Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Wednesday, March 4, 2015

Tempat Makan Best| Ana Ikan Bakar Sambal Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan

Restoran Ana Ikan Bakar Petai bukanlah suatu tempat yang asing bagi penduduk Kuantan. Cawangan restoran ini juga kini berada di luar Kuantan seperti di Bangi, Selangor. Tetapi mungkin disebabkan oleh tukang masak yang berbeza , maka rasa makanan di Bangi ada sedikit berbeza dari Kuantan. Pastinya original dari Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang lebih sedap dan asli.

 
 ~ Suasana di Restoran Ana Ikan Bakar Sambal Petai ~

Restoran Ana Ikan Bakar sambal petai mempunyai kawasan yang agak luas. Restoran ini mempunyai beberapa buah kedai sekitar Tanjung Lumpur, Kuantan. Restoran Ana Ikan Bakar yang kitaorang pergi ni terletak di Kampung Tanjung Lumpur dimana terdapat dua buah tempat makan yang dipisahkan oleh kawasan tempat letak kereta. Jika bahagian hadapan restoran terlalu ramai pelanggan dan sudah penuh, maka anda mempunyai pilihan untuk ke bahagian belakang restoran.

 ~ Ikan-ikan yang segar ~

Di sini, pengunjung dikehendaki untuk memilih jenis ikan yang ingin dibakar. Pastinya terdapat pelbagai pilihan jenis ikan, sotong, lala, lala buluh dan udang di sini. Bak kata pelbagai pilihan Seafood. Boleh dikatakan terdapat pelbagai jenis ikan laut dalam seperti ikan jenahak, ikan merah, ikan pari, ikan kerapu serta pelbagai jenis udang yang besar dan sotong bersaiz panjang (panjang seperti lengan...hehe). Korang boleh lar tengok gambar saiz sotong yang dipegang Cik Lan di bawah ye...


Cik Lan dan Lin sibuk memilih ikan dan sotong sambil bergaya dengan pilihan masing-masing

 ~ Pemilihan ikan ~

~ Sesi menimbang berat ikan dan order utuk dimasak mengikut selera ~


Ikan yang telah dipilih kemudiannya ditimbang dan dibayar mengikut berat dan harga semasa.

~ Sotong goreng tepung ~

~ Ikan pari bakar sambal petai ~

 ~ Ikan jenahak bakar sambal petai ~

 
 ~ Sayur kangkung goreng belacan ~


Terliur tak tengok order kami? Ada sotong goreng tepung, sotong goreng telur masin, ikan pari bakar sambal petai, ikan jenahak bakar sambal petai, sayur kangkung goreng belacan dan kailan ikan masin. Kebayakan menu di sini adalah masakan jenis melayu...so, agak berbeza jika korang yang suka masakan chinese style..



Sementara menunggu order yang banyak tu, Damia main kat taman permainan yang ada di situ. Bagi saya Restoran Ana Ikan Bakar Petai Kuantan ni memang istimewa dan selesa kerana di atas suatu kawasan yang sama terdapat taman permainan dan surau bagi kemudahan pengunjung.

Yelah, kanak-kanak macam Damia manalah tahan duduk lama-lama. Nasib baik ada playground tu kalau tak mesti dia dah mengamuk jalan sana sini..


Actually kitaorang sampai kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai dalam pukul 4 petang sebab perjalanan yang jauh merempuh traffic jam dari Selangor ke Kuantan. Almaklumlah berjalan waktu cuti sekolah ditambah pula dengan perayaan Tahun Baru Cina, memang amat memenatkan.

Disebabkan waktu tu kitaorang teramatlah kebulur sebab tak makan tengahari yang proper, just mengunyah je apa-apa yang ada dalam kereta tadi, makanya faham-faham sendirilah. Memang order banyak giler then makan tak ingat dunia sampai senak perut kekenyangan. Sudahnya sotong masak telur masin tak larat nak habiskan. So tapau bawa balik hotel.

Makan pukul 4 petang tu kenyangnya sampai malam. Malam tu masing-masing tidur awal sebab kepenatan.  Tu pun pukul 2 pagi terjaga sebab Damia nak buang air. Waktu tu barulah terasa lapar n masing-masing berebut menghabiskan sotong masak telur masin. 

Apapun, bagi penggemar makanan laut, tak rugi kalau anda mencuba masakan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur Kuantan yang sememangnya TERBAIKK!!
Superbbb 9 out of 10....

No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno