betul superb... Menu wajib cuba selain ketam kalau makan kat sini.  Tapi kalau ada darah tinggi saya tak sure korang patut try ke tak..Takpe, jamah je, buat ubat..Selalu orang tua-tua cakap camtu kan..Korang pernah dengar tak?Haha

~ Ketam masak cili (Cili's crab)....special ~

Inilah hidangan istimewa Restoran Chili's Crab. Actually ketam ni sebelum dimasak dengan cili akan distim terlebih dahulu. Namun atas special request dari "Chef Lan" makanya tukang masak telah menggoreng ketam tersebut terlebih dahulu sebelum memasak dengan cili..

Tapi kalau nak tahu, ketam yang digoreng memang lebih lazat dari stim. Dan kalau ada yang alergik makan ketam, takut gatal, bolehla request macam Cik Lan. Insya Allah tak gatal or bibir jadi besar tiba-tiba lepas makan ketam.


Disebabkan ketam nipah ni agak mahal harganya (seekor lebih kurang RM34-RM40 mengikut saiz), kami order seekor sahaja. hehe. Tapi oklah tu share 2 orang. Damia tak makan ketam sangat. Memang rasa ketam nipah kat restoran Chili's Crab Kota Damansara ni sangat berbeza. Isinya tebal, rasanya manis dan berlemak. Memang puas hati, ketam ni KAYA ISI wooo...!!

Bila dah makan ketam tu tak payah cakap la, memang tak ingat orang sekeliling sebab sibuk nak menggayakan tangan mengopek kulit ketam. Lantaklah orang nak kata bersepah ke comot ke..Yang penting dapat menikmati kemanisan isi ketam..

Menu kami!!

 
Ni pula adalah antara menu yang pernah kami cuba di Restoran Chili's Crab ni...tang ketam goreng telur masin ni memang superb rasanya...ketam goreng telur masin ni memang creamy..yang ni korang mesti kena cuba rasa selain ketam masak cili...

 ~ Ketam goreng telur masin ~


~ Hidangan untuk famili ~ hehehe

 
Ok, bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba makanan di Restoran Chili's Crab Kota Damansara, boleh refer alamat kat buiness card ni ye.

Saya memang sangat recommend restoran ni. Nak bagi 10/10 pun takde masalah.

Bagi saya n Cik Lan, kami pasti akan berkunjung lagi ke Restoran Chili's Crab untuk mencuba menu lain pula.

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno