Kalau orang lain berjaya, kita juga harus berjaya. Kalau orang lain tegak dalam bidang hidupnya, kita juga punya hidup sendiri, untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka

Tuesday, March 3, 2015

Tempat Makan Best| Donut Zila| Donut Temerloh Pahang

Menurut Cik Lan, Gerai Donut Zila ni terkenal dengan donut yang lembut dan besar. Setiap kali berpeluang ke pantai timur terutaman kalau nak ke Kuantan or Terengganu, Cik Lan akan singgah di gerai donut ni. Lokasi Gerai Donut Zila betul-betul terletak di sebelah kiri jalan menghala ke bandar Temerloh iaitu sebaik sahaja keluar di Exit Temerloh. Lebih kurang 3 minit dari Plaza Tol Temerloh.

~ Suasana di gerai Donut Zila~ 

Terdapat pelbagai jenis donut di Gerai Donut Zila iaitu donut gula, donut kacang kisar dan donut coklat
 
 ~ Gambar atas (Donut Kacang Kisar) & Gambar bawah (Donut Gula) ~



 ~ Pelbagai jenis donut bersalut coklat ~

Donut yang bersalut coklat pula di atasnya ditaburkan coklat rise dan badam
Proses membuat donut dapat diperhatikan oleh pengunjung secara langsung di kedai nie..


Kami pilih donut gula asli, gula perang dan coklat badam


Excited ambil gambar je Damia ni. Dia bukan minat makan kuih sangat

Selain donut, gerai ni ada jugak jual keropok lekor, keropok keping dan cucur udang. Sesuai la kalau nak singgah sini untuk minum petang ye.

Tapi Jangan bayangkan ianya seperti Big Apple or Dunkin Donut! Tapi apa yang saya boleh bagitau kat sini ialah donut kat Gerai Donut Zila Temerloh ni memang lembut serta gebu dan bersaiz besar. Malah harganya pun murah. Bagi sesiapa yang tinggal di sekitar Temerloh, kalau ada tetamu datang rumah petang-petang tu bolehlah menjamu mereka dengan donut dari Gerai Zila. Kitaorang bagi 8/10 untuk Donut Zila ni..

Selamat mencuba....

 













No comments:

Post a Comment

© Copyright 2014 Reserved to Khairunnisa l Design by DayangDeno