Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, March 25, 2015

Kangen Water Malaysia| Kebaikan Air Alkali Kangen Water or Air Kangen| Asal usul Kangen Water

Terdahulu, saya pernah bercerita tentang bagaimana cara saya mengetahui rahsia Kangen Water a.k.a Air Kangen Malaysia (boleh rujuk entri terdahulu DISINI). Melalui entri tersebut saya juga ada menyatakan hasrat untuk berkongsi kebaikan air ini kepada umum untuk kebaikan bersama. Haish, hari ni barulah berkesempatan nak menulis. Sebelum tu, sila buka minda anda semua untuk terima info yang mungkin baru pertama kali anda dengar di blog ini.

Pasti anda tertanya-tanya, " Kangen Water" tu apa? Air Kangen? Air Rindu? Kangen tu kan maksudnya rindu dalam Bahasa Indonesia..Emm..Itu persoalan yang bermain dalam fikiran saya pada awalnya. Tetapi semakin banyak saya membaca buku-buku rujukan tulisan para doktor luar negara, semakin bertambah pengetahuan saya mengenai Kangen Water ak.a Air Kangen  dan saya dapati masih ramai penduduk Malaysia tidak sedar akan kewujudan air ini. 

Kangen (sebutan Kang- gen) merupakan perkataan dalam Bahasa Jepun yang bermaksud "Back To Origin"- Kembali Kepada Asal. Matlamat penciptaan Kangen Water ialah untuk mengembalikan keadaan tubuh badan kita kepada penciptaannya yang asal. Seseorang pernah memberikan saya analogi mudah berbunyi begini: Jika anda melawat orang dewasa yang sakit di wad hospital, bau wad tersebut agak masam dan kurang menyenangkan. Ianya amat berbeza jika anda melawat wad bayi yang baru dilahirkan. Anda faham maksud saya bukan? Bau bayi sangat sedap untuk dihidu. Rasa nak cium lagi dan lagi dan lagi. Anda tahu kenapa? Kerana penciptaan awal manusia itu adalah alkali tetapi apabila kita meningkat dewasa dan terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang ada di pasaran, tubuh badan yang asalnya alkali itu menjadi asid sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Sebab tulah orang dewasa baunya masam sikit, sebab berasid. Ketika "seseorang" tersebut memberi perumpamaan sebegitu rupa, saya jadi diam sebentar. Diam kerana tidak pasti akan kesahihannya, juga diam kerana kata-kata tersebut ada logiknya. terpulang kepada anda untuk menilai.

Otak saya mengatakannya logik kerana tiba-tiba terfikir akan kejadian Air Zam Zam yang suci-Ya, Air Zam Zam bersifat Alkali, itu saya tahu. Banyak ujian ph keatas Air Zam Zam yang pernah dibuat, sememangnya ia bersifat alkali. Pernah tak anda rasa pelik kenapa atuk nenek kita atau kenalan kita yang dahulunya tidak begitu sihat menjadi segar tidak semena-mena apabila berada di Tanah Suci? Keajaiban Kota Suci Mekah, rumah Allah yang agung. Itu jawapan dan fikiran saya pada mulanya. Tetapi sekali lagi melalui kajian para saintis dan doktor terbukti ada sebab lain kenapa mereka amat bertenaga di Mekah. 

Saintis telah mengkaji sifat-sifat istimewa Air Zam-Zam di Mekah dan beberapa lagi tempat yang telah dikenal pasti sebagai tempat yang memiliki air ajaib yang mampu menyembuhkan penyakit seperti di Lourdes Perancis, Nordenau Jerman, Tlacote Mexico, Lembah Hunza Pakistan, Hita Tenryosui, Jepun dan Sungai Ganges India.

Anda tahu apa hasil penemuan para saintis? 

Kesemua air yang dikatakan ajaib dan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ini mempunyai 3 persamaan iaitu:

1. pH alkali
2. Antioksida yang tinggi (diukur dalam unit ORP- Semakin negatif nilai bacaan ORP, semakin tinggi kekuatan antioksida sesuatu bahan)
3. Molekul yang halus/kecil

Melalui penemuan tersebut, para saintis telah berusaha untuk menghasilkan sebuah mesin yang mampu mengeluarkan air yang mempunyai sifat-sifat SAMA seperti air ajaib di atas. Ya, dipendekkan cerita maka terhasillah Ionizer Kangen Water yang mempunyai 7 pH berbeza mengikut pelbagai kegunaan masing-masing 

-Ionizer Kangen Water-

Antara 5 gred air yang dikeluarkan dari mesin Kangen Water ialah:

1) Strong Acidic Water-Ph 2.5
2) Beauty Water-Ph 5.5
3) Clean Water-Ph 7.0
4) Drinking Water- Ph 8.5, 9.0 and 9.5
5) Strong Alkaline Water-Ph 11.0

Untuk pengetahuan anda mesin Kangen Water ini menggunakan proses ELEKTROLISIS untuk menghasilkan Kangen Water yang mempunyai sifat-sifat seperti air ajaib yang yang ada di seluruh dunia


Saya rasa cukup setakat ini sedikit maklumat mengenai asal usul penciptaan Kangen Water yang baru sahaja menembusi pasaran Malaysia selama 2 tahun. Namun Kangen Water ini telah digunakan selama 30 tahun lebih di Jepun. Kebanyakan hospital di Jepun juga telah menggantikan rawatan menggunakan ubat dengan rawatan menggunakan Kangen Water a.k.a Air Kangen. Boleh rujuk video di bawah mengenai hospital di Jepun yang telah mengubah cara rawatan mereka menggunakan Kangen Water


You may CLICK HERE for more information about Kangen Water. Do not hesitate to call Nisa: 013-7751357 for any enquiries regarding Kangen Water a.k.a Air Kangen Malaysia

Tagal Sungai Moroli| Kolam Air Panas Poring

Pengalaman digigit ikan di Tagal Sg. Moroli Sabah adalah satu-satunya pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Tagal merupakan dialek Kadazan Dusun yang bermaksud "Dilarang memancing". Ikan yang dibela di sini merupakan Ikan Pelian yang jinak dan telah dilatih oleh penduduk kampung untuk melakukan aktiviti urutan kaki.

Boleh refer gambar kat atas untuk harga tiket masuk ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru Ranau. Credit to mamarey.blogspot.com untuk gambar ni

Kawasan Tagal Sungai Moroli adalah suatu kawasan sungai yang agak luas. Jadi pengunjung tidak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan perkhidmatan urutan kaki dari si ikan..

Kalau ikutkan hati saya memang takkan masuk  ke dalam sungai yang dipenuhi ikan dan biarkan "diaorang" gigit kulit saya! Haha. Penakut betul, tapi sebab Cik Lan paksa gak masuk terpaksalah tanpa kerelaan membiarkan ikan berkerumun kat kaki..

Cik Lan mula-mula geli-geli jugak nak masuk tapi lama-lama steady je..

Buat aktiviti ni ibulah yang paling seronok, expert n selamba je..Selalu ibu cakap kalau urutan spa ikan yang ada kat bandar tu guna ikan kecik je..so tak rasa sangat. Tapi kali ni ikan tu memang besar macam saiz ikan keli tu, mau tak rasa?

Tak ramai sangat pengunjung waktu tu sebab kami pergi waktu bekerja. Kalau siapa pergi hari Sabtu n Ahad memang penuhlah jawabnya

Korang nampak tak betapa banyaknya ikan yang akan berlumba-lumba mengurut kaki korang. Haha

Selepas selesai sesi urutan, sempat jugak kitaorang naik Canopy Walk yang ada merentas Sungai Moroli

Sesiapa yang suka aktiviti mengurut kaki saya cadangkan korang datang sini cepat-cepat. Memang berasa sangat urutan ikan tu. Sememangnya pengalaman mengurut kaki di Tagal Sungai Moroli takkan saya lupakan sampai bila-bila!


Air Panas Poring

Perjalanan kami diteruskan ke Air Panas Poring. Dah lama saya teringin nak pergi kolam air panas n saya jangkakan kolam air panas tu berbentuk kolam yang ramai-ramai orang akan rendam kaki sama-sama kat dalam, tapi bukan macam tu rupa-rupanya. Mungkin ada jenis yang macam tu, kami je yang tak perasan sebab tak habis explore pun kawasan ni sebenarnya..

Segarnya udara kat Sabah...

Damia dah penat berjalan, so jawabnya ayahlah yang dukung. Mama tak larat dah nak dukung Damia..

Rupa-rupanya kolam air panas kat sini berbentuk kolam kecil yang mempunyai paip. So, pengunjung perlu penuhkan sendiri air ke dalam kolam dan buang air tu selepas siap digunakan. Punyalah lama nak tunggu air tu penuh, sejam tunggu pun paras air tak lebih separuh lagi. So kitaorang rendam kaki jelah..

Damia je sorang yang dapat mandi

Kalaulah kitaorang ada banyak masa lagi di Sabah, memang saya pun nak mandi gak macam Damia. Disebabkan banyak lagi tempat yang ingin dikunjungi, maka terpaksalah beredar dulu. Kira-kira sejam setengah je kitaorang spend masa kat sini. Sememangnya pengalaman "bermain air" di Tagal Sungai Moroli dan Kolam Air Panas Poring amat menyeronokkan..

Friday, March 20, 2015

Ladang Teh Sabah| Sabah Tea


Destinasi pertama kami lawati pada hari kedua di Sabah ialah Ladang Teh Sabah atau lebih dikenali sebagai Sabah Tea. Ladang tanaman teh ini terletak di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring- kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan 40 minit dari Pekan Ranau. 

Selamat datang ke Sabah Tea!


Disebabkan waktu kami datang ke sini bukan merupakan cuti sekolah, maka takdelah ramai sangat pengunjung yang datang. Pemandangan yang sangat cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu


Udara kat sini memang sangat segar, tenang je rasa. Tapi bagi saya ladang teh di Cameron Highland lebih cantik pemandangannya dan susun atur tanaman tehnya nampak lebih kemas...

Berposing lagi ngan si kecik ni


Actually kat sini ada kilang memproses teh dan pengunjung dibenarkan masuk melawat dengan dikenakan bayaran sebanyak RM12 seorang. Tetapi disebabkan sebelum ini kami pernah melawat kilang pemprosesan teh di Cameron Highland, maka kami hanya merasai keenakan Teh Sabah sahaja di sini


Kami makan roti bakar beserta mentega dan jem strawberi bersama satu teko Teh Sabah @ Sabah Tea. Agak pahit sedikit rasa Teh Sabah ni ye..


Selain dari kilang pemprosesan teh, pengunjung juga boleh membeli sedikit  cenderamata untuk dibawa pulang. Terdapat pelbagai jenis teh  dijual di sini.

Antara teh yang ada disini: Teh Misai Kucing, Teh Pandan, Teh Serai

Teh Gaharu, Teh Tongkat Ali, Teh Kayu Manis

Kesemua teh di sini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Ada juga saya beli beberapa kotak teh untuk offismate di HLA, adik ipar n mak mertua.

Bagi saya sesiapa yang belum pernah ke Sabah patut melawat ladang tanaman teh di Sabah Tea sambil menikmati dan menghargai  udara segar Sabah yang memang takkan dapat di ibu kota

Maklumat untuk sesiapa yang berminat ke Sabah Tea:

Waktu operasi: 8.00 pagi- 4.30 petang (sebaik-baiknya datang sebelah pagi)
Bayaran masuk: Percuma
Bayaran  penerangan terperinci+ lawatan ke kilang teh: RM12
Bayaran penerangan terperinci + pakej makan tengahari: RM34

Boleh rujuk SINI untuk maklumat lanjut mengenai Sabah Tea/ Teh Sabah

Wednesday, March 18, 2015

Rumah Terbalik Borneo| Jambatan Tamparuli| Kundasang Sabah| Trip to Kota Kinabalu - Day 1|


Kami ke Sabah sekali lagi kali ini atas urusan kerja Cik Lan, macam biasalah attend conference as presenter. Kali ni ibu pun ikut sekali sebab kami plan nak bawa ibu ke Miri lepas Cik Lan habis present untuk melawat adik saya yang berhijrah ke sana atas urusan kerja. Kami menggunakan perkhidmatan Air Asia n waktu tu KLIA 2 baru je buka.


Flight ke Kota Kinabalu jam 6.30 pagi tapi disebabkan tak nak terlewat maka pukul 3.30 pagi kami dah keluar dari rumah. Lepas siap check in barang-barang pukul 4.30 pagi, kami dah tak tau nak buat apa, so jalan-jalan n ambik gambar sekitar KLIA 2..

Ambil gambar di hadapan Bibik Heritage, nak makan masih terlalu awal..


Kalau nak tau ni first time ibu naik flight, takut jugak kalau dia gayat. Alhamdulillah ibu steady je..Cayalah Opah Yah! haha. Damia pun rileks je naik flight sekarang ni, Kalau dulu dia akan peluk saya kuat-kuat n tak nak duduk kat seat dia

Menu kitaorang dalam flight. Apa nama dia lupa entah..sorry..Tapi dessert "Tart Nenas" yang gambar ketiga tu sedap rasnya...

Rumah Terbalik


Selama empat hari di Sabah ni kitaorang sewa kereta Perodua Alza dengan bayaran RM70 sehari.  Memang murah sebab waktu tu bukan cuti sekolah. 

Destinasi pertama kami ialah Rumah Terbalik or dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Upside Down House of Borneo. Bayaran masuk boleh rujuk bawah:

Dewasa (Bukan warganegara): RM18
Dewasa (Warganegara): RM 10
Kanak-kanak: RM 5.00
Bayi: Percuma


Kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar ketika di dalam rumah. Tetapi apa yang saya boleh describe ialah semua perabot dalam rumah seperti mesin jahit, mesin basuh, kerusi, katil semuanya digantung di syiling rumah manakala peralatan yang biasanya berada di atas seperti frame gambar dan kipas sekarang ni berada di atas lantai. Memang banyak kos yang dah dikeluarkan oleh pemilik rumah terbalik ni dan kami diberitahu yang kawasan ni merupakan tanah persendirian.

Yela, korang cuba bayangkan mesin basuh dan mesin jahit yang berat tu sekarang ni ada kat atas kepala korang. Kan banyak kos nak bagi benda berat tu duduk melekat kat atas syiling..


Kami hanya dibenarkan mengambil gambar di sekitar kawasan luar Rumah Terbalik sahaja. Korang tengok kat atas tu, kereta kancil pun terbalik!


Lupa pulak nak bagitau, pengunjung yang ingin masuk ke dalam Rumah Terbalik ni mesti masuk dalam kumpulan. Maksudnya kalau korang datang bertiga n waktu tu takde lagi orang datang maka kena tunggu dalam7 ke 10 orang baru akan dibenarkan masuk

Tandas terbalik! Opps sori, terjatuh pulak taik atas kepala. haha

Taman Bunga terbalik!

Pekan Tamparuli

Disebabkan bawa kereta sewa, maka bolehlah singgah di pelbagai tempat. Kami sempat singgah di Jambatan Gantung Tamparuli. Orang lama mesti familiar dengan lagu Jambatan Tamparuli kan..Saya bukan orang lama..haha

Pekan Nabalu

Singgah sebentar di Pekan Nabalu. Kat situ ada jual pelbagai jenis souvenir

Kundasang

Akhirnya sampai jugak kami di Kundasang. Kami memang plan nak bermalam di sini. Almaklumlah Cik Lan memang suka tempat sejuk.  Dekat je kalau nak pergi kaki Gunung Kinabalu dari sini..


D'Olundus View Lodge, Kundasang

Inilah tempat penginapan kami. Terletak betul-betul di Pekan Kundasan yang terletak di jalan utama Kundasang-Ranau..berhadapan dengan tempat penginapan kami, terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran segar dan buah-buahan dari tanah tinggi Kundasang.


Petang sikit lepas siap mandi bergambar di berandah bilik kami. Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu! Cantiknya...

Si kecik ni macam biasalah dengan posing dia walaupun keadaan sejuk petang tu...



Nampak tak gambar kat atas tu, betapa jelasnya pemandangan Gunung Kinabalu tanpa sebarang litupan awan..Sementara menunggu malam, kami window shopping kat deretan gerai yang jual buah dan sayur tadi. Jalan kaki je, sebab dekat sangat ngan tempat kami menginap, lintas jalan je dah sampai. Ibu berehat kat bilik sebab kepenatan..




Macam- macam jenis sayur ada dijual kat sini tapi fikir-fikir lama lagi baru nak balik semenanjung, so tak beli apa-apa la yang special, just beli buah untuk kunyah-kunyah kat bilik nanti.. tapi kalau ikutkan harga kat sini takdelah murah mana, standard la. Tu bukan saya yang cakap, orang Sabah sendiri yang bagitau.

Ok, cukup dulu entri mengenai lawatan kami ke Rumah Terbalik Borneo, Jambatan Tamparuli dan Kundasang Sabah untuk hari pertama, next entri sambung lagi kisah lain.

Friday, March 13, 2015

Trip To Brunei| Keindahan masjid di Brunei| Masjid Omar Ali Saifuddin & Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam


Masjid Omar Ali Saifuddien

Masjid Omar Ali Saifuddin terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dalam suatu kawasan yang agak luas dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air . Antara keistimewaan masjid ini ialah menaranya diperbuat daripada marmar dan kubah yang bersalut emas. Berkesempatan jugaklah kitaorang melawati dan menunaikan solat zohor di sini..

Di hadapan Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei Darussalam

Tidak banyak perkataan yang boleh diungkapkan di sini melainkan TENANG.. Suatu perasan halus yang tidak dapat digambarkan dengan sebarang kata, hanya suatu perasaan yang mampu dirasa.


Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di sini, tetapi disebabkan pengawal masjid tidak perasan pada mulanya, maka Cik Lan sempat juga snap beberapa keping gambar menggunakan kamera telefon bimbit. Di dalam Masjid Omar Ali Saifuddien di sediakan penghawa dingin yang sejuk sepanjang masa. Memang selesa untuk menunaikan solat. Boleh dilihat juga seni ukiran yang cantik di bahagian dalam masjid serta bahagian dalaman kubahnya.

Ukiran pada kubah juga dibuat daripada emas

Di sekitar kawasan masjid...sejuk mata memandang landskap di sini


Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam

Kami seterusnya meneruskan lawatan ke Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Brunei. Masjid ini terletak di Kampong Kiarong, kira-kira 4 km dari Bandar Seri Begawan. Menurut sumber (bertanyakan kepada orang Brunei) setiap bangunan di Brunei tidak boleh melebihi ketinggian Masjid. Maksudnya di sini, masjid ni adalah satu binaan tertinggi di negara Brunei..

Di perkarangan  Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah

Di hadapan pintu masuk Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, Brunei Darussalam


Masjid yang besar ini mampu menampung lebih dari 5000 orang jemaah pada satu-satu masa. Tiada sesiapa menghalang kami untuk mengambil gambar di sini, maka sempat jugak merakamkan beberapa keping gambar. Sama juga seperti Masjid Omar Ali Saifuddien, seni ukiran yang cantik di bahagian dalam masjid serta bahagian dalaman kubahnya.



Untuk pengetahuan semua, sistem penghawa dingin di dalam masjid ini amat baik kerana dewan solat utama yang teramat besar tu pun terasa sangat sejuk


Di sekitar luar masjid

Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam


Sempat juga kitaorang melawati Istana Nurul Iman ni sebelum mengakhiri kembara di Brunei..tapi di luar pagar saja ye..Istana ini adalah tempat tinggal rasmi kepada Sultan Brunei Darussalam...

Sebelum kami pulang, singgah sebentar di hadapan Istana Nurul Iman untuk bergambar


Damia yang dah mengantuk dan kepenatan

Makan dulu sebelum menamatkan kembara di bumi Brunei!
© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno