Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, March 25, 2015

Tagal Sungai Moroli| Kolam Air Panas Poring

Pengalaman digigit ikan di Tagal Sg. Moroli Sabah adalah satu-satunya pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Tagal merupakan dialek Kadazan Dusun yang bermaksud "Dilarang memancing". Ikan yang dibela di sini merupakan Ikan Pelian yang jinak dan telah dilatih oleh penduduk kampung untuk melakukan aktiviti urutan kaki.

Boleh refer gambar kat atas untuk harga tiket masuk ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru Ranau. Credit to mamarey.blogspot.com untuk gambar ni

Kawasan Tagal Sungai Moroli adalah suatu kawasan sungai yang agak luas. Jadi pengunjung tidak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan perkhidmatan urutan kaki dari si ikan..

Kalau ikutkan hati saya memang takkan masuk  ke dalam sungai yang dipenuhi ikan dan biarkan "diaorang" gigit kulit saya! Haha. Penakut betul, tapi sebab Cik Lan paksa gak masuk terpaksalah tanpa kerelaan membiarkan ikan berkerumun kat kaki..

Cik Lan mula-mula geli-geli jugak nak masuk tapi lama-lama steady je..

Buat aktiviti ni ibulah yang paling seronok, expert n selamba je..Selalu ibu cakap kalau urutan spa ikan yang ada kat bandar tu guna ikan kecik je..so tak rasa sangat. Tapi kali ni ikan tu memang besar macam saiz ikan keli tu, mau tak rasa?

Tak ramai sangat pengunjung waktu tu sebab kami pergi waktu bekerja. Kalau siapa pergi hari Sabtu n Ahad memang penuhlah jawabnya

Korang nampak tak betapa banyaknya ikan yang akan berlumba-lumba mengurut kaki korang. Haha

Selepas selesai sesi urutan, sempat jugak kitaorang naik Canopy Walk yang ada merentas Sungai Moroli

Sesiapa yang suka aktiviti mengurut kaki saya cadangkan korang datang sini cepat-cepat. Memang berasa sangat urutan ikan tu. Sememangnya pengalaman mengurut kaki di Tagal Sungai Moroli takkan saya lupakan sampai bila-bila!


Air Panas Poring

Perjalanan kami diteruskan ke Air Panas Poring. Dah lama saya teringin nak pergi kolam air panas n saya jangkakan kolam air panas tu berbentuk kolam yang ramai-ramai orang akan rendam kaki sama-sama kat dalam, tapi bukan macam tu rupa-rupanya. Mungkin ada jenis yang macam tu, kami je yang tak perasan sebab tak habis explore pun kawasan ni sebenarnya..

Segarnya udara kat Sabah...

Damia dah penat berjalan, so jawabnya ayahlah yang dukung. Mama tak larat dah nak dukung Damia..

Rupa-rupanya kolam air panas kat sini berbentuk kolam kecil yang mempunyai paip. So, pengunjung perlu penuhkan sendiri air ke dalam kolam dan buang air tu selepas siap digunakan. Punyalah lama nak tunggu air tu penuh, sejam tunggu pun paras air tak lebih separuh lagi. So kitaorang rendam kaki jelah..

Damia je sorang yang dapat mandi

Kalaulah kitaorang ada banyak masa lagi di Sabah, memang saya pun nak mandi gak macam Damia. Disebabkan banyak lagi tempat yang ingin dikunjungi, maka terpaksalah beredar dulu. Kira-kira sejam setengah je kitaorang spend masa kat sini. Sememangnya pengalaman "bermain air" di Tagal Sungai Moroli dan Kolam Air Panas Poring amat menyeronokkan..

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno