Destinasi pertama kami lawati pada hari kedua di Sabah ialah Ladang Teh Sabah atau lebih dikenali sebagai Sabah Tea. Ladang tanaman teh ini terletak di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring- kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan 40 minit dari Pekan Ranau.
Selamat datang ke Sabah Tea!
Disebabkan waktu kami datang ke sini bukan merupakan cuti sekolah, maka takdelah ramai sangat pengunjung yang datang. Pemandangan yang sangat cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
Udara kat sini memang sangat segar, tenang je rasa. Tapi bagi saya ladang teh di Cameron Highland lebih cantik pemandangannya dan susun atur tanaman tehnya nampak lebih kemas...
Berposing lagi ngan si kecik ni
Actually kat sini ada kilang memproses teh dan pengunjung dibenarkan masuk melawat dengan dikenakan bayaran sebanyak RM12 seorang. Tetapi disebabkan sebelum ini kami pernah melawat kilang pemprosesan teh di Cameron Highland, maka kami hanya merasai keenakan Teh Sabah sahaja di sini
Kami makan roti bakar beserta mentega dan jem strawberi bersama satu teko Teh Sabah @ Sabah Tea. Agak pahit sedikit rasa Teh Sabah ni ye..
Selain dari kilang pemprosesan teh, pengunjung juga boleh membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang. Terdapat pelbagai jenis teh dijual di sini.
Antara teh yang ada disini: Teh Misai Kucing, Teh Pandan, Teh Serai
Teh Gaharu, Teh Tongkat Ali, Teh Kayu Manis
Kesemua teh di sini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Ada juga saya beli beberapa kotak teh untuk offismate di HLA, adik ipar n mak mertua.
Bagi saya sesiapa yang belum pernah ke Sabah patut melawat ladang tanaman teh di Sabah Tea sambil menikmati dan menghargai udara segar Sabah yang memang takkan dapat di ibu kota
Maklumat untuk sesiapa yang berminat ke Sabah Tea:
Waktu operasi: 8.00 pagi- 4.30 petang (sebaik-baiknya datang sebelah pagi)
Bayaran masuk: Percuma
Bayaran penerangan terperinci+ lawatan ke kilang teh: RM12
Bayaran penerangan terperinci + pakej makan tengahari: RM34
Boleh rujuk SINI untuk maklumat lanjut mengenai Sabah Tea/ Teh Sabah

No comments:
Post a Comment