Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, February 3, 2015

Trip To Bukit Tinggi Resort| Colmar Tropicale Bukit Tinggi| Japanese Tea House or Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi| Taman Haiwan


Pengalaman pergi ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi memang menyeronokkan bagi sesiapa yang merasainya untuk kali pertama. Bagi yang tinggal di kawasan Selangor, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam. Disebabkan kitaorang kat area Shah Alam (Selangor atas sikit, so 40 minit camtu dah sampai). Actually Cik Lan dah pergi sini 3 kali tapi saya n Damia tak pernah sampai lagi, so kitaorang memang terlebih excited dari Cik Lan.

Colmar Tropicale sebenarnya merupakan sebuah kawasan perkampungan yang benar-benar wujud di Perancis. Konsep Colmar Tropicale yang dibina di Bukit Tinggi ini memang benar-benar menyerupai Colmar Tropicale yang asal di Perancis. Kawasan ni tertelak di kawasan tanah tinggi yang dikelilingi hutan khatulistiwa..tapi korang jangan aspek tempat ni sejuk ye macam di Genting Hignlands ke, Cameron Highlands ker or Bukit Fraser...

Pintu depan or Pintu Masuk Utama Colmar Tropicale di Bukit Tinggi Resort, Pahang...
Mama n Damia excited terlebih..haha


 Seronoknya Damia..


 Senibina bangunan yang direka menyerupai perkampungan Perancis yang sebenar di Colmar Tropicale. Di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Resort ni, bangunan dibahsuai menjadi hotel penginapan bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini. Malah di tangkat bawah bangunan ni adalah restoran, kedai roti, bar, kedai cenderamata, dan ada juga taman permainan untuk kanak-kanak..

Memang cantik pemandangan kat sini

Di kawasan Colmar Tropicale ni kebiasaannya diadakan aktiviti untuk menghiburkan pengunjung. Waktu kami sampai tu ada badut yang sibuk melayan kanak-kanak yang meminta belon. Damia pun beratur jugak nak dapatkan belon bentuk rabbit.

Beli popcorn. Sambil jalan sambil makan popcorn.. Bagus betul, berjalan sambil makan..Haha

Ada jugak mascort panda yang comel n sporting untuk ambik gambar

Ini Auntie Mary. Auntie Marie merupakan warganegara Perancis yang telah lama tinggal di Colmar Tropicale Bukit Tinggi ni. Aunty Mary datang ke Malaysia bersama suami dan membuka kedai roti berkonsepkan cafe. Boulangerie-A French Bakery merupakan kedai roti dan kek hasil usaha Auntie Marie dan suaminya di sini. Menurut beliau tiada beza antara perkampungan sebenar dengan yang di bina di Malaysia melainkan cuacanya. "The building arhitechture exactly same", ayat Auntie Marie.

Setelah penat berjalan kami makan di Restoran La Flamme, sebuah restoran berasaskan pasta.
Ala-ala Italianies gitu.

Kami order Pizza Chef, Spagheti Carbonara, Coleslaw, French Fries, Chilled Pineapple and Chilled Ice Lemon Tea

 Piza yang sedap dan kaya dengan cheese sampai rasa muak giler. Huhu

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Colmar Tropicale boleh pergi ke website ni www.colmartropicale.com.my


Rumah Teh Jepun or Japanese Village

Actually sebelum pergi ke Colmar Tropicale, tempat pertama yang kami lawati ialah Rumah Teh Jepun Bukit Tinggi or Japanese Tea House Bukit Tinggi dalam bahasa omputihnya. Pengunjung perlu berjalan kaki untuk sampai ke Rumah Teh Jepun ni kerana tempatnya agak curam.

Agak letih jugak "mendaki" dan terasa agak jauh. Maklumlah, 1st time. Tapi bila turun tu rasa sekejap je.

Akhirnya sampai jugak kat signboard Rumah Teh Jepun. Maksudnya dah nak dekat la tu. Lega eden..haha. Suasana persekitaran yang menghijau serta udara yang nyaman..Tenang je rasa.


Belum sampai lagi..Dari signboard tu nak kena mendaki sikit je lagi ye..Rehat n ambik gambar dulu sebab Damia dah penat. Kalau korang nak tau, sepanjang menuju ke Japanese Village disertakan dengan pemandangan hijau hutan khatulisatiwa..memang menyegarkan..Sepanjang mendaki tangga tu Damia asyik sebut "Ya Allah, Ya Allah" bila dia rasa susah n penat nak naik tangga. Kaki dia kan belum berapa nak panjang lagi. Haha. Orang sekeliling yang lalu lalang semua tengokkan keletah dia.


Besar betul ulat gonggok "giant" ni. Selalunya ulat gonggok kalau kita usik dia akan melilit bentuk bulat. Tapi ulat gonggok giant ni tak boleh melilit. Bila kita usik, badan dia melentok-lentok macam kepala ular tapi sekejap je pastu tergolek semula atas tanah. Eeei..

Ok, dah nampak air terjun. Maksudnya dah semakin dekat dengan Rumah Teh Jepun

Di perkarangan Rumah Teh Jepun. Korang nampak dah kan bumbung rumah tu ala-ala suasana di Jepun.

Ni benda yang saya teringin nak buat lama dah. Pakai kimono!!! Tak taulah apa yang spesialnya dengan kimono tapi dari kecik lagi memang saya dah teringin sangat nak pakai baju ni. Akhirnya dapat jugak lepas gian..Bestnya!!

Gambar kat atas tu masing-masing tengah sibuk pakai kimono. Sewa sehelai kimono ialah RM20, Damia punya yang kecik tu pun sama harga jugak. So total habis RM60 untuk pakai kimono sahaja. Takpe, yang penting dapat rasa pakai kimono. Haha. Puas hati.

Lepas pakai kimono wajiblah round-round sekeliling ambik gambar kan..

Bergambar dan berjalan-jalan di sekitar Rumah Teh Jepun

Comel kan Damia..Macam Mashi Maro. Bukan saya cakap, orang sekeliling yang cakap. Siap pinjam Damia lagi ambik gambar ngan dia..

Cik Lan dah macam samurai pun ada..Ea eh, tu mama n Damia beratur macam nak ambik sijil konvo je. Haha. Actually Cik Lan nak ambik gambar "ekor" kat belakang tu.

Gambar bertiga terpaksa menggunakan bantuan orang di sekeliling..

Seterusnya bergambar di dalam rumah pula

Terus terang saya cakap memang puas hati dapat pergi sini. Rasa macam nak cakap "Mission Completed!" sebab apa? Sebab dapat pakai kimono la..Yes Yes!

Taman Haiwan

Seterusnya kami pergi ke Taman Haiwan yang terdapat di sini. Ada rusa dan arnab je tapi yang best ialah pengunjung dapat pegang dan masuk kandang bersama dengan haiwan-haiwan yang jinak ni.


Suka betul damia dengan arnab-arnab tu. Sikit pun dia tak takut or geli untuk bagi makan. Next time kita gi zoo pulak ye Damia..

Cukup dulu setakat ni cerita kami di Bukit Tinggi. Actually day trip pun ok kalau nak pergi sini. Kitaorang waktu pergi sini sampai pukul 2 petang then 6.30 petang dah habis round and bertolak balik. Oh ya, bagi sesiapa yang nak datang sini, pukul 6.30 petang merupakan waktu operasi terakhir bagi Rumah Teh Jepun or Japanese Tea House dan Taman Haiwan. Tapi Colmar Tropicale buka sehingga 10 malam.

Bayarannya pula boleh rujuk bawah:

Bayaran masuk: RM 12 seorang. Kanak-kanak bawah umur 4 tahun adalah percuma
Sewa Kimono: RM 20 sehelai (kalau nak tengok tea ceremony RM 28 kalau tak silap)
Taman Haiwan: RM 3 seorang

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno